Friday, February 27, 2009

Bandung - Part 1

Akhirnya sampai juga aku di Bandung, selepas 3 jam menaiki Argo Gede. Di Bandung, destinasi pertama kitaorang ialah ke Tangkuban Parahu.

Tangkuban Parahu


Perjalanan dari pusat bandar menuju ke Tangkuban Parahu mengambil masa dalam sejam jugalah. On the way ke Tangkuban, kitaorang dapat lihat gerai jual buah-buahan di kiri kanan, juga gerai jual arnab, arnab hidup ada, sate arnab pun ada, juga ada banyak nursery pokok-pokok bunga macam kat Cameron tu, lagipun area sini sejuk.

Gerai buah tepi jalan.




Untuk masuk ke Tangkuban Parahu ni, dikenakan bayaran sebanyak 35,000 rp bagi seorang. Jalan menuju ke Tangkuban Parahu punyalah teruk, dasat betullah, melompat-lompat aku dalam kereta. Memang terseksa betullah, sampaikan supir aku siap cakap, bayaran masuknya agak mahal tapi jalan tidak dibaiki. Akhirnya sampai juga kitaorang kat atas tu. Boleh tahan juga sejuknya...

Hubby aku control sejuk..hahaha..sapa suruh tak bawa baju sejuk.

Secara terus-terang, aku menyampah betul masa kat Tangkuban Parahu ni, eeeeeii..... rimas betul dengan penjual yang mengekor kitaorang, bukannya 1-2 orang, 5-6 orang sekali yang ikut, punyalah sakit jiwa. Dah kita kata tak nak tu, sudahlah kan. Tak tenteram aku dan hubby aku nak berjalan kat area sini, kalau korang nak tahu, tak sampai 15 minit pun kitaorang kat atas tu, sampaikan supir kitaorang pun heran...kejap bebenor kitaorang dok situ.

Kiri-kanan ada gerai jual cenderamata.(mak aih, serabainya rambut aku)

Sebenarnya, memang cantik & menarik sesangat pemandangn di Tangkuban Parahu ni, maklumlah bukan selalu kita dapat lihat tempat bekas meletusnya gunung berapi. Plan aku awalnya, nak turun sampai ke kawah Domas secara lebih dekat, tetapi bila dah tensen dengan para penjual yang mengekor kitaorang, terus hilang mood.

Muka control sejuk, pucat muka aku hehehhe..


Senyum paksa hahaha... masa ni kat depan aku, ramai penjual dok tunggu. Bengang betullah. Kat belakang tu asap dari belerang. Tu yang ada sedikit bau busuk, takdelah busuk sangat pun...


Pokok apa tah, tapi cuma ada kat sini je, kat tanah bekas gunung berapi.

Oppss... lupa lak nak cerita, masa kat Tangkuban Parahu tu, kitaorang terserempak dengan Den Wahab & Arash Mohd dengan bini masing-masing. Yang aku heran tu, takde pula penjual yang ngekor diorang.....

Korang tahu tak, para penjual tu ngekor kitaorang sampai kitaorang kat kereta, dok suruh beli barang diorang. Hubby aku kata, ni kalau beli kat salah sorang kang, abis yang lain suruh beli gak, so better tak payah beli apa-apa, kang naya je lagi ramai kerumun. Kitaorang turun dari Tangkuban Parahu tanpa beli apa-apa cenderamata pun dari sana.

Seterusnya kitaorang ke Kampung Daun, untuk makan lunch. Perut pun dah berbunyi.

Kampung Daun

Ada parrot sambut kitaorang hehehe...

Kampung Daun ni terletak tak jauh dari Tangkuban Parahu, punyalah aku seronok sesampai dikawasan Kampung Daun ni..... aku suka sesangat. Baru tengok dari depan, kalau masuk dalam, aduh! buat aku jatuh cinta terus. Korang kalau dah sampai ke Bandung, wajib singgah makan di Kampung Daun, aku dah berangan nak bawa anak-anak aku kesini dah hahahaha.....

Punyalah aku teruja, lupa sekejap kat hubby aku hehehe...


Muka excited aku....


Cantikkan?? Baru sikit korang tengok ni....


Singgahsana kitaorang.


Ehem... kalau korang perasan, aku & hubby aku beli sandal Crocs baru.. beli semata-mata untuk ke Indonesia nilah....sakan tul. 1st time aku pakai Crocs, memang selesa yang amat, patutlah anak-anak aku suka.


Buku menunya....menarik bukan?


Hmm... aku blur, tak tahu nak makan apa. Maklumlah, aku tak pernah didedahkan dengan masakan Sunda, kalau masakan Minang/Padang tu biasalah hari-hari mama aku masak.


Aku ingatkan aku sorang je blur, hubby aku pun sama gak, dok mikir nak makan apa hehehe...


Nilah sedikit menunya, yang buat kitaorang tak tahu nak makan apa. Baru 1 muka surat, yang belakang-belakang...lagi haru hehehe.


Hubby aku punya: Nasi Timbel Komplit.


Aku punya: Ayam Goreng Dengan Nasi Enak.


Gehu. Sedap juga ni tauhu ni


Nak balik daa.... alahai punyalah syok kat sini.

Sepanjang berada di Kampung Daun, aku rasa aman sekali.....tiada gangguan luar, senyap, sunyi, dingin.....hmm... apa lagi ye nak cakap, susah nak digambarkan dengan perkataanlah. Memang kita berada dekat dengan alam semulajadilah....

Masa kat sini juga, sedang kitaorang makan, tetiba datang group Den Wahab & Arash Mohd heheh....sebok je diorang ni hehehe..

Selepas makan, dapatlah aku berbaring & lepak di 'singgahsana' kitaorang, ikut hati nak lepak lama, tapi hubby aku dah bising, kang lama pula supir tunggu kitaorang. Dengan berat hatinya aku pun beredar. :(

Continue reading.....

Wednesday, February 25, 2009

Iklan - Jawab TAG

Iklan sekejap ye, kita rehat dari cerita aku kat Indon sebab aku nak jawab TAG dari Aimi.

Sebenarnyakan, aku was-was nak jawab TAG ni..... sebabnya, aku bukanlah suka mendengar lagu, dan kalau korang geledah dalam pc aku ni kan, korang boleh nampaklah berapa kerat jelah lagu yang aku ada donlod....heheheh... Kebanyakan lagu-lagu lama je.... aku tak pastilah lagu-lagu aku ni cukup untuk menjawab soalan-soalannya tu....Hentam sajalah labu hehehe, kang tak jawab, kena cyber-lempang lak hehehe....

