10 October 2011

Citer Mekap-Mekap

Oppss... tetiba je entry pasal mekap kan hehehe. Yeah MEKAP - my current obsession :). Tak pernah-pernah pun sebelum ni, samada dari zaman FP dulu, aku bercerita pasal mekap. Semuanya bermula tahun ni lah-2011.

Dulu-dulu, start dari remaja pun aku minat mekap, suka amik lipstik mama aku. Bila dah masuk U, lipstik la barangan mekap pertama yang aku beli. Aku masih ingat lagi, lipstik pertama ku dari Maybelline dan namanya Buff - maklumlah masa tu Tok Ti jadi dutanya dan Tok Ti kata kaler faveret lipstiknya ialah Buff :P

Aku memang suka tengok barang mekap yang banyak-banyak kaler tu tapi just tengok jelah coz tak reti nak guna, majoriti mekap yang aku beli mesti bedak dan lipstik je. Dulu-dulu memang aku suka beli hi end mekap brand macam MAC, Bobbi Brown, Chanel, Benefit dan yang lain-lain lagilah. Tapi, tu masa aku bergaji lah, sekarang dok rumah, nan hado je nak beli hi end brand ni kan.

Sekarang ni, aku beralih arah ke drugstore brand lah pula. Tapi macam biasa, mesti aku beli bedak dan lipstik je,  cuma sejak 2-3 tahun ni aku dah mula pakai eyeliner dah hehehe... Eyeliner pertama ku ialah dalam bentuk pencil, lepas tu aku upgrade ke liquid plak. Bila dah pakai yang liquid, terus yang pencil tak pakai dah. Lagi best pakai liquid eyeliner hehehe... Lipgloss pun aku mula pakai last year, setakat ni aku ada 2 ketul lipgloss, 1 dari brand Farmasi dan 1 lagi dari Loreal.....oh aku sangat suka yang Loreal punya ni, tahan lama. Mascara pun aku suka pakai, selalunya aku pakai untuk ke kendurilah. Kalau dulu, barang mekap aku yang basic je, sekarang makin banyak lak hehehe... Nak tahu macam mana aku boleh terjebak ke alam mekap-mekap ni....semuanya bermula dari CNP lah.

Aku ingat lagi awal tahun ni, si CNP tanya aku " Nanti masa kenduri Khairil, siapa mekap Kak Erna?". Ohh.. aku pun terfikir gak, nak suruh si CNP mekap aku, dah ada orang book dia dah hehehe. So, aku pun google lah kat tenet, konon cari MUA tapi tulah ada yang berkenan tapi harga mahal, ada yang ok, tarikh pula tak boleh. So, aku cakap kat CNP, nak try mekap sendirilah. Dia pun suruh aku tengok kat Youtube dan sejak tu aku pun sakanlah layan Youtube pasal mekap ni. CNP suruh aku tiru je diorang.

Aku pun start beli mekap, mula-mula aku beli Naturactor Cover Face, sebab mak andam pun ada pakai ni. Lepas tu aku beli set eyesahadow brand Romantic-sungguh tak glamer namanya tapi baca review orang, katanya kaler cantik. Lagipun CNP pernah bagitau, "Kak Erna beli yang murah-murah je dahlah, dah terer nanti barulah cari yang mahal". Hehehe... ada benar kata-katanya tu...dulu aku pandang brand je tapi sekarang, tidak lagi. Mak Andam atau MUA pun ada pakai brand yang tak glamer, tapi hasil tetap malatop. Yang penting harus ada skill.

Kelakar pun ada, umur dah 30-an barulah terhegeh-hegeh nak start bermekap bagai, agaknya berlaku perubahan hormon dalam diri aku ni kot hehehe. Maklumlah, aku tengok ramai blogger yang kaki mekap, semuanya muda-muda remaja lagi. Kagum aku tengok diorang pandai bermain mekap, siap pandai pakai bulu mata pelesu lagi. Sedangkan aku masa baya diorang, pakai bedak Johnson & Johnson dan lipstik Maybelline sajork hehehe.

Oklah, nak tayang sikitlah gambar yang aku mekap sendiri hehehe... Pestime aku mekap sakan(sakan ke?) di kenduri kawen cousin aku. Memang tersangat banyak kekurangan, tapi tak apa, pengalaman lah katakan. Nilah mekap aku masa hari tu:

First yang aku tak puas hati ialah, fondesen aka Naturactor aku tak rata dan baru aku tahu silapnya aku tak basahkan span aku terlebih dulu. Aku main sapu je dengan span kering, tu pasal lah tak rata. Eyeshadow aku yang sebenar-benarnya tak jelas, yang dalam gambar ni sudah di alter oleh CNP kita, siap kutuk aku lagi, katanya "Kak Erna mekap macam tak mekap je".


