- Anak terunaku masuk wad di KSH (Kuantan Specialist Hospital).
Selama 3-4 hari jugalah aku berkampung di KSH menemani anak terunaku yang terkena jangkitan virus Influenza A(H1N1). Selepas anak aku dah keluar wad, aku pula yang terkena virus Influenza A(H1N1). Pergh... lain betul penangan demam virus ni dengan demam panas biasa, keras otot-otot anggota badan aku dibuatnya. 3-4 hari jugala demam aku kebah.
- Streamyx hampeh
Bila aku dah sihat, naklah update blog aku ni tapi Streamyx lak buat hal. Dalam 2 minggu jugala line tenet teruk betul..... bayangkanlah sekejap line ada, sekejap takde.... Sia-sia je bayar bil penuh.
Dalam tempoh blog tak berupdate, aku dapat bungkusan -barang ELF lagi. Aku sendiri pun lupa aku ada order barang ELF sebab dah sebulan lebih aku order hehehe. Tapi kali ni aku try beli Essential & Mineral line diorang pula.
Barang-barang yang aku beli:
Essential Line
Wet Gloss Lash & Brow Clear Mascara
Smudge Brush
Brightening Eye Color - Pretty n' Pink
Lipstick - Captivating
Mineral Line
Mineral Eyeshadow Primer
Harga untuk Essential line ialah US$1 manakala Mineral line plak berharga US$5, murah kan? hehe.... Kalau korang berminat nak beli barang ELF ni, korang bolehla singgah ke FB ni - Hazel Beauty House. Dia ada jual barang yang ready stock atau korang boleh join spree dia.












semoga cepat sembuh..
ReplyDelete