RULES:-

  • Pastikan iPod/MP3 player/Windows Media Player/Piring Hitam/henpon anda disettingkan ke 'shuffle'
  • Untuk setiap soklan, mesti tekan butang ‘next’ kat player anda.
  • Ko mesti letak nama lagu & artis untuk setiap soklan, walaupun lagu tak secocok ngan soklan.Tak buleh tipu. Kalau tipu, Tuhan marah.
  • Kene tag 10 lagi mangsa. Kalu tak nak tag, takpe.Sukati ngko lah.
  • Mangsa tag kene jawab soklan.Tak jawab, kene cyber-lempang.
  • Mari kita enjoyyyyyy!!

1. IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah
Erk... padan mukalah pada org yang tanya soklan tu kat aku hahaha...

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Sejujur Mana Kata-Kata - Spring
Ya betul!!! Aku memang seorang yang jujur. :P

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Sampai Hati - Spring
Amboi jiwangnya aku...hahahah dah tentu ketulusan hatinya

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Pesanan Buat Kekasih - Spring
Aisey, aku memang tengah rindukan hubby aka kekasih aku yang kini berada di atas kapal di tengah lautan.... nak contact x dapat, hanya tinggalkan mesej je kalau dah naik darat nanti dapatla tu...

5. WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Kita di Takdirkan Jatuh Cinta - Spring
Untuk saling cinta-mencintai...hahahha...

6. WHAT’S YOUR MOTTO?
Tak Ada Logika - Agnes Monica
Erk... no komen hahaha.....

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Ada Cinta - Acha Septria & Irwansyah
Memang diriku penuh dengan cinta dan kasih sayang.... ceh wah....

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Cempaka di Rembulan - Spring
Aku ni umpama bulan bagi diorang.....jangan jeles

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Jika Kau Rasa Getarnya - Slam
Getaran cinta, maklumlah aku kan minah jiwang hahahaha....(asyik cinta je aku ni)

10. WHAT IS 2 + 2?
Romantis - Spring
Hmm... nombor 2 maksudnya couple, 2 + 2 = ada 2 couple, so mesti berkaitan dengan romantik...(pandailah haku)

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Seribu Tahun - Imran Ajmain
Wah, bertuah lah sapa jadi besfren aku....

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Teman Tapi Mesra - Ratu
Aku tak tahu nak kata apa.....no idea.

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
Apalah yang aku mampu ye....

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Kurnia - Slam
satu kurniaan yang tak ternilai...

15. WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Aku Bukan Untukmu - Rossa
Lagu slow....tarian slow la kot..

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Gerimis Mengundang - Slam
Gerimis....air mata la tu.... lagu tangisan

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Ruang Rindu - Letto
No komen.....

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Kuroneko no tango - nama penyanyi x de plak
Lagu ni pasal kucing hitam....silap ni, aku suka kucing apa, terbalik ni.

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Butakah Cinta - Spring
Cinta sokmo aku ni....hahaha

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Mentari Muncul Lagi - Slam
Aku mahu cepat masa beredar supaya hubby aku cepat balik....huhu rindunya.

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
aisey... aku klik next dah x de lagu kuar...lagu aku dah abis...

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
lagu dah abis maa.....

Betul apa yang Aimi katakan, memang boleh buat aku gelak sorang-sorang masa menjawab TAG ni.... so dengan segala hormatnya aku mengTAG:

NURUL

Continue reading.....

Menuju ke Bandung

Isnin : 16/02/09
Paginya, dalam pukul 5 lebih kitaorang dah check out dari hotel. Taksi pun dah menanti kat luar hotel. Kitaorang keluar awal coz nak dapatkan tiket keretapi yang paling awal ke Bandung.

Stasiun Keretapi Gambir.

Hubby tengah beli tiket. Harga tiket eksekutif Argo Gede: 50,000 rp.

Sebelum bertolak ke Indonesia, aku dah survey dulu jadwal keretapi diorang. Paling awal ke Bandung ialah 6.10 pagi kalau naik Argo Gede, kalau naik Parahyangan, aku tak tahulah pukul berapa. Kitaorang naik Argo Gede coz kata orang keretapi dia baru dan kira ala-ala eksekutif lah berbanding Parahyangan hehehe...

Selepas beli tiket, kitaorang naik ke ataslah menuju ke tempat menunggunya. Macam-macam jenis orang yang ada kat sini, aku cuma perhati jelah....diorang perhati aku, aku perhati diorang, kira oklah tu hahahaha....

Posing sket kat stasiun keretapinya. Kaler hijau lagik hehehe...


Kat atas ni, tunggu keretapinya. Masih gelap, dari sini boleh nampak menara Monas
.

Yeah, keretapi dah sampai dah. Excitednya aku, last naik keretapi umur 5 tahun gitu.


Nombor seat kitaorang. Beg-beg kitaorang letak kat atas, macam dalam kapal terbang gaklah.


Suasana dalam keretapi.


Keretapi start bergerak. Bye-bye Kota Jakarta. Next time aku datang lagi yee....hehehe.

Perjalanan keretapi dari Jakarta ke Bandung mengambil masa dalam 3 jam. Sebenarnya ada banyak pilihan lain selain dari naik keretapi ni, iaitu boleh naik flight, bas, van, dan taksi(supir).

Kalau naik kenderaan lain tu, rasanya cepat sampai tapi aku memang sengaja nak naik keretapi coz niat aku memang nak tengok negara orang, bukannya hari-hari kita dapat tengok negara orangkan... Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, mood shopping aku memang belum sepenuhnya ada, entahlah...aku seolah-olah blur je sampai kat sini, maybe rindukan bebudak, tapi aku seronok melihat budaya & cara hidup orang lain...

Dalam keretapi Argo Gede ni, kitaorang diberi 1 kotak setiap orang. Rupa-rupanya dalam kotak tu ada aqua(air), kuih, sepotong kek dan tisu. Yang ni tak perlu bayar. Tapi, selain dari tu, diorang juga jual makanan macam Airasia buat tulah......diorang jual nasi goreng tapi aku tak beli pun.

Nilah kotaknya.


Isi dalam kotaknya pula.


Sedikit pengalaman aku sepanjang aku berada 3 jam dalam keretapi....

Dalam keretapi, aku duduk kat tepi tingkap. Memang kerja aku memerhati jelah keadaan kat luar. Hubby aku pula, kerjanya tido hehehhe.... Bila keretapi mula bergerak, kitaorang masih didalam persekitaran bandar lagi, dapatlah aku melihat rumah-rumah setinggan(disana panggil setinggan gak ke?) kat tepi landasan, memang dekat sesangat, kira jarak belakang rumah diorang tu cuma 1 meter je dari landasan, bahaya kan?? Kesian pun ada...

