Friday, July 31, 2009

l.a.n.g.k.a.w.i.s.l.a.n.d. - DAY 3 (II)

sambungannya...

Selepas keluar dari kawasan air terjun, kitaorang kembali semula ke Langkawi Cable Car. Kitaorang terus menuju ke kaunter tiket coz aku malas nak buang masa dah.... Sampai dikaunter tiket, orang dah tak ramai, hubby aku beli tiket dan terus kitaorang naik cable car. Bebudak ni teruja sangat...

Pintu masuk Oriental Village.


Click pic for larger image
Nilah cable car nya..... sama je macam dulu.


Nilah air terjun yang kitaorang singgah sebelum ni.

Click pic for larger image

Hah, nilah benda baru yang ada kat Langkawi Cable Car, masa aku pergi dulu, belum wujud lagi jambatan ni.


Click pic for larger image

Kitaorang di stesen paling atas.


Sekali lagi aku menapak kat tangga, dahlah penat menapak kat tangga Air Terjun pun tak habis lagi. Tapi tangga sini lagi mencabar hehehe.... nasib baiklah aku tak jatuh.


Click pic for larger image

Akhirnya, sampai juga ke jambatan bengkok ni.


Click pic for larger image

Hari memang panas terik, maklumlah masa kitaorang kat atas tu dah tengah hari. Ashraf pun macam dah penat, tengok jelah muka Ashraf tu.....serius je, aku & hubby gelakkan muka dia hahaha.


Nak naik balik ke stesen, masa nilah aku rasa betul-betul teruji. Menggigil kepala lutut aku.... bukan setakat lutut je, betis dan buku lali aku pun sakit.

Bila sampai di stesen, tanpa membuang masa kitaorang terus naik cable car, turun balik ke bawah. Punyalah kitaorang kehausan, nasib baiklah aku ni memanjang bawa air botol dalam beg.

Sampai di bawah, hubby aku nampak ada sesutu disebelah bangunan kaunter Cable Car. Oo... ada taman lah pula - Animal Farm. Kitaorang pun masukla, dan disini masuknya adalah percuma.


Agak-agak binatang apa yang ada kat dalam ni ye.....


Kat dalam ni ada rusa, ayam dan arnab. Tapi kitaorang teruja dengan rusa jee.... boleh pegang.


Aku suruh hubby aku pegang rusa, pastu dia kata, biar dia amik gambar. Eleh, takutlah tu nak pegang rusa.


Click pic for larger image

Aku pun tunjuk eksen lah kat hubby aku....hehehe


Click pic for larger image

Bebudak ni seronok kat dalam taman ni. Terus segar diorang bila kat sini. Dan korang boleh nampak aku yang duduk kepenatan....


Sekitar pemandangan di dalam Oriental Village


Ada banyak ikan dalam kolam ni, dan sebelahnya tu ada gerai jual makanan ikan. Hubby aku beli makanan ikan coz Ellisa kata nak bagi fish makan. Tu pasal banyak ikan kerumun kat bawah tu.


Yeah, sekali lagi aku duduk kepenatan... takkan ku lepaskan jika ada peluang hehehe..


Kitaorang berjalan-jalan sekitar Oriental Village.


Tetiba kitaorang nampak ni - Animal Garden. Dalam ni terdapat banyak arnab. Kita boleh beli makanan dan bagi arnab tersebut makan.


Click pic for larger image

Arnab-arnab kat sini memang dasatlah, tak tahu malu dan ganas tul, sampai Ashraf pun ketakutan, nak nangis dia hahaha... Tengoklah dalam gambar tu, abis di serbunya kitaorang. Tengoklah salah seekor arnab tu kat beg aku, akhirnya dia berjaya keluarkan tisu aku, kelam kabut hubby aku rampas balik, takut dimakannya. Seluar putih aku habis kotor dengan tanah coz arnab-arnab tersebut panjat naik atas riba aku.


Click pic for larger image

Ellisa memang suka bagi arnab makan. Walaupun diserbu arnab, dia tak takut pun. Bila makanan habis, sebok minta duit nak beli lagi makanan arnab hehehe.


Bergambar dahulu sebelum keluar dari Oriental Village.


Gambar kat atas ni; di kawasan Hotel Awana Porto Malai.

Selepas keluar dari Oriental Village, kitaorang mengejar masa pergi kekawasan Pantai Chenang. Kali ni destinasi kitaorang ke Hotel Awana Porto Malai. Untuk malam terakhir di Langkawi, kitaorang memilih Hotel Awana Porto Malai. Selepas check-in, kitaorang terus menuju ke bilik.


Click pic for larger image

Nilah dalam biliknya. Kecil sedikit dari bilik Hotel Helang. Macam biasa, bila masuk bilik, hubby aku akan lepak-lepak baring dahulu.

Selepas lepak sekejap, kitaorang keluar cari tempat makan coz kitaorang belum lunch lagi. Kitaorang tak pergi jauh pun, just dalam area Pantai Chenang je.

