Sunday, March 29, 2009

Menarik, tertarik....

Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa nak update blog, tapi takde cerita atau gambar mengenai kitaorang pun cuma kali ni aku sengaja nak berkongsi dengan koranglah. Tak tahulah apsal, sejak kebelakangan ni rajin benar aku dok survey kat tenet pasal kamera hehehe.... bukan sebab nak beli kamera baru; niat tu memang ada, tapi RM je yang takde, so berangan jelah..... Berangan tidak memerlukan sebarang RM, tak gittew?? hehehe...

Seperti sebelum ni, aku pernah nyatakan bahawa aku suka kualiti gambar hasil kamera digital SLR tetapi aku nak kamera tu dalam bentuk kecik; compact. Seperti model digicam ni...hehehe.

Panasonic Lumix DMC-LX3


Link: http://panasonic.net/avc/lumix/compact/lx3/index.html

Macam menarikkan digicam ni. Apa yang menarik minat aku ialah, hasil gambarnya pada waktu malam memang cantik. Kalau nak dibandingkan dengan digicam Sony Cybershot aku ni, memang jauh bezalah. Harga pun murah..

Ada lagi model dari Panasonic yang menarik minat aku, iaitu:


Panasonic Lumix DMC-G1


Link:http://panasonic.net/avc/lumix/systemcamera/gms/g1/style.html

Yang G1 ni rupa macam kamera DSLR kan? Tapi ni bukan DSLR. Hasil gambarnya pun cantik.

Selain brand Panasonic, aku survey gak brand seperti Nikon ni:


Nikon CoolPix P90

Link:http://imaging.nikon.com/products/imaging/lineup/digitalcamera/coolpix/p90/

Nikon ni pun menarik gak, bukan camera DSLR, tapi kamera semi DSLR... Masa Digital Fotokem aritu, aku ada cuba pegang, tapi yang P80 punyalah, memang ringanlah. Gambar pun memang jauh cantik dari digicam Sony aku.

Selain tu, aku tengok gak brand Canon. Tapi kamera Canon ni memang mahallah hehee...

Canon Powershot SX1 IS

Link: http://www.canon.com.my/p/EN/114-Digital-Cameras/375-Powershot-Pro/150-PowerShot-SX1-IS/


Menarik bukan digicam-digicam diatas ni? Ada tak antara korang yang pakai prosumer digicam? Kongsilah pengalaman korang...

Continue reading.....

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour


Saturday, 28th March 2009

830pm to 930pm

Pada pukul 8.30 malam ni marilah kita beramai-ramai menutup suis lampu selama 60 minit.

Sebagai sokongan untuk selamatkan Bumi.

Do your part. Save the earth.

Continue reading.....

Sunday, March 22, 2009

Sakan kah aku??... :P

Hehehe..... sebelum start menulis aku dah senyum sengsorang depan pc ni. Oklah, dipendekkan cerita, masa aku kat KL aritu, aku ke Sg Wang. Di Sg Wang, aku beli sesuatu.....apakah sesuatu itu? Jeng...jeng...jeng, sesuatu itulah yang membuat hatiku berbunga-bunga & tersenyum selepas membelinya...hehehe.

Korang kalau baca nanti, jangan gelak pula.... bukan apa, aku ni kalau benda-benda macam ni memang ter'over' excited sikit, maklumlah jiwa muda remaja lah katakan hehehe...

Inilah benda yang aku beli, sama macam Cik Puan Mimi kita tu, aku pun buat gaklah benda ala bling-bling tu. Mula-mula aku ambil yang kecik, sekali budak tu kata "akak amiklah yang besar sikit, baru nampak cantik". aku pun kata "yang besar nampak cantik ye?". "a'ah" kata budak tu. Biasalah aku ni, org tu kata cantik, terus aku setuju amik yang besar ..hahaha.. Berpeluh aku kat gerai budak tu pilih-pilih mana yang cantik.....dan inilah hasilnya:

Amacam, cun tak? :P

Kegembiraan aku bukan terhenti setakat itu sahaja (ceh ayat).... seterusnya aku beli sesuatu yang lagi besh, yang membuat hati aku bertambah bling-bling. Kat kedai cina ni lagi lama aku membelek, tapi nasib aircond dia sejuk yang amat, jadi aku tak berpeluhlah. Nak tahu apa aku beli? jeng jeng jeng....

Cantikkan? Hehehe... boleh ditampal dimana sahaja termasuklah kat hp.