Selain tu, aku dapat perhatikan bebudak sekolah melintas landasan, bebudak bermain kat tepi landasan..... dengan selamba je.

Bila masuk ke kawasan luar bandar pula, lainlah pula pemandangannya, aku dapat lihat sawah padi dan juga keretapi lalu di kawasan gaung, 2-3 kali gaklah lalu kat gaung, memang ngerilah lalu kat gaung ni, sesiapa yang takut tinggi aka gayat tu, aku rekomenkan tak payahlah naik keretapi ni hehehe....

Dikawasan pedalaman ni juga, aku perhatikan ada banyak sungai atau tasik, dapat perhatikan orang membasuh baju kat tepi-tepi tu.... selain tu juga aku dapat lihat orang berak kat tepi sungai tu hehehehe..... barulah aku tahu apa fungsi macam papan tu, rupanya tempat orang melabur, tapi kita still dapat lihatlah dia mencangkung tu hehehhe....

Selepas seketika, kitaorang melewati area kaki bukit, dapat aku lihat air bukit yang turun kekaki-kaki bukit, disini lain pula pemandangannya..... orang membasuh kat tepi bukit dengan menggunakan air yang turun dari atas bukit, selain tu diorang mandi kat tepi bukit tu je.....yang perempuan berkembanlah. Kesian pula tengok...

Sebenarnya banyak benda menarik & baru yang aku dapat lihat sepanjang 3 jam perjalanan dengan menaiki keretapi, malangnya aku tak dapat tangkap gambar coz digicam aku ni hampeh betul kalau tangkap gambar tengah bergerak......memang geram sungguhlah.

Apa yang dapat aku simpulkan, sedikit sebanyak perjalanan 3 jam tersebut membuka mata aku, betapa beruntungnya kita tinggal di Malaysia.


Continue reading.....

Tuesday, February 24, 2009

Jakarta - Part 2

Kita sambung....

Aku tersedar dari 'koma' selepas dengar laungan Azan Maghrib. Lama juga aku koma rupanya...hehehe. Dalam pukul 7.00 (waktu sana), kitaorang pun keluar dari bilik hotel. Asalnya, aku plan nak gi Tanah Abang dan Mangga 2 kalau sampai di Jakarta, tapi aku dah koma, tak dapatlah nak pergi ke Mangga 2, coz Mangga 2 tutup pukul 6.00 ptg. So, kitaorang bercadang nak pergi ke area bandar jelah, nasib baik supir hotel sudi hantarkan.

Senayan City


Shopping Complex diorang dasat gaklah, kitaorang masuk Senayan City. Supir tu cakap, ni shopping complex yang paling baru. Dasatlah diorang kat sini, nak masuk shopping complex kena scan bagai, beg pun kena scan, badan pun kena scan, takut bawa bom. Kat negara aku, takde pun macam ni.... sian diorang. Kat Senayan City, dapatlah tengok orang-orang Indonesia yang lawa-lawa tu, yang muka macam pelakon-pelakon tu.

Beli donut

Kat Senayan City ni, macam kat Starhill kitalah, banyak branded & designer boutique lah. Hubby aku bosan kat sini, katanya "ala, ni dah moden dah, dah macam kat KL". Kat dalam ni ada J&Co donut dan Krispy Kreme donut. J&Co dah rasa, so kitaorang try donut Krispy Kreme lah coz kat Malaysia belum ada lagi hehehe. Niat dihati nak makan malam kat sini tapi tengok banyak restoran besar-besar je dalam kompleks ni, so kitaorang pun menapak keluar dan melintas jalan untuk keseberang sebab ada shopping complex lain gak.

Posing sket...


Macam kat KL je lebey kurang.....



Plaza Senayan

Posing sket...

Kat Plaza Senayan ni pula macam KLCC kitalah, kitaorang naik ke lantai yang ada foodcourt. Aku nampak satu gerai jual kuih-kuih ni, try beli hehe....


Pastu, kitaorang meround kat atas tu, nak cari tempat makan. Pastu, kitaorang nampak satu restoran ni, ramai betul orang, menarik pula tu. So, kitaorang pun masuklah restoran tu. Cepat sampai makanannya sebab kita kena masak sendiri hehehe.

Nama Restoran tu.....Singapore punya kot...


Aku punya ni... kita kena gaul-gaulkan sendiri. Pinggan tu panas, sebab tu ada lapik kertas kelilingnya.


Hubby aku punya, sama gak, kena gaul-gaul masak sendiri.

Lepas dah makan, kitaorang pun nak beransur balik ke hotellah, sebab nak bangun awal esoknya coz aku nak naik keretapi untuk pergi ke Bandung pula. Masa aku turun dari escalator tu, aku berselisih dengan seorang pelakon sinetron hehehe. Kalau korang tengok sinetron Solehah, ada seorang pelakon lelaki yang jadi tempang & juga jadi suami Solehah tu, itulah pelakon yang aku jumpa. Aku lupa lah nama dia apa, tapi memang hensem lah dia kat luar hehehe...

Kitaorang balik ke hotel naik taksi, nasib baik depan Plaza Senayan tu banyak taksi beratur.

Oppss... lupa lak, aku nak tunjuk kuih yang aku beli:

Yang kecik-kecik tu(mcm kuih apam), katanya kuih bahulu, katanya lagi; yang kaler coklat rasa coklat, yang kaler lain rasa stroberi, tapi bila aku makan semua rasa sama je... Yang macam karipap tu, siap ada cili padi lagi hehehehe.... hubby aku punya.

Krispy Kreme donut.


Aku tak habis makan donut ni hehehe... tamak punya pasal, semua nampak nak dibeli.

Sepanjang aku kat sana, aku guna nombor sana, kitaorang beli prepaid sana. Murahlah sikit kalau mau nelpon atau sms ke Malaysia.

Ni aku punya; Mentari.


Ni hubby aku punya; XL.


Continue reading.....

Monday, February 23, 2009

Jakarta - Part 1

Pada Ahad : 15-02-09 yang lepas, aku dan hubbyku berangkat ke Jakarta. Penerbangan kitaorang pada sebelah pagi. Rasa pelik pula pergi berdua dengan hubby aku je hahahaha.... dah lama tak pergi jalan-jalan berdua dengan hubby aku.

Termenung memikirkan budak-budak...

Kitaorang tiba di Jakarta pada pukul 8 lebih (waktu sana). Penerbangan dari KL ke Jakarta mengambil masa dalam 2 jam. Keluar dari Airport, kitaorang laki bini blur sekejap hehehe.... sebab kitaorang tak jumpa kaunter taksi Bluebird. So, kitaorang dok termenung kat kerusi, dok fikir apa seterusnya. Masa nilah, datang orang-orang yang jual prepaid lah, apa-apalah. Rimas keadaan tersebut, kitaorang pun keluar dari pintu utama. Masa tu baru lah nampak taksi Bluebirdnya, terus kitaorang naik dan suruh hantar ke hotel.