Nilah tempat kitaorang makan. Tom yam kat sini sedap, aku suka.

Selepas makan, kitaorang terus balik ke bilik hotel, hajat di hati nak bawa bebudak ni mandi kat swimming pool.


3 beranak masuk ke dalam kolam. Seronok tengok diorang mandi dalam kolam, sedangkan aku hanya mampu melihat sahaja. Bukan aku tak mahu mandi, baju swimsuit pun aku dah bawa, tapi apakan daya, aku tengah berCOTI, so tak bolehlah nak masuk ke dalam kolam.


Click pic for larger image

Lihatlah aksi dan gelagat anak-anaku didalam kolam. Punyalah seronok diorang, maklum sajalah, dah lama tak jumpa kolam hehehe...


Lagi gambar disekitar kolam.

Untuk aktiviti malamnya pula, kitaorang pergi merayau disekitar jalan Pantai Chenang. Memang happening lah.

Click pic for larger image

Kedai-kedai disepanjang jalan Pantai Chenang.


Hubby aku suka tengok kedai ni.


Kedai jual gamat. Tak sah kalau ke Langkawi tak beli produk gamat.

Selepas puas merayau kat jalan Pantai Chenang, kitaorang pun balik ke bilik hotel coz dah tengah malam. Ellisa pun dah kepenatan, sian dia. Aku pula sebok mengemas barang, maklumlah aku tak tahu macam mana nak simpan coklat, aku tak sedar yang aku terlebih beli coklat hahaha...

Continue reading.....

Wednesday, July 29, 2009

l.a.n.g.k.a.w.i.s.l.a.n.d. - DAY 3 (I)

8 July 2009 - Day 3

Hari ke-3 di Langkawi: Pagi ni kitaorang keluar pukul 9.30 am, terus check out dari Hotel Helang. Agenda seterusnya ialah mencari tempat makan untuk breakfast. Sebenarnya aku nak breakfast kat tempat yang sama tapi bila sampai kedai pakcik tu, tutuplah pula...hampeh tullah. Terpaksalah kitaorang mencari tempat makan lain. Punyalah jauh kitaorang mencari kedai makan sampai ke Jalan Teluk Yu.

Click pic for larger image
Si Ashraf sebok nak main dengan kucing...si Ellisa pula, bukan main asyik makan, lapar sangatlah tu...


Selesai breakfast, kitaorang bergerak ke Langkawi Cable Car, bila menuju jalan ke sana, aisey teringatlah pula masa zaman hanimun dulu, maklumlah lokasi Cable Car terletak berhampiran dengan Berjaya Resort, tempat kitaorang tinggal dulu :D

Sebelum menuju ke Langkawi Cable Car, kitaorang melalui Oriental Village. Dahulu, Oriental Viilage masih dalam pembinaan, tapi sekarang macam-macam ada dalam Oriental Village ni, banyak kedailah... So, memandangkan cuaca yang begitu panas terik, aku pun masuk salah satu kedai untuk membeli topi. Kitaorang berempat beli topi hehehe.


Click pic for larger image
Posing dengan topi baru...kecuali Ashraf lah, mamat ni susah sikit nak pakai topi.


Seterusnya kitaorangmenuju ke kaunter Cable Car. Mak aih, terkejut aku tengok ramai orang yang beratur kat kaunter tiket. Ingatkan masa cuti sekolah tak ramai orang. Majoriti yang beratur adalah pelancong asing; omputeh, arab & siam. Bila aku tengok panjang sangat beraturnya, terus aku cakap kat hubby aku, kita gi tempat lain dululah...so kitaorang masuk kereta menuju ke Crocodile Farm pulak.


Click pic for larger image
Nilah Crocodile Farmnya. Aku tak tahulah apsal tapi aku enjoy kat dalam ni. Besh tempat ni dari Snake Sanctuary.


Amacam? Cun tak aku pakai topi, kaler pink lagi.....Nurul! jangan jeles ye...hahahaha


Click pic for larger image
Gambar kat atas, buaya tu cacat kot... sebab takde penerangan pasal boya tu. Aku memandai je cakap kat hubby aku, yang diorang potong ekor dia untuk buat barangan kulit. Lepas tu, macam cicak, ekor tu tumbuh baliklah ...hahaha... ye ye je aku...

Aku suka tengok buaya-buaya kat dalam ni, takdelah macam taman buaya tempat lain. Taman buaya yang pernah aku masuk; kat Melaka, kat Sabah & Sarawak...semua buaya nya pasif je... Yang kat Langkawi ni, bukan main aktif lagi, dapatlah tengok diorang bergerak keluar masuk kolam.


Click pic for larger image
Ini Bujang Kawi... sian boya ni. Dia dilahirkan cacat.


Click pic for larger image
Kat jambatan ni aku rasa ngerilah sikit coz kat bawah tu punyalah bersepah-sepah boyanya siap bergerak-gerak lagi. Bukan setakat tu je, siap tepuk-tepuk air dengan ekor diorang lagi.... bunyi ganas je..