Bila balik Kemaman, aku pun memulakan projek mendeco hp ni, tapi sebelum aku lekatkan ke hp aku, aku bereksperimen dahulu dengan benda lain, dan mangsanya ialah Gameboy Ellisa hehehe. Ala, lagipun Gameboy Ellisa ni pun dah lama, bila aku tanya Ellisa boleh tak aku lekatkan bling-bilng tu kat Gameboy dia....jawapannya "YES".

Gambar Gameboy Ellisa SEBELUM.


Gambar Gameboy Ellisa SELEPAS.

Amacam? Dalam gambar tak berapa nampak bling-bling tu, tapi tengok real, fuh! memang cun giler....Ellisa suka betul. Setelah berjaya dengan eksperimen pertama, aku pun buatlah ke atas hp aku pula. Mencabar sedikit coz hp aku bukan petak betul, so kenalah potong sikit.

Sebelum...


Selepas...

Puas hati aku dapat mendeco hp aku ni, kalau hp sebelum ni memang tak berpeluang nak mendeco. Tu pasallah aku tak nak pakai hp yang touch screen ni. Cukuplah sekali aku dah pakai.

Aku deco bahagian belakang hp aku, itupun dapat lekat kat bahagian tengah, tak cukup nak cover satu hp, nampak gaya kena beli lagilah coz aku nak lekat kat bahagian depan gak hehehe... Sakankah aku?


Hutan Lipur Lentang

Sebenarnya Hutan Lipur Lentang ni terletak kat hiway Karak. So, setiap kali aku berulang alik KL-Kemaman, memang tak sah tak lalu area ni, tapi kitaorang tak pernah singgah pun sehinggalah baru-baru ni, hubby aku ajak singgah, nak bawa anak-anak aku kenal sungai hehehe.

Hari panas terik.


Ada jambatan lah pula....


Goyang-goyang jambatannya bila jalan hehehe...


Tengok orang mandi-manda.

Ada cerita yang ingin aku kongsikan bersama: Hubby aku masuk kedalam sungai, saja nak rasa airnya. Lepas tu, si Ashraf menggelupur nak masuk sama. Hubby aku pun dukunglah, dalam masa yang sama hubby aku cakap, airnya sejuk giler. Lepas tu, hubby aku just cecahkan kaki Ashraf ke dalam air sikit, tetiba Ashraf tinggikan kaki dia...hahahaha dia terkejut sejuk, terus kata "tak nak". Kitaorang pun gelaklah. Lepas tu, si Ellisa pun nak masuk gak, tapi tetiba dia nampak ulat atas air tu, yang macam labah-labah tu....ada banyak la pula, terus si Ellisa tak nak hehehe... Akhirnya kitaorang makan aiskrim je dan lepas tu terus balik ke Kemaman.

Makan aiskrim jelah....




Muka tak puas hati.....


Continue reading.....

Wednesday, March 18, 2009

Apa citer....

Apa citer aku ye sepanjang 5-6 hari ni.....
Pada 13hb yang lepas kitaorang ke PWTC coz ada MATTA Fair. Memang ramai oranglah kat PWTC tu, bukan setakat ada MATTA Fair je, ada gak Fotokem Digital Fair, Jewellery Fair, pastu adalah pameran-pameran yang lain yang aku tak perasan sangat hehehe...

Alang-alang ada Fotokem Digital Fair tu, kitaorang pun masuklah, saja tengok-tengok kamera yang ada. Pastu, kitaorang pun pergilah ke booth Nikon, saja je nak tengok kamera D90 tu. Hubby aku angkat, dia kata berat.... siap test lagi. Aku pun pegang, tapi memang tak seswai dengan tangan aku yang kiut ni. Aku ni benda berat-berat ni memang tak kenanlah sangat, macam umpama dukung budak je. Tapi aku akui, gambar yang ditangkap tu memang cantik. Kitaorang tengok kamera-kamera yang lain, rasa macam nak tukar digicam je, kalaulah digicam ni boleh trade in macam henfon, memang aku dah tukar dah hehehe....

Lepas keluar dari Fotokem Digital Fair, kitaorang pergi ke MATTA Fair pula. Nak masuk sini, kena bayar RM3 untuk sorang. Masa kat dalam MATTA Fair ni punyalah ramai orang, rimas aku. Memang macam-macam pakejlah ada. Lama jugalah kitaorang dok dalam tu.

Disebabkan tempat parking PWTC ni penuh, kitaorang park kereta kat The Mall. Dapatlah jalan-jalan dan makan kat dalam The Mall ni. Dah lama giler aku tak menjejakkan kaki kat The Mall ni, tapi aku tengok sama je macam last time aku datang, takde apa-apa yang baru pun.

Ashraf kebulur hehehe...