Kat Jakarta Airport. Besar gak airportnya tapi macam buruk sikit hehehe...



Dalam taksi


Kalau korang nak tahu, kat sini, bila sampai tang tol, kita sebagai penumpang yang kena bayar. Dua kali lalu tol, dua kalilah kitaorang kena bayar.

Kitaorang sampai di hotel dalam pukul 8.30 pagi. Terus kitaorang check in & lepak-lepak dalam bilik coz kata orang kat kaunter tu, Tanah Abang belum buka lagi.

Kat hotel.

Dalam pukul 9.00 pagi, kitaorang menapak ke Tanah Abang hehehe....ala-ala pelancong mat saleh yang suka jalan-jalan kaki ni hahahaha.... Kalau berdua ni, senanglah kitaorang nak menapak ni, tapi kalau ada bebudak, atau orang berumur sikit, better naik kenderaanlah, sebab lebih selamat & tak memenatkan.

Menapak ke Tanah Abang.

Berhenti kat jambatan jap. Dah nampak Tanah Abangnya...

Memang mencabar jalan kaki di sini... mana taknya, tempat siar kaki dah dijadikan tempat berniaga, so kenalah kitaorang berjalan kat atas jalan raya. Jalan rayanya pula, sempit dan banyak kenderaan, ngeri kurasakan jalan disini hahahaha.... memang bahayalah. Masa tengah berjalan tu, aku nampaklah ada sorang perempuan ni ngendong anak dalam kain batik, pastu tetiba aku ternamapk t*t*k dia hehehe..... mula-mula rasa kelakar, aku senyum sorang-sorang. Bila fikir balik, kesian pula, sambil dia ngendong anak, sambil berjalan, sambil dia susukan anak dia.......


Tanah Abang.

Lantai jual kain. Tak ingat lantai berapa.... aku just lalu je...

Sebenarnya, tak banyak gambar yang aku ambil masa kat Jakarta ni, entahlah, takde mood. Nak shopping pun takde mood, aku banyak jalan-jalan je. Kira warm-up dulu lah hehehehe....

Kompleks Tanah Abang ni memang gede bangat. Nak masuk pun kitaorang tak tahu pintu masuknya di mana.... kitaorang masuk ikut blok lama, nasib boleh tembus kat blok baru. Memang ada banyak lantai di Tanah Abang ni, so aku naik eskalator ke setiap lantai. Memamg macam-macam adalah, 1 lantai tu jual beg je, 1 lantai tu jual blaus je...lain lantai, lain barang yang dijual. Memandangkan aku gi Tanah Abang pada hari Ahad, ada jugalah kedai yang tutup. Lantai pakaian kanak-kanaklah banyak kedai yang tutup, lantai-lantai lain banyak kedai yang buka, itupun kitaorang tak abis meround....gede bangat!

Lantai jual kasut. Kat sini aku beli selipar & sandal Gladiator untuk Ellisa.

Dah penat jalan-jalan dan beli barang, perut pun dah mula berkeroncong. Kat lantai 8 ada food court. Bangunan Tanah Abang ni baru, so cantiklah tempat food court dia.

Food courtnya.

Masa kat food court tu, tetiba hubby aku panggil aku, suruh tengok sesuatu...hehehe rupa-rupanya ada cabang Sate Padang Mak Syukur kat dalam food court tu. Apa lagi, aku dah tak round tengok yang lain, aku terus order sate padang dengan soto kat situ je. Puas hati aku.

Sate Padang Mak Syukur.

Sate padang.

Soto.

Lepas dah makan, barulah bersemangat sikit aku nak jalan-jalan hehehe... Masa ni, mood aku nak shopping dah mula datang, tapi aku tak banyak sangat membeli coz rambang mata, tak tentu arah aku tengok barang-barang jualan disitu. Aku beli baju kemeja batik untuk adik aku, papa aku, baju muslimah 2 set untuk Ellisa dan hubby aku beli sling beg untuk diri dia sendiri. Banyak masa kitaorang habis meround didalam Tanah Abang ni. Sedar-sedar dah petang, aku pun dah tak larat, niat nak shopping lagi tapi aku rasa macam nak pitam.... maklumlah 2 malam berturut sebelum tu aku tak tidur coz Ellisa demam panas, pastu pagi Sabtu sebelum pergi KL, si Ashraf pula muntah......dugaan betul aku nak berjalan. Pastu aku kena bangun 3 pagi untuk ke LCCT......... bayangkanlah punyalah letih badan ni. Terus kitaorang balik ke hotel, tapi naik bajaj coz hari hujan. First time aku naik bajaj, rasa ngeri pun ada bila part nak naik bukit, rasa macam nak terbalik je hahahaha...

Nilah bajajnya.

Kitaorang dalam bajaj.

Sampai je kat bilik hotel, terus aku koma....... :P Penat giler.

Continue reading.....

Sunday, February 22, 2009

Guwe sudah pulang...

Satu minggu lamanya aku tak menghadap internet, satu rekod baru bagi aku hehehe... Aku baru balik malam tadi. Penat betullah, dari last week, aku gi KL - Jakarta - Bandung dan KL semula coz semalam attend kenduri kahwin cousin aku.

Hampir seminggu jugalah aku tinggalkan anak-anak aku, juga merupakan satu rekod baru bagi aku. Walaupun aku dah lama menanti-nantikan trip ke Jakarta & Bandung, bila dah sampai ke sana, tetiba aku hilang mood.......... Untuk 1-2 hari pertama memang aku kureng ceria, maklumlah teringat bebudak tu, sikit-sikit aku berendam airmata hahaha... Maklumlah, aku kan 24 jam berkepit dengan diorang ni, bila diorang takde, lain macam lah pula rasanya.

Mama aku pula cerita, Ellisa monyok je, siap dok bilik sorang-sorang.....gosok-gosok mata - menangislah tu. Dahlah dia demam, kesian pula. Si adik pula, ok jer, tak ingat mama & daddy dia pun hehehe..... Bila dengar Ellisa macam tu, lagilah sedih aku dibuatnya. Maklumlah, aku memang rapat dengan Ellisa, anak perempuan lah katakan.....kemana-mana pergi memang aku bawalah, sampai hubby aku kata, aku ni pilih kasih...kwang kwang kwang...

Nanti aku story lagi, gambar pun banyak ni...cerita pun banyak juga.
Guwe permisi dulu ya.