Click pic for larger image

Gambar atas ni; aku tengah merakam video dengan hp aku....apa yang aku rakamkan?? hehehe aku rakam 2 ekor buaya yang tengah bergaduh, saspen beb... Ellisa dah mula ketakutan. 1st time aku dapat tengok boya gaduh secara live depan 2 biji mata aku ni.


Kalau korang perasan, muka Ellisa macam tak besh je. Sebabnya aku paksa dia bergambar dengan boya tu.


Click pic for larger image
Masa amik gambar 2 beradik ni kelakar sangat..... Tengoklah si Ashraf tu, dia dok ngintai boya kat depan tu, takut boya tu gerak gamaknya....hehehe..


Click pic for larger image
Hubby aku berposing dengan anak-anaknya...


Click pic for larger image
Kitaorang & buaya... hanya dipisahkan dengan pagar sahaja. Buaya ni besar betul.... meremang bulu roma aku berdiri dekat dengan boya ni.


Boya & Ashraf...


Selepas selesai kitaorang jelajah satu taman boya tersebut, kitaorang pun menuju ke destinasi lain pula iaitu - Seven Wells Waterfall. Punyalah seksa nak sampai ke air terjunnya... niat dihati nak naik hingga ke Telaga Tujuh, tapi apakan daya, tak larat nak naik lagi 300++ anak tangga coz kitaorang dapat naik takat anak tangga ke 200++... nak tercabut nyawa kurasakan...maklumlah aku ni manalah pernah bersenam bagai.


Click pic for larger image
Gambar diatas: Signboard menunjukkan, Telaga Tujuh ke atas lagi.... kitaorang mampu pergi ke Air Terjun jee... itupun nak menghala ke air terjunnya pun kena menapak jauh gak....memang basah kuyup aku dengan peluh.


Click pic for larger image
Tengoklah gambar kat atas ni; nak naik ke Telaga Tujuh kena menapak 367 anak tangga lagi... Kitaorang pula dah menapak 271 anak tangga.....penat giler, menggigil kepala lutut aku.


Click pic for larger image
Nilah air terjunnya.... Memang nyaman sekali, dan korang boleh nampak aku yang dalam kepenatan, mengah tul.


Click pic for larger image
Airnya sungguh jernih sekali... nilah pertama kali aku tengok air terjun yang jernih giler... maklumlah kat atas, tu yang jernih tu. Bila aku letak kaki kedalam air, adalah anak-anak ikan yang berkumpul kat kaki aku.


Click pic for larger image
Kalau Ellisa seronok sangat dapat main air terjun, sampai dia kata nak swim dalam tu.. Lain pula hal dengan adiknya, korang tengok jelah gambar kat atas tu.... tak macho betul anak bujang aku ni.


Click pic for larger image
Sungguh mendamaikan.... aku just duduk kat atas batu tu dan menikmati pemdangan sambil melepaskan penat lelah.


**Aku musykillah apsal susah sangat aku nak upload gambar kat dalam blog, berhari aku nak upload gambar, itupun tak dapat nak upload banyak.....hhmmm
Continue reading.....

Saturday, July 25, 2009

l.a.n.g.k.a.w.i.s.l.a.n.d. - DAY 2 (II)

Selepas aktiviti Mangrove Tour, kitaorang balik ke hotel, untuk membersihkan diri dan berehat, maklumlah penat.

Dalam pukul 2.00 pm, kitaorang keluar menuju ke Pantai Chenang, destinasi kitaorang ialah ke Underwater World.


Underwater World.... dari luar sama je macam last time aku pergi.

Ashraf dengan baju baru hehehe......

Kat dalam Underwater World-dah lainlah pulak. Ketiga-tiga beranak memakai baju baru :P


Siapakah gerangan gadis yang ber'maxi' dress merah ittew? hehehe....


Aku tak tahan tengok gambar Ellisa & Ashraf kat atas ni....kelakar betul.


Penguin, macam dalam citer Happy Feet lak....


Kitaorang dalam panggung wayang mini. Kelakar masa kat dalam ni, maklumlah nilah 1st time Ashraf masuk wayang. Memula dia diam, tak sampai 5 minit mulut dia dah bising, pastu ajak keluar dah... aisey, mamat ni memang tak boleh masuk panggung lah....


Sebahagian gambar binatang yang ada dalam Underwater World, banyak gambar blur....


Dah keluar dari Underwater World....dan destinasi berikutnya ialah ke Laman Padi.


Laman Padi terletak di kawasan Pantai Chenang.


Menuju ke sawah padi.


Nilah sawah padinya....


Cantik pula bergambar kat sini.


Aku panggil ni, taman atas air, cantikkan? Seronok bebudak tu berjalan atas batu-batu tu termasuklah aku hehehe...