Masa kat KL juga, aku ikut Nurul dan Fendi ke Uptown Danau Kota. Anak-anak aku dah tidur, so hubby aku dok umah jaga dioranglah hehehe... Saja jalan-jalan cuci mata nak tengok benda-benda baru kat Uptown. Tapi, bosanlah pula, takde apa-apa yang menarik pun. Kebetulan malam tu besday Nurul, so aku belanja diorang makan kat Oldtown. Nak dekat pukul 2 pagilah aku balik hehehe...

Satu lagi sebab aku ke KL ni coz nak ambil henfon baru aku. Aku beli dengan adik aku, dia baru beli sebulan, tapi dah tak pakai, so aku kata tolak kat aku lah. Adik aku ni ada 3 henfon, so memang akan pastilah ada 1 henfon yang tak terpakai punyalah. Dia tolak kat aku dengan sekian RM + nak henfon aku. Kalau kat kedai pun sama juga, trade in henfon + bayar RM. So, inilah henfon baru aku:

Henfon baru aku!!!!


Bye-bye henfon lama.....

Henfon aku sama macam hubby aku gak, cuma kaler je lain. Dah lama aku tak pakai henfon Nokia ni, kali terakhir aku pakai brand Nokia ni masa model 8210, lama tu.... So, pada permulaannya memang aku kurang reti & kekoklah guna henfon yang ada keypad ni hehehe, maklumlah sebelum ni pakai touch screen, tapi senanglah sikit guna berbanding henpon lama aku-Dopod D810. Cukuplah 2 tahun lebey aku guna henfon touch screen & Win Mobile ni, leceh.

Henfon hubby aku & aku.


Continue reading.....

Thursday, March 12, 2009

Tag, Award & Kaji Selidik.....

Sebelum aku terlupa, baik aku jawab tag yang diberikan oleh Sham(Ummi Echa). Aku ingatkan ada 1 je, rupanya ada 2 hehehe...... Aritu dah jawab 1, ni jawab yang 1 lagi: -

TAG: ABOUT PREGNANCY

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Act, yang 1st punya gugur, tak sampai 2 bulan pun, masa tu tak tahu peknen, maklumlah terus lekat lepas kahwin. Memang tak ready sesangat, sebab tak ready la kot Allah tarik balik hehe..padan muka aku. Sebulan kosong, lepas tu lekat balik hehehe... Yang kelakarnya, aku asyik muntah2 je, doc kata aku keracunan makanan... siap makan ubat bagai, tapi seminggu gak muntah2.... pastu mama aku cadangkan pergi jumpa doc lain, doc tanya bila last datang period...aisey baru aku terfikir yang aku maybe peknan, lawak tullah.... padahal aku & hubby mmg plan pun nak anak hehe...terlupa betul.

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Takde hehehe....(nampak sangat nak anak pompuan)

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Of courselah hepi banget, sebab yang memula gugur dah menyesal kan heheh....

4. HOW OLD WERE YOU?
24 yrs old.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Doc yang bagitau hehehe.... kalau tak memang sampai sudah ingat keracunan makanan hahaha...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby tercenta...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Yup, 5 bulan peknen dah nampak jantinannya.

8. DUE DATE?
21 December 2003

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yup, teruk sesangat!!! 4 bulan maaa.... makan minum kuar balik-asyik muntah2 je sampai kuar muntah hijau, sampai nangis2 cakap kat hubby " tak laratlah, rasa nak mati je" hahaha... Pastu takle bau badan hubby gak, rasa nak muntah gak. Bau benda wangi pun, muntah gak. Asyik uwek-uwek je.... masa tu beg plastik peneman setia aku.

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Banyak gaklah, aku minta apam, mama aku buatkan... pastu kari kerang, makan je muntah balik hahaha.... Pastu buah cempedak, nasib masa tu ada musim. Pastu aku suka makan makanan mamak-roti canai, dan juga suka makan nasi beriani & ayam goreng berempah kat Restoran Insaf-2 pinggan maaa... Yang tak dapat aku makan, cendollah, tu pasal Ellisa meleleh je air liurnya.

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Perempuan

12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Masa kahwin 40kg, masa nak beranak tu 51kg....... naik 11kg

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulillah, takde...

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Klinik S.T Chong-Kuantan, tempat mama aku lahirkan adik bongsuku hehehe...

15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Pukul 5.00 pagi masuk, pukul 7.00 pagi keluar bilik.... dalam 2 jam.

16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Hubby tercenta.

17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Semestinya hubby tercenta. Teringat lagi dia jerit "Na, dah nampak kepala dah" hehe...

18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural.

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Masuk air kat tangan.

20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.75kg, memang kecikla hehe....tapi senang keluar.