Continue reading.....

Friday, February 13, 2009

Award Lagik...

Ku terima award lagi...banyak lak tu.... 4 sekali, ala-ala macam artis la pulak kan. 4 award tersebut telah dianugerahkan oleh Aimi. Thanks Aimi (oo..mentang-mentanglah saya baru berblog hehehehe)









Bagi tidak membuang masa, dengan segala hormatnya ingin kuserahkan award berikut kepada:

-----> LEEN
-----> NURUL

(Korang musti angkut semua award tu hoccay...)


P.S: Mulai esok hingga next week aku tak dapat nak wat sebarang posting dalam blog aku ni..... hehehehehe.....Tunggu.....
Tapi yang sedihnya, aku gi berdua dengan hubby je.....bebudak ni tinggal dengan Atok & Uwan diaorang.....Hmmm...dahlah Ellisa tengah demam panas lak ni....tak gi school lah dia minggu ni...

Continue reading.....

Wednesday, February 11, 2009

Labuan - Day 2

Keesokan harinya, aku & Ellisa cuma lepak dalam bilik hotel je coz hubby aku ada appointment dengan orang. Dalam pukul 12.30 tengah hari barulah kitaorang keluar untuk lunch. Kitaorang nak try makan kat gerai local pula. Aku tengok menu, pastu minta Soto Ayam. Korang tahu tak Soto Ayam diorang macam mana?? Hahaha..... bila sampai makanan aku, aku tengok dalam mangkuk aku tuh: ada kuah sup, ada mee hoon, ada isi ayam. Tapi, nasi himpitnya nggak ada....ooo baru kutahu macam ni rupanya Soto Ayam diorang. Rasanya oklah, lagipun aku dah kebuluran, so telan jelah. Tapi hubby aku cakap, masakan kat Labuan ni tak sedap sangat, kira nak compare masakan Labuan dengan KK, better KK lagi.

Lepas makan, hubby bawa aku ke pasar, bukannya pasar jual ikan & sayur tu, aku pun kurang pasti apa nama pasarnya. Aku cuma nak cari mutiara je.

Pencarian kedai rantai mutiara.


Ada banyak jugala kedai yang jual mutiara dalam pasar tersebut, aku masuk & keluar hehehe..... tak jumpa lagi yang berkenan di mata.

Salah satu kedai yang aku masuk, amik gambar je, pastu keluar. Aku serabut dok dalam kedai ni hehehe...

Akhirnya aku jumpa satu kedai mutiara yang menarik. Yang paling bestnya, aku buat kedai tu macam kedai aku sendiri je. Mula-mula aku minta salesgirl tu keluarkan rantai dalam almari kaca tu, pastu dia kata, aku boleh buka dan ambil sendiri. Apalagi, seronoklah aku menerai-menerai rantai yang ada..... Kat sini pun aku boleh meroyan hahahaha....

"Yang mana satu nak cuba dulu ni"

Boleh tahan lama jugala aku melepak kat kedai ni hehehe.... Ellisa pun nak satu rantai, so aku belikan satu rantai mutiara untuk dia. Lepas tu, aku dalam dilema...hehe tak tahu nak pilih yang mana satu. Nasib baik ada Ellisa, dia tolong pilihkan untuk aku.

"Aisey, yang mana satu nak bagi kat mama aku ye?"


"Ellisa, tolong mama, yang mana satu cantik?"

Tengah aku dok leka belek-belek rantai, rasanya dah sejam lebih aku kat dalam tu... tetiba Ellisa bagitau, dia nak 'melabur' plak. Aisey, kacau daunlah minah ni. So, terpaksalah aku mengundur diri dari kedai tersebut dan hubby pun tinggalkan kitaorang kat hotel coz dia nak gi ofis. Masa kat bilik hotel, aku mengemas beg sebab kitaorang nak check out dalam pukul 5.00 petang. Flight kitaorang pukul 8.50 malam.

Masa kat dalam bilik hotel, si Ellisa sebok nak pakai rantai mutiara yang baru beli. Anak dara aku ni sekarang dah pandai nak melawa....... pantang nampak aku beli barang baru, dia pun nak juga.... Pastu kan, semuanya nak kaler pink...bosan aku.

Bukan main lagi tersenyum dapat rantai baru hehehe....


Posing ke???


Bukan main lagi anak dara aku ni....

Tapi dalam pukul 3.00 lebih, hubby aku call suruh tunggu bawah hotel coz nak bawa aku ke kedai duty free, maklumlah sehari sebelumnya tu aku sempat pergi satu kedai je. Apalagi, operasi mencari coklat pun bermula, tapi aku tak ambil gambar pun coz nak cepat, nak kejar masa. Dalam pukul 4.30 petang kitaorang balik hotel semula.

Nilah hasil rembatan sebelum check out hotel. Lepas check out, kitaorang sambung lagi aktiviti mencari coklat hehehe....


Hasil rembatan di kedai mutiara.

Dalam pukul 5.00 petang, kitaorang check out dan terus pergi makan. Lepas tu, kitaorang sambung beli coklat lagi kat kedai duty free. Lepas dah puas memborong, kitaorang pun bergerak ke Labuan Airport.

Muka sama kan??


Penantian satu penyeksaan....

Pukul 8.45 malam kitaorang berlepas dan dalam pukul 11.00 malam kitaorang tiba di LCCT. Lepas masuk je dalam kereta, Ellisa terus terlelap. Kitaorang terus balik ke Kemaman.

Sekian ceritaku di Labuan...sekejap betul hehehe, memang tak puaslah.

Continue reading.....

Monday, February 9, 2009

Labuan - Day 1


Ya, kitaorang ke Labuan. Sebenarnya aku rasa macam kelakar pula hehehe.... Nak tahu kenapa... Oklah, ceritanya begini:
Pada hari Rabu yang lepas, papa aku suruh hubby aku ke Labuan untuk survey tanah (sebenarnya kitaorang ada kontrak offshore catering dengan Shell di Labuan). So, aku tanyalah papa aku, aku nak ikut boleh ke? Papa aku kata, pergilah tengok-tengok tempat projek kat sana. Lepas tu, aku tanya hubby aku, gi lama ke? Dia kata, kejap je, 2 hari macam tu. Aku tanya hubby aku dulu coz dibuatnya dia nak naik kapal, naya je aku wei... Tapi dia kata, gi kejap je nak jumpa orang dan tengok-tengok ofis kat sana. So, aku pun nak ikutlah, bolehlah tinggalkan bebudak ni dengan mama & papa aku hehehe...