Setelah puas berjalan-jalan didalam Laman Padi, kitaorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Snake Sanctuary. Kitaorang mengejar masa coz tak naklah terjadi macam peristiwa sehari sebelumnya coz bila sampai dah tutup hehehe.... Tapi kali ni, kitaorang tiba di kaunter dalam pukul 5.00 pm. Actually Snake Sancturay ni terletak jauh dari Pantai Chenang, lokasinya betul-betul berhadapan Tok Senik Resort.


Snake Sanctuary.


Jom masuk kedalam mulut Ular.........


King Cobra - ular ni kelakar sangat, bila aku dekat, tetiba dia berdiri mengembangkan kepak kat lehernya....pastu bila aku jalan keliling kandang dia, dia ikut pandang....agaknya sebab aku pakai baju kaler merah kot hehehe...


Anak bujangku.....Ashraf.


Kat Snake Sanctuary ni tak beshlah, macam bosan je.... tu pasallah gambar tak banyak. Tak masuk pun tak apa hehehe....

Selepas keluar dari Snake Sanctuary, kitaorang balik ke hotel. Malamnya kitaorang keluar makan di kawasan berdekatan sahaja sebab kitaorang malas nak keluar jauh-jauh. Selepas makan malam terus balik ke bilik hotel coz nak mengemas beg pula kerana keesokannya kitaorang nak check out awal.
Continue reading.....

Thursday, July 23, 2009

l.a.n.g.k.a.w.i.s.l.a.n.d. - DAY 2 (I)

7 July 2009 - Day 2

Untuk hari kedua di Langkawi, aku bangun awal-awal untuk siapkan baju-baju diorang dan juga siapkan sedikit bekalan ke dalam beg. Seronoknya di Hotel Helang ni, diorang ada sediakan iron & board kat dalam almari baju, so tak payahlah kita nak susah-susah call housekeeping untuk minta semua tu. Selain tu, diorang juga sediakan hair dryer. Aku tak sangkalah kan, hotel yang aku bayar murah ni ada semua tu, kira berbaloi sensangatlah.

Oklah, aktiviti kitaorang pagi ni ialah Mangrove Tour. Selepas keluar dari hotel, kitaorang cari kedai makan untuk breakfast. Untuk breakfast, aku suka makan roti canai, so kitaorang carilah kedai makan yang ada roti canai. Nasib baiklah, on the way ke Tanjung Rhu ada kedai makan jual roti canai. Sedap betul roti canai pakcik ni, kuah kari dia pun besh. Ellisa & Ashraf pun berselera makan. Selepas makan, kitaorang pun terus bergerak ke Jeti Tanjong Rhu.

Mangrove Tour

Sampai di jeti, hubby pun bayar duit balance untuk pakej dan semasa aku tengah sebok memimpin anak-anak aku, adalah seorang hamba Allah ni sebok menangkap gambar kitaorang.....aku buat derk je.... terus menuju ke bot lah.


Click pic for larger image

Tengoklah baju kitaorang anak-beranak hehehe....Kalau tak nampak, korang klik jelah gambar tu nanti kuar besarlah gambar tu. Baju-baju ni aku beli masa kat Bandung aritu, baru sekarang berkesempatan pakai satu family. Aci tak kalau pagi raya kitaorang pakai macam ni hahahaha........


Nilah bot kitaorang dan budak yang jadi jurupandu kitaorang bernama Hisham, kalau tak silap akulah, aku pun ala-ala lupa. Saspen betul bab nak naik tu hehehe....

Perjalanan pun dimulakan. Aku dok depan dengan Ellisa hehehe...


Click pic for larger image

Aktiviti pertama ialah Eagle Feeding. Kat kawasan ni kita dapat saksikan burung-burung helang menyambar makanan di permukaan sungai. Memang terdapat banyak sangat burung helang tapi susah nak tangkap gambar burung-burung tersebut sebab diorang berterbang-terbangan hehehe.... Budak-budak ni pun seronok tengok burung helang yang banyak tu.


Kita bergambar dulu!!!


Click pic for larger image

Ashraf & Ellisa seronok sangat dapat naik bot, maklumlah 1st experience bagi diorang. Pulak tu, menyusuri sungai bakau, sambil menikmati pemandangan hijau di samping udara yang segar...che wah ayat aku. Gambar kat atas tu, ada sekawan beruk, kecohlah mulut bebudak ni menjerit "monkey, monkey".


Aku suka pemandangan yang ni. Aku rasa macam besh sangat dapat menyusuri sungai di celah 2 buah bukit ni... Macam dalam movie je hehehe..


Tetiba kitaorang nampak seekor makhluk.... iaitu seekor biawak yang tengah melepak hehe..


Click pic for larger image

Seterusnya kitaorang menuju ke Crocodile Cave. Seperti yang diberitahu oleh Hisham, satu ketika dahulu, gua tersebut merupakan tempat persembunyian buaya. Setakat ni, Hisham belum jumpa lagi buaya di sekitar sungai ni coz kebanyakan buaya sudah ditangkap dan telah dipindahkan kedalam Crocodile Farm. Kata Hisham lagi, krew National Geographic pernah membuat penggambaraan dokumentari bagi gua tersebut.