Kali kedua mekap pulak, masa majlis nikah adik aku hehehe. Aku tepek sekali lagi gambar ni walau korang pernah tengok, just untuk perbandingan.

Masa ni, mekap tang mata tu CNP yang tolong mekapkan, yang lain aku mekap sendiri. Aku tak puas hati tang bedak 'merekah' kat garisan senyum aku. Kali ni aku pakai bedak - loose powder, lagi best, muka tak rasa 'berat' sangat.


Seterusnya, mekap semasa majlis resepsi di KT. Masa ni aku mekap sendiri termasuklah bahagian mata. Tapi dalam gambar tak berapa nampak sangat kaler dibahagian mata. Kali ni aku pakai bulu mata pelesu, tapi CNP lah yang tolong pakaikan.

Tetap ada bedak 'merekah' kat garisan senyum aku. Walaupun aku dah kurangkan tepek bedak kat area situ. Masa ni kelihatan jerawat-jerawat kecil diwajahku - maklumlah Cik P datang menjenguk hehehe. Tang kening plak, aku try sapu guna eyebrow pencil - takdelah nampak sepah sangat bulu kening aku tu hehehe. (Suka aku bulu mata pelesu ni, ala-ala macam Dolly Wink punya je hehe)


Yang seterusnya masa majlis resepsi di KL. Sekali lagi aku mekap muka sendiri, kecuali tang bulu mata pelesu tu, CNP yang tolong pakaikan hehehe..

Kali ni takde nampak bedak 'merekah' kat garisan senyum aku coz sebelum aku pakai fondesen, terlebih dulu aku pakai face primer. Ni pun aku tahu dari Youtube, dan pestime jugala aku tahu pasal face primer. Tang eyeshadow aku pun nampak lebih terang coz aku pakai eyeshadow primer dulu... pun aku tahu dari Mekap Gurus di Youtube hehehe. 1 je aku terlupa, tang kening lupa lak aku nak pakai eyebrow pencil, so nampaklah bersepah bulu kening aku tu. 

 
Overall, kira ada peningkatan lah juga mekap aku ni(ayat puji diri sendiri). Korang rasa macam mana? Ni pun hasil dari layan tutorial mekap dalam Youtube. Teringin gak nak gi kelas belajar mekap, tapi nan hado je kat tempat aku ni kan. Lagipun aku mekap untuk diri aku sendiri je (juga mama aku hehe).

8 Komen Anda:

  1. ok je asalkan lawa.. tak comot pun..

    eh..saya pun pakai meiko gak..

    btw.. saya pun make up sndiri jek.. semua org ckp ok je.. asalkan jangan tebal sangat mcm opera cina.. hehehe

    ReplyDelete
  2. overall.. ada peningkatan, belajar dr kesilapan.. =)
    hehehe, sama lol kite, dh makin berusia ni makin ade maghi plok seru nk 'menjangok'.. ;-p
    sy ni lg la, siap ada kwn tanye lg nape sy kuat melaram skrg, beza sgt ngan zmn muda belia dlu.. hehehe.. dlu ranggi..

    sy tak pakai mascara sbb rasa melekat2 je bulu mata.. ;-p
    satu lg fail bab kening.. ritu cikgu ajar kena wat 3 titik.. tu pun gi opis budak2 ni asik tanya "nk gi kenduri kawen ker..?"..
    seb bek ada geng hok suke mekap gop kat opis, masuk kije je browser alat mekap aje.. ;-p

    ReplyDelete
  3. betul,ada peningkatan..sbb make up yg paling cantik adalah masa kat restoren seri melayu..cuma kening jela sepah sket..hehe

    ReplyDelete
  4. bagus2..rajin mekap skang. tp betul la erna, dh makin brtambah usia, kena la kita mekap sket untuk cover segala kekurangan. dlu masa muda belia, pipi pon ketat lg, licin bersih...hehehe

    nk tnya, awak pakai face primer ngan eyeshadow primer dari brand apa?

    ReplyDelete
  5. tu ar kan.. makin bertambah usia kemain nak blajar mekap bagai.. betul kata ko dulu zaman muda belia pakai bedak jonhson jer... hahahhaa... tu la dak2 remaja skrg pun kemain ko... takkan mak budak pun takleh melaram.. lagi gempak kan...

    ReplyDelete
  6. tetap manis:) tapi memang suka jugak belajar make up dari youtube. mcm2 dpt ilmu, kan?!

    ReplyDelete
  7. cantik, mmg nampak dh improvement tu..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen anda disini.
Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...