21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
9 December 2003 - awal 2 minggu (kes aku makan durian D24, terus perut memulas, tu yang beranak awal kot)

22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Ellisa Farhanah

23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
5 yrs 3 mnths 3 days

24. WOULD YOU DO IT AGAIN?
InsyaAllah kalau ada rezeki, no. 2 pun dah keluar hehe...

Seronok wat tag ni, aku nak tag:

** Leily
** Ciku Nunu
** Fateen
** Leen

*************************************************************************************

AWARD

Aku dapat award lagik!!! Tiap-tiap bulan dapat award, jangan jeles :P....artis pun takde tiap-tiap bulan dapat award tau...hehehe kalah Tok Ti. Award ni aku dapat dari Yantz & juga dari Aimi. Thanks Yantz & Aimi!!!



The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you

Ingin kuserahkan award berikut kepada:

--- Dila
--- Ciku Nunu
--- Nurul
--- Sham
--- Fateen
--- Leily
--- Leen
--- Mimi
--- Yong
--- Cik Linn


*************************************************************************************

Kaji selidik

Ni pula kaji selidik oleh Cik Nurul kita hehehe.... sah minah ni nak cari kamera baru ni...hehehe. Oklah Cik Nurul, ni jawapan Kak Erna ye:

1) Brape saiz skrin LCD kamera anda??
2.5"

2)Ada Touch Panel??Sekiranya ada,apa kebaikan & keburukkannya??
Tak de

3)Imej yang diambil semasa bergerak ok @ tidak??
Kureng....

4)Imej yang diambil pada waktu malam adakah clear @ tidak??
Kureng...

5)Brapekah Mega Pixels kamera anda??
8.1 Mega Pixel

6)Apakah kemudahan yang ada lagi pada kamera anda??
Boleh crop dalam digicam ni...lain2 kurang pasti.

7)Apakah jenama kamera anda sekarang??
Sony Cybershot T-100

8)Adakah anda berpuas hati dengan kamera anda sekarang??Sekiranya tidak berikan sebabnya??
Tidak. Sebab tak cantik amik gambar waktu malam atau suasana kurang cahaya.

9)Apakah jenama kamera yang anda impikan??
Entahlah....digicam apa best ek? Aku memang tak minat dslr, banyak nak kena belajar tu... kalau boleh nak digicm kecik & senipis kad kredit je...ada??

10)Berikan sebab kenapa anda pilih kamera impian anda itu??
Takde jawapan rasanya....

Yeah! Dapat award lagi:



Continue reading.....

Wednesday, March 11, 2009

Kenduri Kahwin Sepupuku ... -II-

Kita sambung lagi.... aku saja je pecahkan kepada dua bahagian. Yang part 1 tu aku letak gambar pengantin, manakala yang part 2 ni, aku nak letak gambar-gambar aku lah pula kan. Maklumlah, dah pakai cantik-cantik dan dimekapkan cantik-cantik(aku dimekap oleh Cik Nurul kita ye, kalau mekap aku tak cantik, korang salahkan dia ok hehehe :P)mestilah nak bergambar pula hehehe.

Untuk pengetahuan korang, masa kenduri sepupu aku ni, kelurga mentua aku ada datang: bapa mentuaku, ibu mentuaku, dan 2 orang adik iparku...yang lagi 2 orang tak dapat datang.

Nilah keluarga mentuaku.


Atok Ashraf & Ellisa aka bapa mentuaku.


Hubby aku dan Ashraf. Hehehe baju baru ni, beli kat Bandung lagi, sedondon bapa-anak.


Aku & hubbyku.


Aku bersama 2 orang adik iparku.

Masa kat kenduri ni, boleh dikatakan aku sibuk jugala, jumpa orang nilah, jumpa orang tulah... maklumlah, aku dah lama tak jumpa mak sedara & pak sedara aku. Ada yang tak pernah jumpa Ashraf lagi. Selain tu seronok dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu aku, masing-masing dah ada anak heheh..kelakar pula.

Aku dengan Abang Amir & anaknya. Salah seorang cousin aku. Kira Ashraf dengan anaknya dua pupulah...aku lupa anak dia nama apa tah.


Yang pakai kopiah tu, Alang aku, abang kepada papa aku. Alang aku ni duk kat kampung, kat Sg Besar, Sabak Bernam. Salah seorang pakcik aku yang best hehehe, kalau jumpa aku mesti peluk cium aku, aku dah ada anak dan laki pun still peluk cium aku hehehe...Yang baju purple belakang tu anak Alang aku. Manakala yang baju hijau tu cousin aku yang paling tualah, Kak Yong anak kepada Angah aku, iaitu kakak kepada papa aku hehehe...Korang faham ke? Tak faham pun, buat-buat faham jelah...