Jeng jeng jeng..... tibalah masa untuk masuk gua ni, bukan gua atas darat tau....gua kat sungai lagi.....
Kata Hisham lagi, kalau air sungai pasang, gua tersebut tak dapat dimasuki bot, nasib baiklah kitaorang tolak awal, kalau lewat sejam dua, memang tak dapat nak merasa masuk gua dengan bot lah.


Yeah, nak keluar dah... Aku ada amik gambar dalam gua tu, tapi semua hampeh. Ada satu bentuk dalam gua tu menyerupai kepala buaya.


Click pic for larger image

Destinasi seterusnya ialah ke Floating Fish Farm. Gambar diatas ialah restoran terapung dan disebelah restoran tu, ada sangkar kolam ikannya sendiri, ingatkan nak singgah makan tapi baru pukul 11 am, belum buka lagi.


Click pic for larger image

Nilah dia: Fish Farm nya - masa aku sampai memang ramai pelanconglah, tapi kebanyakannya pelancong omputeh, arab dan dari siam. Setiap petak kolam tu ada pelbagai spesies ikan, semuanya besar-besar.


Click pic for larger image

Hubby aku pegang ikan pari. Ini adalah ikan pari sungai, ianya tidak berbisa seperti ikan pari laut. Aku pun teringin nak try pegang tapi memikirkan nak kena menonggeng kat tepi tu, phobia lak, kang dibuatnya aku terjatuh dalam sungai tu naya je hehehe....


Click pic for larger image

Ini adalah ikan sumpit. Patutlah ikan tu diberi nama ikan sumpit. Tengoklah bagaimana ikan tersebut menyumpit roti yang di letakkan pada kayu tersebut. Memang tepat betul ikan tu menyumpit.


Kalau korang tak tahu ni binatang apa, aku tak tahulah nak cakap apa heheheh...


Click pic for larger image

Masa kat sini, punyalah panas..... berpeluh-peluh kitaorang dibuatnya.


Click pic for larger image

Hubby aku melayan anak-anaknya yang sedang kehausan. Padahal aku ada bawa air botol, tapi diorang nak air sejuk hehe...


Yeah, bot bergerak untuk destinasi seterusnya..... Punyalah Ellisa happy coz bila bot bergerak, apalagi beranginlah.


Click pic for larger image

Aktiviti seterusnya ialah masuk gua lagi. Kali ni Bat Cave pulak. Untuk masuk sini, bayaran dikenakan, tak mahal pun dalam RM2 atau RM3 ...aku lupa sebab yang tukang bayarnya hubby aku hehehe. Masa kat sini, kitaorang diberi torchlight.


Memulakan penggembaraan.


Click pic for larger image
Memang gelap suasana didalam gua ni dan menambahkan lagi kegelapan aku adalah aku memakai spek hitam hahaha..... patutlah pandangan aku gelap gulita. Kat dalam ni kitaorang dapat saksikan begitu banyak kelawar yang tengah tidur bergantung di bahagian atas gua tersebut. Memang banyak betullah, Ashraf & Ellisa senyap...konon tak nak kejutkan kelawar-kelawar tu tidurlah hehehe.... Aku lak saspen, kalau-kalau tahi kelawar tu kena kat kepala aku ke hehehe..


Anak bujangku yang sebok nak pegang torchlight.


Walaupun dah keluar, Ashraf masih dengan torchlight tersebut hehe... Korang boleh nampak, betapa gelapnya gua tersebut.


Kita meneruskan perjalanan lagi....


Alamak, tetiba ada beruk tengah melepak kat tengah jalan. Aku pun berhati-hati jalan sebelah dia. Nasib baiklah dia wat hal dia je hehehe...


Meneruskan perjalanan. Masa kat sini, laju je aku berjalan coz kat atas tu banyaklah beruk-beruk yang tengah bergayut...saspen lah kejap.


Click pic for larger image

Ada gua lagi. Kali ni guanya lebih mencabar hehehe.... Kena tunduk-tunduklah pula, besh betul.


Didalam gua tersebut.


Alamak, ada halangan lah pula hehehe....


Yeah, kitaorang berjaya mengharungi halangan tersebut.


Anak daraku tengah termenung. Penat gamaknya...


Click pic for larger image
Seterusnya kitaorang balik semula ke Jeti Tanjong Rhu tapi kitaorang melalui jalan laut pula. Punyalah laju si Hisham tu bawa, sakit punggung aku bila bot melompat-lompat dek arus & ombak. Gambar kat atas yang aku tanda merah tu, Hisham kata rupa bukit tu macam gorilla hehehe....


Bila sampai kat jeti, tetiba minah yang amik gambar aku tadi meghulurkan gambar kitaorang yang telah di frame....nak tak nak hubby aku pun belilah juga. Ooo..barulah aku tahu motif dia amik gambar aku masa sampai tu.