Esoknya tu hari Khamis, aku pun berkemaslah barang-barang aku. Plannya, lepas hubby ambil Ellisa dari tadika, kitaorang bergerak ke KL coz nak jumpa company sec kitaorang kat KL. Tengah harinya tu Ashraf dah tidur, kira oklah tu coz senang aku nak gerak ke KL nanti. Tapi, lepas Ellisa balik dari tadika, dia nampaklah pula beg aku. Bila dia dah mula tanya, aisey aku dah mula kesian dah. Pastu mama aku kata, "kau bawalah dia sorang, sian. Nanti kat sana boleh teman kau." So, hubby aku pun beli 1 lagi tiket untuk Ellisa hehehe. Cepat-cepat aku kemas barang dalam beg. Kitaorang bawa 1 beg je, maklumlah nak gi 1 malam. Lepas tu terus kitaorang bertolak ke KL.

Kitaorang punya flight pada hari Jumaat, pukul 7.30 pagi. Malam tu, dalam pukul 12 tgh malam jugalah kitaorang tidur hehehe. Keesokannya, pukul 5.00 pagi kitaorang bertolak ke LCCT, hubby tinggalkan kereta di LCCT coz nak pergi 2 hari sahaja. Masa on the way ke LCCT, Ellisa tidur sepanjang perjalanan, setibanya di LCCT, aku pun kejutkan dia....pastu aku lak yang terkejut coz tetiba dia menjerit sambil angkat tangan "Yeah, aeroplane!".... hepi benar anak dara aku ni, maklumlah sejak last year dapat naik flight, asyik cakap nak naik aeroplane je.


Ketibaan

Labuan Airport

Penerbangan dari KL ke Labuan mengambil masa 2 jam 20 minit. Memang lama betullah...
Kitaorang tiba di Labuan pada pukul 10.15 pagi. Lepas ambil kereta sewa, kitaorang terus menuju ke hotel. Masa kat sini, hubby aku tunjuk eksenlah, maklumlah dia dah biasa kat sana. Dari airport ke hotel pun tak jauh coz airportnya berdekatan dengan pusat bandar, dalam 5 minit dah sampai kat bandar dah....

Sara Hotel. Ok gak hotel ni, aku suka :D


Bergambar di lobi hotel. Takdelah besar mana lobinya pun hehehe....


Bergambar dalam bilik hotel kitaorang.


Ehem.... sekali sekala bergambar ala-ala romantik.
~Ellisa yang tolong snap gambar ni~


Selepas dah letak beg dalam bilik, kitaorang pun keluar nak lunch. Masa tu baru pukul 11.30 pagi, so hubby aku bawa kitaorang ke Ujana Kewangan, kira satu-satunya shopping complex yang ada kat Labuan nilah. Aku tengok orang-orang kat sini macam kat Kemaman lah pula hehehe... ramai yang beruniform maklumlah Labuan ni ada ASB(Asian Supply Base) dan kat Kemaman pula ada KSB(Kemaman Supply Base), so ramai orang kapal & orang minyak la hehehe...

Kat dalam shopping complex ni, kitaorang makan di Pizza Hut. Nak makan kat food court kat situ, ramai sangatlah pula orang. Lepas makan, hubby aku bawa kitaorang ke salah satu kedai duty free yang ada kat dalam shopping complex tu. Oh ya...sukacita aku nak bagitau kat korang, Pulau Labuan ni macam Pulau Langkawi gaklah..... banyak kedai duty free. So, bila dah ada kedai duty free ni, barang-barang seperti coklat, perfume, rokok & arak memang murahlah.

Syok wooo.... banyak betul coklatnya.


Meroyan kejap aku kat sini tengok pelbagai jenis coklat.


Yang mana satu idaman kalbu hahahaha....


Baru masuk satu kedai aku dah menggelabah, tak tahu nak pilih coklat apa hahahaha... Hubby aku siap cakap, ada lagi banyak kedai duty free yang lain. Beli sikit-sikit dulu dahlah. Bagi akulah kan, kat Labuan ni lebih banyak pilihan coklatnya berbanding kat Langkawi. Lepas keluar dari Ujana Kewangan, hubby aku tinggalkan aku & Ellisa kat hotel. Dia gi wat keja diala hehehe... Nasib baik gaklah ada Ellisa, teman aku dalam bilik, kitaorang tengok tv dan tidur jelah.

Malamnya

Bergambar di depan restoran

Pada sebelah malamnya, hubby bawa kitaorang makan di Mawilla Yacht Club Restaurant. Kat sini memang menjadi tumpuan orang yang nak makan seafoodlah, terletak sebelah pantai je, kira makan sambil menikmati bunyi deruan ombak dan angin sejuk pantai hehehe...

Happy betul anak dara aku ni, langsung tak ingat adik dia hehehe...


Pilih-pilih, mana yang suka...


Menunggu ketibaan makanan.
~Ellisa yang snap gambar ni~

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu nak makan apa bila tengok menunya, memang ada macam-macamlah. Niat dihati nak mencuba macam-macam, tapi apakan daya, nak order banyak pun tak berbaloi coz kitaorang berdua je yang nak makan. Ellisa tu bukannya makan sangat pun. So, berikut adalah lauk yang kitaorang order: -

Ikan siakap masa garlic steam.


Udang goreng nestum. Ellisa makan nestumnya aja.


Sotong masak crispy fried. Memang crispy, nampak je sempoi.


Lauk hubby aku, taugeh masak apa tah.....


Faveret aku, ketam masak steam. Aku suka ketamnya, memang fresh betullah, gebu isinya.


Makanan dah sampai, apalagi..."boko"lah.


Gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, senang hati...hehehehe...


Kat tangan aku tu, tapau udang & sotong yang tak abis hehehe...


Selepas makan, kitaorang balik ke hotel dan tidur coz esoknya hubby aku ada appointment dengan orang.

P/S: Kalau korang rasa gambar macam kecik, korang click lah kat gambar tu, nanti besarlah gambar tu hehehe...
Continue reading.....

Sunday, February 8, 2009

Aku Penat.....

Aku rasa penat sangat hari ni, mana taknya, pukul 4.30 pagi tadi aku tiba di Kemaman. Lepas tu, pagi tadi dah bangun siapkan Ellisa ke tadika. Berapa jamlah aku dapat tidur, tak sampai 2 jam pun. Ni pun tengah mengantuk + pening, nak tidur balik tapi Ashraf dah berjaga, memang tak dapat nak sambung tidurlah kalau mamat ni dah bangun.