Aku dengan cousin aku, Fatin... anak Pak Long aku iaitu abang kepada mama aku. Kalau korang ingat, aku pernah ke kenduri kahwin dia di Perlis, boleh tengok kat Fotopage. Fatin ni baru ada anak sorang, Hakim baru berusia 4 bulan. Heran aku tengok si Fatin ni, dah beranak pun badan still macam masih peknen lagi je sampaikan hubby aku siap tegur " Ada nombor 2 ke ni?"..hehehe...


Nilah anak si Fatin.


Nilah Nurul. Orang yang bertanggungjawab menepek bulu mata pelesu dan juga mekapkan aku. Last year dia kahwin, tema baju aku ala-ala Indonesia gitu, sampai ada orang ingat aku datang dari Bandung hehe..lawak tul. Korang boleh tengok gambar kenduri kahwin diorang kat fotopage.


Keluarga Makcupeik aku.


Menanti giliran untuk bergambar dengan pengantin.....


Gambar kitaorang dengan pengantin. Dalam gambar ni papa aku takde, dia ke Indonesia. Adik aku yang bongsu pun tak ada coz kat PWTC, ada aktiviti U dialah.


Ashraf bosan hehe...


Err... saja je letak gambar besar, nak testing sebenarnya tepek dari image hosting :P. Masa ni kitaorang nak balik dah. Sepanjang hari tu, aku rasa ala-ala wanita melayu terakhir gitu hahahaha... bila lagi nak perasan kan. Dan sepanjang kenduri berlangsung, aku rasa aku soranglah yang pakai songket, songket Ganu Ori ye... tetamu yang lain-lain banyak pakai lace. Ellisa punya songket tu, bukan asli hehehe.. kain beli kat Jakel je, pastu aku jahit manik sikit kat baju dia. Kalau korang perasan, aku siap beli brooch design ala-ala klasik lagi, mahal betul. Ikut hati nak belilah sekali gelang kaki dan rantai tu kan... tapi takut over pula. Dan ikut hati, nak buat sanggul tapi malas pula nak ke saloon, nasib baiklah masa kat Sg Wang tu aku jumpa sepit bunga. Aku suka betul sepit bunga ros ni... aku beli kaler pink untuk Ellisa & kaler merah untuk aku....Next time aku nak beli bunga lain pula...hehehe....

Continue reading.....

Monday, March 9, 2009

Kenduri Kahwin Sepupuku... - I -

Selepas balik dari Indonesia, aku terus stay kat KL. Anak-anak aku pun ada sama. Kitaorang stay kat KL coz salah seorang cousin aku nak kahwin-Mardiah. Jumaat malam dia nikah kat Masjid Wilayah tapi aku tak dapat pergi coz anak-anak aku dah tidur awal dan lagipun aku takut majlis lambat habis je, kesian pula kat bebudak ni, dahlah Masjid Wilayah tu kat Jalan Duta, jauh la pula.

Malam yang sama tu juga, aku call Nurul hehehe... tanya dia ada pergi mana-mana ke coz aku nak ikut, nak beli barang mekap & fake eyelashes. Sekali dia kata, memang nak keluar, apa lagi aku pun ikutlah diorang, hubby aku jaga anak-anaklah kat rumah. Kat Sg Wang, aku masuk Elianto, beli fiber mascara, eye liner & blusher. Lepas tu, kitaorang singgah kedai apa tah, beli fake eyelashes, si Nurul suruh aku beli yang macam bulu mata unta tu, ishh... tak kuasa aku..... dia kata, dia suka yang macam tu hehehe...kelakarlah Nurul ni. Lepas tu kitaorang jalan-jalan dalam Sg Wang dan aku ternampak kedai jual sepit-sepit cantik..heheh.. aku pun terjebak lah beli, beli untuk Ellisa & aku juga. Kononnya, nak melaram untuk majlis kahwin esoknya lah....

Sabtu: 21-02-09
Majlis Persandingan Pihak Perempuan
Dewan Komuniti Danau Kota.

Pelamin, Meja Makan Beradap & Kek.


Esoknya tu, aku siapkan anak aku awal-awal, senang kalau bebudak ni dah siap dulu. Aku pula, pakai sunblock & bedak awal-awal gak coz nak suruh si Nurul mekapkan aku, bukan Nurul Shukor ye, tapi Nurul bini si Fendi hehehe.... Punyalah lama tunggu si Nurul datang, mana taknya, diorang laki bini pergi saloon dulu...amboi, sakan betul korang ye.

Dalam dewan


Pengantin tiba.


Pengantin atas pelamin.

Upacara potong kek.