Kitaorang singgah sebentar di Pantai Tanjong Rhu, ingatkan nak makan tapi takde selera lah pula coz aku penat yang amat....dahlah badan melekit berpeluh ditambah pula dengan rambut yang kusut masai dek angin yang kuat hehehe... Kitaorang terus balik ke hotel je.
Continue reading.....

Sunday, July 19, 2009

l.a.n.g.k.a.w.i.s.l.a.n.d. - DAY 1

Aku bengang....bengang sebengang bengangnya. Punyalah aku excited nak update citer pasal kitaorang di Langkawi tetapi.... malang betul nasibku ini; monitor aku tetiba gelap gulita, tiada sebarang display... gelap segelap gelapnya huhuhu.
Hubby aku dah hantar ke kedai, katanya diorang takleh repair, suruh beli baru je.....aisey wat masa ni budget tak dok la pulak, so pakai monitor lain, monitor kecik huhu.... Dan menambahkan lagi kebengangan ku ini ialah, aku takleh nak bertenet, rupa-rupanya bil streamyx tak bayar hua hua hua...tu silap akulah kan.... tapi dah bayar, so bolehlah aku nak bercerita hal perihal kitaorang semasa di Langkawi :)

Seperti korang sedia maklum, last week kitaorang pergi bercuti ke Pulau Langkawi.

Langkawi sekarang memang berbeza dengan kali terakhir aku pergi dahulu iaitu tahun 2003. Area bandar Kuah pun macam dah ditambak, area Pantai Chenang dahulu hanya ada Underwater World...sekarang dah happening giler.

Langkawi kini betul-betul dah berubah wajah. Kata orang tempatan disitu, selepas kejadian tsunami(Dec 2004), memang area Pantai Chenang betul-betul dah berubah......pada mereka yang kali terakhir ke Langkawi sebelum berlaku tsunami maybe akan nampak perubahannya.

Oklah, aku nak cerita aktiviti kitaorang, bermula dari LCCT....

6 July 2009 - Isnin

Gambar ni masa kitaorang tengah lepak + makan di Marry Brown di LCCT. Hehehe LCCT pun dah lain sekarang. Hubby aku ada beli mask untuk kitaorang. Dia beli 2 jenis mask lagi, tapi yang pakai mask tu hanya hubby aku dan Ellisa je manakala aku dan Ashraf tak pakai hehehe....

Click pic for larger image

Ni pula dah sampai di Langkawi International Airport. Tengoklah muka budak-budak tu hehehe... sorang muka sentap, sorang muka bangun tidur. Aku heran betul dengan Ashraf ni, baik pergi & balik dari Langkawi, dia mesti tido dalam flight, boleh pula dia tido dengan bunyi bising nak berlepas dan mendarat. Si kakak tu sentap sebab dalam flight nak order itulah inilah, padahal dah makan sebelum tu. Aku pun bengang juga, masa tunggu beg-beg kitaorang keluar, hubby aku lak sebok kekaunter sewa kereta, sudahnya akulah yang kena angkut beg-beg tu hehehe.... nasib baiklah aku ni kuat, bak kata orang; tulang besi urat dawai hehehe....

Hotel Helang
Click pic for larger image

Lepas dah dapat kereta sewa, kitaorang terus bergerak keluar dari airport. Dengan selambanya kitaorang meluncur keluar dari pintu pagar airport tersebut dan memulakan pencarian mencari Hotel Helang. Semasa keluar dari pintu pagar airport tu, aku nampak sebelah tu ada pintu masuk lain, dan aku tak sangka rupanya Hotel Helang sebelah tu sahaja hahaha.....tapi hubby aku dah meluncur laju, so terlepaslah Hotel Helang tersebut. Aku pun suruh hubby aku patah balik hehehe.... Memang kelakar, tak sangka hotel tu kat situ je sebab dulu kitaorang berhanimun di Berjaya Resort.

First time jejak kaki ke Hotel Helang, aku dah mula suka hehehe, cantik bahagian depan dan lobbynya. Lepas dapat kunci, kitaorang pun masuk dalam bilik. Terkejut gaklah, tak sangka biliknya besar, siap 2 beradik ni asyik main lari-lari lagi. Dalam bilik tu ada 2 katil queen, dan bilik air dia pun sangatlah luas, lupa aku nak snap gambar bilik air. Aku tak sangka sangat bilik hotel ni cantik & luas sebab harga untuk 1 malam di Hotel Helang ni ialah rm75, murah kan? Tapi aku dapat promosi stay 2 malam dengan harga rm126 sahaja-lagi murah hehe..

Bila dah lepak atas katil, hubby aku pun macam dah malas nak keluar, bengang aku. Dia kata kejap lagilah... eee bengang aku. Aku dah buat itinerary sendiri dan nak kejar masa tapi hubby aku ni bila dah jumpa katil, nak berbaring-baring la pulak. Dalam pukul 2.30pm barulah kitaorang gerak keluar hotel. Itupun sebab hubby aku dah kelaparan, hehehe nak cari kedai makanla pulak. Jalan-jalan kat area Padang Mat Sirat rasanya, kitaorang nampak kedai makan nama Jom Ikan Bakar. Macam menariklah pula, tengok orang pun macam ramai je.