Tapi aku terharu tengok anak dara akulah-Ellisa, sampai-sampai je rumah pagi tadi, dalam pukul 5.00 pagi, dia keluarkan 'homework' dia dari beg sekolah dan selesaikan. Memanglah 'homework' budak tadika tak macam budak sekolah, tapi tak sangka dia masih ada mood nak siapkan homework dia walaupun mata masih mengantuk, dahlah sebelum tu kitaorang duk dalam flight hampir 2 jam setengah, lepas tu terus naik kereta ke Kemaman dalam 5 jam perjalanan, Ellisa tetap ada mood nak ke tadika pagi ni.


Pukul 5.00 pagi jugalah aku angkat Ashraf yang masa tu tidur dengan Uwan dia, suka dia tengok kitaorang dah balik, especially dia paling suka kakak dia baliklah hehehe...

Hmm... nak tahu kitaorang ke mana? Nanti aku sambung ye hehehe...... aku nak rehat sekejaplah, penat + ngantuk giles ni. Mata pun lebam ala-ala beruang panda hehehe...

Continue reading.....

Wednesday, February 4, 2009

Award by Aimi & Desktop Customization


Aku dapat award ni dari Aimi, memula aku baca-sekali pandang, ingatkan untuk orang gila hahaha..... rupa-rupanya untuk blog paling gila. Almaklumlah mata aku ni kan ala-ala rabun gitu(memang rabun pun), aku ni kalau mengadap pc memang tak pakai spek.

Sempena penerimaan Award diatas, inginku ucapkan Terima Kasih kepada Aimi yang sudi bagi Award tersebut kepadaku. Kepada Aimi, kusedar diriku memang best hahahahaha....(erk, aku ke atau blog yg best?....ala, belasah jela)

Ni syarat2nya:-

1- Bagi just kat orang yg korang rasa GILA-GILA / BEST.
2. Bagi kat 4 orang sahaja.
3. LINK orang yg terima award ni.
4. Sesapa yg dpt award ni diWAJIBkan buat POSTING pasal dia dpt award ni kat blog msg2.
5. BAGITAU org yg kamu berikan award ni kat blog diorang ok!!!

Oleh yang demikian, inginku serahkan Award berikut kepada mereka ini:-

1. SHAM (ummi echa)
2. CIK LINN
3. YANTZ
4. LEEN


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Seperti yang korang sedia maklum, aku ada ext HDD baru. So, aku telah membuat rombakan didalam HDD-HDD aku tersebut. Mana-mana file & software yang tak pakai, ku delete2 sahaja. Juga aku pindahkan ke ext HDD baru aku, seronok betul bila HDD ada banyak ruang. Apalagi, ku download2, ku install2 la macam-macam hahaha.... puas hati.

Seterusnya, aku meng'renovate' desktop aku. Di bawah ni, merupakan desktop aku sebelum di tukar. Aku suka wallie ni, lebih setahun aku guna. Yahoo Widget pun simple je.

Desktop 2008.

Yang di bawah ni pula adalah hasil setelah direnovate hehehe.... Memang aku sengaja cari warna ala-ala rainbow ni, sebenarnya aku berkenan yang lain tapi wallie yang aku berkenan tu untuk widescreen monitor la pulak, so amik yang ni jelah, bagi aku dah lawa lah ni hahahaha....

Desktop baru-2009.


Continue reading.....

Tuesday, February 3, 2009

KL Tower???

Alkisahnya, pagi sebelum bertolak balik ke Kemaman, aku bercadang nak bawa bebudak ni ke satu tempat. Nak pergi ke shopping complex, sehari sebelum tu dah ke Low Yat & Sg Wang dah..... nak ke Zoo Negara, aku dah naik bosan ke sana dah.... so, aku cakap kat hubby aku, Jom ke KL Tower......hehehe selama ni asyik lalu je kat situ, apakata singgah pula. Lagipun hubby aku tak pernah ke sana, aku dah pernah naik dah KL Tower ni masa mula-mula dibuka, masa tu pergi dengan family, zaman student gittew.

KL Tower


Aku ingatkan pergi ke KL Tower ni tak ramai orang, rupa-rupanya ramai juga orang yang ke sini, mostly pelancong dari luar lah, macam-macam bahasa aku dengar. Boleh tahan juga harga tiket nak naik ke Menara KL ni, dewasa-RM 38.00, kanak-kanak-RM 28.00. Kitaorang beli 3 tiket coz Ashraf tak dikira. Beli 3 tiket, dapatlah 3 botol air RO.

Nilah botol air yang kitaorang dapat. 300 ml je.

Kitaorang diberitahu, harga tiket yang kitaorang bayar tu bukan sahaja untuk naik ke Menara KL, kitaorang juga boleh masuk ke Winter Park, F1 Simulator, Animal Zone dan ada lagi tempat lain yang aku tak ingat. Kalau macam tu, kira oklah juga...

Masa di dalam lif nak naik ke atas tu, telinga jadi pekak sekejap hehehe... biasalah kan bila kita naik tempat tinggi secara tiba-tiba. Bila pintu lif dibuka je... aku tengok, ramai jugalah pelancong kat atas tu, masing-masing tengah meneropong. Oppss... sebut pasal teropong, masa kat kaunter bayar tu, Ashraf & Ellisa dapat teropong, nasib baiklah sorang dapat satu, kalau bagi satu je, memang harulah jadinya.

Pemandangan dari atas KL Tower


Ellisa meneropong keluar, Ashraf teropong apa lak tuh...

Mula-mula aku takut bebudak ni bosan dok atas tu, maklumlah bukannya ada mainan apa pun, tapi nasib baiklah diorang seronok. Aku pun tak faham, apalah yang diorang seronok kat atas tu, aku pula yang bosan dok lama-lama kat atas tu :P

Maxi dress fever...hahaha...


Hah, skodeng mende mung??


Iye-iye je budak berdua ni...... korang faham ke?? Aku kat sebelah tu tengah sebok ber SMS dengan besfren aku hehehe...


WINTER PARK

Gempak je kan nama Winter Park ni hehehe... Sebelum masuk ke Winter Park ni, kitaorang sempat beli beli burger dan fries coz tetiba perut rasa lapar pula. Masuk je dalam tu, kitaorang lepak kat satu kerusi bawah bumbung dan makan....ala-ala picnic la kononnya.

Winter Park konon hehehe....

Sedang elok kitaorang menikmati makanan, tetiba hujan turun pula. Kitaorang pun lepaklah kat situ, dengan harapan kejap lagi reda la hujan tu, tapi makin lama ditunggu, makin lebatlah pulak hujannya...hangin aku, dahlah Ashraf tetiba melalak, maklumlah 45 minit jugalah kitaorang kat situ, kain aku pun habis lencun. Akhirnya, hubby aku redah hujan lebat tu dan belikan payung. Terus kitaorang keluar dari Winter Park tu, tak sempat kitaorang nak jelajah dalam Winter Park tu. Aku pun dah takde mood nak gi tempat-tempat lain, cuma sebelum balik tu kitaorang masuk lah Animal Zone.