Nanti aku sambung cerita lagi kat part II plak

Continue reading.....

Saturday, March 7, 2009

TAG: "E" untuk apa yaa...??

Kali ni aku kena tag dengan Sham(ummi echa) + dapat award lagi. Suka betul aku dapat award-award ni......macam artis gittew hahaha...

Tagnya:

Rules:It’s harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real…nothing made up!
If the person before you had the same first initial,you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Erna

2. A four Letter Word : Envy

3. A boy's Name : Emran

4. A girl's Name : Ellisa

5. An occupation : Engineer

6. A colour : Earth Tone

7. Something you'll wear : Earrings

9. A food : Egg

10. Something found in the bathroom: Eubos (sabun Eczema Ellisa)

11. A place : Egypt

12. A reason for being late: Entah

13. Something you'd shout : Eleh...

14. A movie title : Edward Scissorhands

15. Something you drink : Es Alpokat hehehe....

16. A band group & singer : Ella & The Boys

17. An animal : Eagle

18. A street name : Elm Street (amik dr movie nightmare on elm street hehe..)

19. A type of car : Escape, Ford

20. The title of a song : Engkau Yang Satu (WOW)

Mangsa seterusnya ialah:

- Leen
- Nurul
- Fateen



Korang jangan lupa angkut award ni sekali.



Continue reading.....

Thursday, March 5, 2009

Bandung - Tutup Buku

Bosan pula asyik citer pasal kat Bandung je(bosan kunun :P). Oklah, aku sambung cerita lagi.....untuk hari seterusnya, aku merepeat ke Pasar Baru lagi. Bahaya wooo kat Pasar Baru ni.... berhantu, asyik memanggil-manggil je aku ke sana, tika dan saat ini aku menulis blog ni pun, aku seolah-olah terpanggil untuk ke sana lagi hehehehe....

Kali ni aku shopping kain ela pula.

Masa kat sini memang ada ramai orang Malaysia. Geng-geng makcik gitu hehehe...

Teh Botol.

Setiap kali aku pergi kedai kain, mesti diorang hidang kan air.... Teh Botol lah, Friutea lah, Aqua lah...dan teh susu. Saja je suruh aku lepak lama-lama, bila dah lepak lama-lama, kononnya aku akan beli banyak kainlah kot hehehe.

Punyalah banyak kain, tapi tak banyak yang aku kenan.


Merewang kat Lantai lain pula.


Lantai Beg pula.

Alkisahnya, masa dok sedap shopping-shopping tu, duit rupiah aku pun mula menyusut....kitaorang pun gunalah CC. Lepas tu, kitaorang terpaksalah pula cari Money Changer coz nak guna duit rupiah untuk makan, airport tax, taksi dan lain-lain. Nasib baiklah aku dan hubby aku bawa duit RM, untuk hal kecemasan hehe... Nak tukar kat Money Changer nya, punyalah ramai umat, memang masa emas kitaorang dibazirkan di Money Changer nilah..... Lepas tu, kitaorang balik ke Pasar Baru, nak beli Pisang Sale dan kemudian terus balik ke hotel..... rupiah tinggal sikit maaa...kena berjimat.

Malamnya:

Malamnya pula, kitaorang plan nak jalan-jalan kat kota Bandung ni.....jalan-jalan dalam taksi jelah, maklumlah malam terakhir aku berada di Bandung, sedeylah pula. Kitaorang suruh taksi ke Kartika Sari; kata orang brownies dan pisang bolennya sedap. So, masa kat Kartika Sari, aku borong brownies Cheese(hubby aku), brwonies Choc Chip, brownies Almond & juga Pisang Bolen. Memang ada macam-macam yang dijual, tapi memandangkan nak membawanya nanti satu masalah, so beli itu jelah dulu, nak test...itu pun dah berat aku bawa.

Kartika Sari

Seterusnya kitaorang ke Donatello, kat sini banyak jual kasut, jenamanya sendiri: Donatello. Kat sini aku beli selipar capal untuk Ashraf.


Donatello


Jalan Cibaduyut

Seterusnya kitaorang ke Jalan Cibaduyut, dimana banyak barangan kulit dijual disini. Agak jauh juga Cibaduyut ni. Bila kitaorang sampai di area sini, punyalah banyak kedai jual barangan kulit di kiri kanan kitaorang tapi kitaorang sempat masuk 1 kedai sahaja. Maklumlah, kedai dah mula nak tutup.

Memang banyak kasut kulit, beg kulit dll.