Jom Ikan Bakar

Click pic for larger image

Kat kedai makan ni ada jual nasi campur selain ikan bakar. Aku dan anak-anak duduk dulu, biar hubby amik makanan dia. Kat kedai makan ni semua self service; dari amik makanan hingga minuman kecuali tang masak ikan bakar, orang dialah yang masak. Lepas hubby aku dah amik makanannya, turn aku pula nak amik makanan. Aku tengok lauk-lauk dulu, memang banyaklah lauk dia, tapi banyak gakla yang habis. Bila turn aku nak gi amik nasi je, elok pula nasi dah abis. Bengang tul. Lastly, aku hanya meratah lauk ikan bakar sahaja..hehehe. Takdelah besh mana pun ikan bakarnya, sedap lagi cook aku yang masak.

Click pic for larger image

Macam biasalah, bila setiap kali makan kat kedai, si Ashraf takleh dok diam. Aku peliklah, suruh duduk kejap pun payah, tak macam kakak dia, elok je duduk diam. Nasib baiklah aku ada sorang anak laki je...hehehe.

Pondok/wakaf yang terdapat di Jom Ikan Bakar. Menarikkan? Rasa macam nak tiru je hehehe...

Kota Mahsuri

Click pic for larger image

Selepas makan, kitaorang bergerak ke makam mahsuri, atau sekarang ni kawasan tersebut di panggil Kota Mahsuri. Sebelum ni, masa aku gi hanimun dulu dipanggil Perkampungan Mahsuri..asyik tukar-tukar nama je hehehe..

Click pic for larger image

Dah nama pun Kota Mahsuri kan, so kawasan pun dah makin besar lah. Dulu aku pergi, takdelah besar macam ni. Dalam gambar di atas, ada banyak sangkar burung, belibis pun ada gak. Korang tahu ke belibis tu apa? hehehe...


Click pic for larger image

Kat dalam Kota Mahsuri ni ada gak rumah-rumah melayu lama, tapi tak semua rumah aku naiklah. Yang aku bergambar kat depan rumah ni, kena berbayar kalau nak masuk, tak tahulah apa ada dalam tu coz aku malaslah nak masuk. Yang aku masuk pun rumah yang ada kedai, jual barang-barang kraf dan sebagainya.

Aku suka gambar ni! Hehe... bukan senang nak bergambar berdua laki-bini ni. Lebih-lebih lagi hubby aku ni bukan jenis suka nak bergambar. Amacam cun tak aku pakai spek mata oversized? Macam Nicole Ritchie lak pulak hehehe...

Click pic for larger image

Rumah ni, dulu aku dah pernah naik masuk. Tapi kali ni pergi pun aku naik masuk lagi sekali coz Ellisa laju je dah nak atas tu, so kenalah aku follow.

Click pic for larger image

Nilah Telaga Mahsuri, tempat Mahsuri selalu amik air hehehe...

Click pic for larger image

Ni pula ialah Makam Mahsuri binti Pandak Mayah. Makam dia pun dah lain, dulu aku pergi masih berbatu marmar.

Click pic for larger image

Sedang kitaorang berjalan-jalan didalam tu, terjumpalah kitaorang akan satu gerai. Gerai tersebut menjual gambar didalam pinggan... Dulu masa berhanimun pun, aku dan hubby pernah amik gambar didalam pinggan, tak sangka masih wujud lagi gerai tu. So, kitaorang pun tak melepaskan peluang amik gambar didalam pinggan..ala-ala mengimbau kenangan lama gitu...ceh wah.

Jeng...jeng...jeng.... nilah gambar didalam pinggan. Yang sebelah kiri tu, gambar masa kitaorang berhanimun dulu, masa tu Kota Mahsuri dipanggil Perkampungan Mahsuri. Yang sebelah kanan ni pula, gambar yang terbarulah. Ada beza tak rupa aku & hubby masa dulu dan sekarang? hehehe...

Ada kumpulan main alat muzik, aku kurang pasti nama alat muziknya itu. Malula pulak tak tahu hehehe....

Sebelum keluar dari Kota Mahsuri, kitaorang masuk ke dalam muzium. Didalam muzium tu tidak dibenarkan amik gambar.

Click pic for larger image

Gambar diatas menunjukkan aku dan anak-anakku melintas ke seberang jalan untuk menjamu laksa di gerai berhadapan hehehe...

Nilah laksanya. Nampak sempoi tapi pedas dan terasa ikannya.