ANIMAL ZONE

Burung Macaw menyambut ketibaan kitaorang.

Kat dalam Animal Zone ni takdelah binatang yang besar-besar, kebanyakannya reptilialah. Ada satu ular sawa tu besar sesangat, bila aku tengok, tetiba bulu roma aku tegak.... besar betul. Tapi ular-ular dalam ni semuanya aktif-aktif, bergerak je... Selain ular, adalah binatang lain seperti katak, pelbagai spesis cicak, labah-labah, arnab, burung, kura-kura, monyet, raccoon dan juga binatang eksotik lain yang aku kurang pasti namanya :P .

Aktif ular sawa ni... Yang ni kategori saiz sedang...


Arnab dan Guine Pig. Kalau aku nak bela arnab, nak buat kandang macam nilah...macam best je kan...


Makhluk yang aku tak suka. Aku tak perasan yang katak hijau yang kecil tu dok bertenggek atas katak besar, maklumlah mata rabun. Geli aku tengok menatang ni.

Selepas keluar dari Animal Zone, kitaorang terus masuk kereta dan balik ke Kemaman. Itulah kisahku di KL Tower....tak habis jelajah pun sebenarnya.

Continue reading.....

Sunday, February 1, 2009

Bulan Kedua Tahun 2009

Hari ni dah masuk 1 Februari 2009, kejap je dah masuk bulan ke-2 bagi tahun 2009. Aku memang sengaja tunggu 1 Feb untuk update blog aku ni hehehe....

Semalam aku baru balik dari KL, pergi sekejap je. Aku pergi ke KL sebab nak pergi Low Yat, mencari HDD. Dah lama juga aku tak ke Low Yat, seronok betul ke Low yat ni, dapat tengok macam-macam benda baru, rasa macam aku ni ketinggalan la pulak hehehe.... Bebudak ni pun seronok gak, aku pun tak tahu apsal diaorang happy pergi ke Low Yat tu, bukannya ada apa-apa pun untuk bebudak.

Mulanya aku nak cari HDD biasa je, yang IDE tu tapi hubby aku suruh aku beli Ext HDD sebab katanya, 'nak letak mana lagi HDD tu dalam CPU, dah x de ruang....beli je yang external'. Aku ni memang kureng sikit dengan ext HDD ni, tapi terpaksalah beli juga. Harap oklah gamaknya. Aku terpaksa beli HDD baru sebab HDD aku skang ni tinggal 7GB je free, walaupun aku ada 2 HDD tapi setiap 1 HDD aku ni cuma 80GB, so kalau 2 baru 160GB. Untuk ext HDD ni aku beli 250GB, inipun yang paling sikit aku ambil sebab rata-rata aku tengok orang banyak jual yang 500GB ke atas, sampai 2TB pun ada.

Nilah ext HDD baru aku, brand Buffalo lagi, mmg tak pernah ku dengar. Kata Cina tu, brand ni elok, dari Jepun....ala saja je tuh, sebab aku tengok rega brand ni yang paling mahal... dan dan je Cina tu kata elok.


Seronok betul aku tengok barang-barang kat kedai Sri ni, nantilah ada duit sikit, aku nak upgrade PC aku ni hehehe..... Lepas dah dapat barang aku, kitaorang masuk kedai Used Computer, nak cari PC terpakai untuk hantar ke kapal. Part nilah yang menariknya hehehe..... Masa kat dalam kedai tersebut, ada sorang je yang jaga, orang perempuan India, lepas dia berborak-borak dengan hubby aku pasal pc2 kat situ, dia datang kat aku, maka terjadilah dialog seperti dibawah:

Orang tu: Ini anak ke? (sambil tunjuk Ellisa)
Aku: A'ah anak.
Orang tu: Ini pun anak juga ke? (sambil tunjuk Ashraf)
Aku: A'ah, anak juga.
Orang tu: Banyak hensem.
Aku: (senyum jela)
Orang tu: Kahwin muda ke? Umur berapa?
Aku: Umur, tahun ni masuk 30 la.
Orang tu: Ayoo.. 30 ka?(muka memang terkezut, dah dia dok depan aku) Tak nampak macam 30, saya ingat baru habis belajar.
Aku: (senyum dengan lebarnya...hahahah)
Orang tu: Nampak muda....(pastu kitaorang borak2 sikit, dia citer pasal anak dialah, baru sorang katanya)

Selepas beredar dari kedai orang tu, aku berjalan sambil mengkontrol senyuman aku hahahaha...kang tak kontrol nanti, orang kata gila lak senyum sorang-sorang. Tak pasal-pasal orang India tu buat aku perasan hahaha.....

Lepas tu, kitaorang menapak ke Sg Wang pula, tempat faveret aku ni, aku ke Sg Wang sebab nak potong rambut. Aku memang suka potong rambut kat Sg Wang ni sebab ada banyak saloon dalam tu. Tapi malangnya banyak saloon yang masih tutup raya Cina, yang ada buka pun saloon kecil-kecil, nak tak nak terpaksalah aku pergi. Niat nak cuci dan potong je tapi Cina tu rekomen suruh buat treatment, so terjebaklah aku buat treatment sekali, lagipun dah lama giler aku tak buat hair treatment ni. Masa kat dalam saloon ni, Ashraf tetiba melalak, buat malu aku jer...rupa-rupanya si Ellisa menyakat adik dia. Si Ashraf ni kalau melalak, memang power suaranya, hubby aku pun bawa dia keluar.

Lepas dah potong rambut & makan-makan, kitaorang ke Low Yat semula, hubby aku nak beli hp baru. Sementara hubby aku sibuk berurusan beli hp baru, aku pun tengoklah hp yang ada kat situ, aku berkenan betul dengan Iphone tapi tulah mahal sangat harganya.


Inilah hp baru hubby aku - Nokia E71. Sesuailah untuk dia, kalau untuk aku memang tak sesuailah kot hehehe.... aku tak berkenan sangat dengan rupanya, lebih kepada lelaki kan, takde ciri-ciri feminin pun. Bila tengok dia ada hp baru, teringin gak aku nak tukar, aku pun dah bosan dengan Dopod D810 aku ni, dah 2 tahun lebih guna. Tapi buat masa sekarang tak bolehlah nak tukar hp lagi, ekonomi tak mengizinkan.

Selesai beli hp, kitaorang terus balik rumah, bebudak ni sampai rumah dalam 7.30 malam, terus tidur sampai keesokan paginya, penat giler lah tu....hehehe...

Continue reading.....