Masa kat dalam kedai kulit ni, aku just perhati hubby aku menerai sandal & kasut di situ. Hubby aku beli sandal & tali pinggang kulit, ikut hati dia nak beli kasut tapi takut kang terhabis rupiah kang, naya je kitaorang tak balik Malaysia hehehhee.... Malam tu kitaorang balik hotel dan mengemas apa yang patut.

Sebelum balik, bergambar di depan kedai. Besar kasutnya hehehe...


Nak balik daa....

Esoknya tu, lepas kitaorang breakfast kat hotel, kitaorang tak kemana pun... maklumlah kena jimat rupiah hehehe... dari hotel kitaorang terus ke airport.

Tempat Menunggu, airport Bandung.


Nak balik daa......selamat tinggal Bandung, ada rezeki harus aku datang lagi.


Maka, dengan ini, tamat sudahlah kisahku di Jakarta & Bandung. Memang banyak tempat yang belum sempat kitaorang cover lagi(alasan baik punya nak gi lagi). Kalau AA buat promo lagi, harus aku beli tiket ke sana lagi, tapi nak bawa bebudak pula la... tak besh jalan takde diorang, tu yang takde mood nak shopping tu heheheh....

Continue reading.....

Tuesday, March 3, 2009

Bandung - Part 3

Pasar Baru

Nilah Pasar Barunya. Tak sebesar Tanah Abang.

Kitaorang keluar dari hotel dalam pukul 9.00 pagi waktu sana (bermakna waktu kita 10.00 pagi) menuju ke Pasar Baru. Kitaorang datang awal sangat, kedai-kedai masih belum buka dan ada juga baru nak buka, so kitaorang melepak kat kerusi dok perhati orang buka kedai.

Banyak lagi kedai yang masih belum buka.


Bosan duduk, kitaorang pun merewang dalam Pasar Baru tu, tetiba aku singgah kat satu kedai ni.

Orang ni baru buka kedai, aku dah masuk hehehe...


Nak beli yang mana satu ye??...

Lepas dah beli 3 set sarung kusyen untuk mama aku. Aku pun merewang lagi, aku jumpa pula kedai jual baju muslimah untuk kanak-kanak. Aku pun singgahlah beli untuk Ellisa.

Tengah pilih saiz Ellisa.... Bila balik Malaysia, terbesar pula saiznya, hehe simpan dululah hehe...

Bosan pula tengok orang baru nak buka kedai, so kitaorang pun keluar cari beca, nak pergi ke Rumah Boneka. Kitaorang ingatkan kedai Rumah Boneka tu dekatlah, rupa-rupanya jauh juga tempatnya..... kitaorang naik beca dalam 20 minit sampai.

Pemandangan dari beca kitaorang. Ngeri betul, bersimpang-siur kenderaannya.


Ni kalau Ellisa ada, mesti dia suka sesangat. Anak dara aku tu ada koleksi Barbie. Teringin nak beli rumah besar ni, boleh simpan Barbie Ellisa kat dalam tu, tapi macam mana nak bawa balik ye...

Rumah Boneka Carissa.


Nilah yang aku beli untuk Ellisa: - buaian, set sofa dan katil. Sebenarnya aku nak beli katil yang ada tiang tu, tapi hubby aku tanya aku balik; macam mana nak bawa naik AA, kang patah kang......terus aku ambil katil biasa.

Nilah becanya, kecik tempat duduknya. Aku & hubby aku naik pun dah sempit. Besar lagi beca kat negara kita.

Selepas dah beli perabot untuk Ellisa, kitaorang naik beca balik semula ke Pasar Baru. Lupa nak bagitau, barang perabot yang aku beli untuk Ellisa tu buatan kayu, bukan yang plastik macam Barbie punya tu, yang plastik tu memang mahallah kan... nak beli katil Barbie pun dah RM 60 ke atas. Sedangkan katil mainan kayu yang aku beli kat Bandung ni dalam RM 10 duit kita.

Balik semula ke Pasar Baru.

Masa kat Pasar Baru, orang dah mula ramai, kedai pun semua dah buka.... apalagi seronoklah aku bershopping. Hubby aku pun sama gak bershopping, dia cari baju batik Indonesia. Punyalah seronok shopping, lupa pula kitaorang nak bergambar. Kitaorang dok kat Pasar Baru sampai kedai tutup, diorang tutup pukul 5.00 petang. Lepas tu kitaorang menapak kat kawasan sekeliling sebelum balik hotel.

Kat sini banyak jual CD & DVD. Aku beli DVD Barbie untuk Ellisa.

Malamnya pula, kitaorang sambung cari FO. Gambar ada ambil, tapi semua hampeh...nyampah betul aku dengan digicam Sony ni. Lepas shopping kat FO, hubby akulah yang sakan shopping kat FO, kitaorang balik ke hotel. Aku penat sangat, tak larat nak keluar makan. Hubby aku beli KFC untuk aku je, tapau makan dalam bilik hotel.