Selepas makan, kitaorang bergerak menuju ke Snake Sanctuary, tetapi malangnya kaunter tiket sudah tutup. Budak kaunter tu kata, tutup pukul 5.30pm, kitaorang lak sampai pukul 5.40pm. Frustlah jugak. Lepas tu, kitaorang cuma berjalan dalam kereta sahaja. Aku suruh hubby aku drive ke area Tanjung Rhu coz nak cari pakej-pakej yang menarik hehehe. Tak sangka, jauh juga Tanjung Rhu, sampaikan bebudak ni tidur dalam kereta. Tapi akhirnya kitaorang jumpa juga gerai/booth yang menyediakan pakej-pakej. Sebenarnya aku mencari pakej Mangrove Tour, so bila dah dapat, hubby pun bayar duit depositlah. Kitaorang amik satu bot terus coz tak nak kongsi-kongsi dengan orang lain. Memandangkan cuti sekolah, diorang bagi rega RM250, tapi hubby aku minta murah, so diorang bagi RM200. Dah dapat apa yang dicari, kitaorang pun baliklah ke hotel.

Malamnya pula, kitaorang ke bandar Kuah. Aku masuklah ke kedai Haji Ismail Group, takdelah besh mana coklatnya, harga pun takdelah murah mana pun. Tapi aku belilah sikit coklat. Yang aku perasan, banyak barangan Vantage yang dijual kat dalam HIG ni. Masa kat dalam HIG ni, memang aku han
gin sikitlah. Mana taknya, pekerja-pekerja dia bukan main sombong lagi. Dahlah muka tu tak lawa, perangai pun sama tak lawa, eeee..... menyampah betul aku! Kejap je aku kat dalam tu, lepas tu aku keluar dan masuk kedai lain. Kedai lain lagi besh, coklat pun murah-murah dan tarikh expired pun jauh lagi berbanding coklat kat HIG.

Sekejap je kitaorang kat bandar Kuah, coz kedai pun nak tutup. Lepas tu, kitaorang pergi makan malam dan lepas makan, kitaorang balik ke hotel coz nak buat perisapan untuk keesokan harinya....jeng jeng jeng.

***Panjang sungguh entry ku kali ini.... hehehe.
Continue reading.....

Thursday, July 16, 2009

Happy Birthday Sayang....

16 July 2009 - Hari ni genaplah 30 tahun usia suamiku yang terchenta hehehe....
Happy Birthday sayang....ucapan selebihnya dalam kad ye :P

Continue reading.....

Saturday, July 11, 2009

Yuhuu..... Kitaorang dah balik

Penatnya ku rasakan..... hari ni banyakla baju-baju yang hendak dibasuh, tengok je pun dah rasa malas hehehe.... tapi kalau tak basuh, lagilah menimbun :P

Sebenarnya pada hari Ahad yang lepas, selepas ambil Ellisa dari skool, kitaorang terus bergerak ke PD, rumah PIL aku. Kitaorang stay kat rumah PIL coz dari situ dah dekat dengan LCCT, dalam 45 min gitu.

Hari Isnin nya tu, flight kitaorang pukul 12 tghari, sengaja aku amik flight yang tak awal, tak perlulah bebudak ni nak bangun pagi-pagi sangat. Kitaorang stay kat Langkawi selama 4 hari, dari 6/07/09 hingga 9/07/09. Balik dari Langkawi pun kitaorang stay kat PD, rumah PIL coz tak laratlah nak balik Kemaman terus.

So, hari ni barulah kitaorang ada kat Kemaman hehehe..... Cerita selanjutnya akan menyusul kemudian coz sekarang nak mengemas apa yang patut.

Ni gambar Ashraf, dalam kereta - on the way nak ke PD. Kalau korang perasan, rambut Ashraf dah pendek. Aku & hubby aku yang potong. Punyalah seksa nak potong rambut budak ni, hasilnya rambut pendek sebelah, lantaklah janji pendek hehehe.... Dan kalau korang perasan, rambut Ashraf dah tak kerinting dah.

Amacam, hensem tak saya??
Continue reading.....

Thursday, July 2, 2009

Vacation...?

Gambar sebagai hiasan sahaja :P


Yup, kitaorang akan pergi bercuti, tapi bukan ke luar negara....heheh Cuti-Cuti Malaysia je. Destinasi percutian kitaorang ialah ke Pulau Langkawi. Kali terakhir aku ke Langkawi pada tahun 2003, masa tu pergi berdua dengan hubby-hanimun lah katakan (:

Maknanya sudah 6 tahun aku tak ke Langkawi, gamaknya mesti dah lain kan sekarang. Kalau dulu aku pergi berdua je, kali ni aku pergi berempat pulak. Kalau dulu, kitaorang makan je kat mana yang sempat, maklumlah tak terasa laparnya....asyik bermadu kasih je hahahaha..... Kali ni, aku ingat nak try tempat makan yang best, kalau korang dah biasa/pernah ke Langkawi, korang rekomenkanlah aku tempat makan yang best ;)

InsyaAllah, kalau tiada apa-apa halangan, kitaorang akan ke Langkawi pada tarikh 6 July ni naik AirAsia. Continue reading.....