Continue reading.....

Monday, March 2, 2009

Bandung - Part 2

Aktiviti Shopping...

Selepas makan di Restoran Kampung Daun, badan pun dah mula rasa bersemangat sikit hehehe. Aktiviti seterusnya adalah shopping di FO. Sememangnya di Bandung ni terdapat banyak FO aka Factory Outlet. FO pertama kitaorang masuk ialah Rumah Mode.

Signboard Rumah Mode


Aku suka betul Rumah Mode nilah, dari luar pun dah cantik, apa lagi bergambar lah coz kat dalam tak boleh ambil gambar. Masuk dalam je, mak aih, banyaknya baju. Aku dengan hubby beli baju kitaorang dulu lah coz kitaorang bawa 2-3 helai baju je. Pastu beli baju untuk bebudak, dalam sehelai dua coz aku tak nak perabihkan duit kat sini, sedangkan ada banyak lagi tempat nak shopping... :P


Lepas shopping, duduk rehat jap.


Lepas selesai shopping di Rumah Mode, kitaorang menapak ke FO sebelahnya pula iaitu Natural. Kat sini rasa panas sikit, aku pun pelik, ada aircond tapi tak terasa pun hehehe...

Natural FO.

Lepas keluar dari Natural, tetiba hujan rintik-rintik turun, kitaorang terus masuk kereta suruh supir ke Jalan Cihampelas pula, nak masuk ke dalam Shopping Complex diorang pula, maklumlah hari hujan. Shopping Complex yang kitaorang masuk ni, namanya ChiWalk kalau tak silap akulah.

Masa kat dalam shopping complex ni, kitaorang jumpa satu kedai yang menarik; menjual t-shirt cewek cowok heheh...apalagi kitaorang pun singgah masuklah.

Nilah kedainya.

T-shirt yang kitaorang rembat.

Nilah t-shirt aku & hubby aku. Masa pilih t-shirt ni pun, aku boleh lama dok dalam kedai tu, banyak sangat nak dipilih. Macam-macam ayat ada....


Untuk anak-anak pun ada. Aku beli untuk Ellisa & Ashraf. Tapi untuk bebudak, tak banyak pilihan.


Lepas beli t-shirt, kitaorang pun jalan-jalan lah, rupa-rupanya ada bahagian luar, kat luar ada butik-butik, pastu aku singgah kat butik Crocs, nak tengok harganya. Bila aku convert duit rupiah dalam RM kita, sama je harga Crocsnya.

Kitaorang pun keluar dari shopping complex ChiWalk, menuju ke Jalan Cihampelas, ada banyak FO sepanjang jalan tersebut, tapi kitaorang sempat masuk satu je coz aku dah tak larat.

Superhero FO. Kat sini, aku duduk je, sekadar perhati hubby aku shopping.... sakan tul.

On the way menapak masuk ke ChiWalk, aku nampak ada orang jual aiskrim, menariklah pula. Apalagi, aku pun beli, macam bebudak lah pula heheheh....

Ni lah gerainya hehehe...


Nilah es krem nya. Kecik-kecik je es kremnya, siap letak kat palette lukisan tu... aku suka...hehehe


Malam pula...

Malamnya pula, kitaorang sambung cari FO lagi. Kali ni kitaorang pergi ke Bale Anak. Memang besar Bale Anak ni tapi, aku takde mood nak shopping coz baju-baju bebudak yang aku kenan mesti takde saiz, dah abis katanya.

Bale Anak FO - baju bebudak sahaja.

Lepas tu kitaorang ke Jalan Riau, kalau tak silap aku. Kat sepanjang jalan ni pun ada banyak FO tapi kitaorang sempat masuk 2 je coz kedai nak tutup.

Cascade & Heritage. 2 FO yang berlainan.

Lepas semua FO dah tutup, kitaorang pun pergi makan malam di Dapur Sangkuriang. Rupanya restoran ni dekat dengan Rumah Mode. Kat sini terkenal dengan amsakan ikan gurame nya.

Signboardnya


Kat bahagian dalam restoran ada kerusi & meja, tapi dah penuh, so kitaorang dok luar. Ada wakaf gak.

Menanti makanan.

Nasi Putih.

Sup ikan gurame. Enak banget sih.....

Ayam Kampung Panggang.

Pisang Goreng Keju.

Lepas makan, kitaorang pun balik tidurlah. Kena top-up rehat coz esoknya nak shopping lagi dan lagi dan lagi dan.....hehehehe.....

Continue reading.....