Sunday, January 25, 2009

Selamat Pengantin Baru Sahabatku...

Alhamdulillah, akhirnya salah sorang besfren aku masa sekolah menengah dahulu sudah menamatkan zaman bujangnya; Mazidah. Semalam, 24-01-09, aku telah menghadiri majlis perkahwinannya. Aku pergi berdua dengan hubby aku je, malas nak bawa bebudak ni hehehe....diorang tinggal dengan Uwan diorang kat rumah. Itupun Ellisa melalak-lalak nak ikut, bengang betul aku, sebelum ni takde pula dia macam tu.

Aku & kedua mempelai. Akhirnya kawin juga ko Mada!!


Semalam, aku sengaja datang lewat ke kenduri kawan aku ni coz aku nak tengok dia bersanding, so tak dapatlah jumpa member lain, yang dapat aku jumpa pun Mawi dengan bini & anak dia juga mak dia. Itupun tak sempat nak bergambar dengan diorang coz diorang balik masa aku tengah makan.

Selepas pengantin bersanding, aku terpaksa tunggu lama untuk bergambar dengan pengantin, maklumlah dah nama pun pengantin kan, mestilah diorang menjadi perhatian orang. Selepas aku dapat bergambar dengan pengantin, aku pun minta diri untuk balik coz nak bawa anak-anak aku jalan-jalan ke Kuantan, sebagai ganti tak bawa diorang ke kenduri kahwin. :P

Gambar sengal kitaorang laki bini dalam kereta hahaha...

Continue reading.....

Tuesday, January 20, 2009

Award by Sham (Ummi Echa)



1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.
2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Sham (Ummi Echa)
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya.

  • Suka menghadap internet hehehe, 1 hari tak menghadap En. Monitor ni, resah gelisah la pulak.
  • Tak suka makan sayur, sebab tulah aku allergik sikit dengan warna-warna hijau ni. Pernah mak aku beli pinggan warna hijau, aku tak lalu makan nasi dalam pinggan tu, konon hijau=sayur hehehe...
  • Paling pantang kalau tengah makan atau tengah tidur orang kacau especially kalau ada orang call. Huh! sakit hati betul.
  • Suka shopping secara online, shopping luar dah kureng. Pernah 2 minggu berturut-turut Poslaju hantar barang sampaikan ringan je mulut posmen tu cakap "hari-hari ada barang ye", "berniaga ke?" .
  • Suka suasana senyap, memang dari dulu aku tak suka bising-bising ni. Tu pasal aku tak berapa suka radio, radio dalam kereta pun bagi aku bising hehehe...Tu pasal jugalah aku ketinggalan bab-bab lagu baru ni.
  • Suka binatang. Aku pernah bela kucing, parrot, hamster, tortoise, chipmunks, & owl. Paling lama bela: kucing Leo-10 tahun & Sherry-14 tahun. Parrot Carrie-10 tahun. Binatang yang ingin kubela(impianku): ular & iguana.
  • Suka berangan.....hahahaha sama macam Sham. Biasanya berangan jadi kayalah, siap boleh senyum sorang-sorang lagi hehehe...
  • Suka minum air putih banyak-banyak(R.O @ Mineral). Dari zaman sekolah hingga sekarang, mesti ada air botol dengan aku. Tak kisahlah, letak dalam kereta ke, pegang dgn tgn ke, letak dalam handbag ke especially bila jalan-jalanlah, sebab aku ni mudah pitam. Hehehe...pernah pitam dalam bas Intrakota .
  • Jarang tengok tv (menunjukkan betapa aku suka menghadap internet dari tv). Boleh kira lah berapa kali aku tengok tv ni. Macam sekarang tengok tv pukul 6.30-SPA Q 2, pastu hari Isnin-LOST. Berita pun aku jarang tengok, pening dengar orang cakap lama-lama hahahaha....
  • Tak suka mandi air sejuk hehehe.... Kalau mandi air sejuk gak, mesti aku rasa macam nak demam, selsema dan sebagainya, kecuali kalau hari panas berdentang. Tapi hari panas pun, aku tetap mandi air panas hehehe..

Nak kasi award to: Takde sapalah, maklumlah masih baru dalam dunia blog-memblog ni. Boleh gitew...

Continue reading.....

Sunday, January 18, 2009

Rabbit Farm

Keesokan paginya, aku tak sampai hati nak kejutkan bebudak ni bangun awal coz diorang tidur nyenyak betul, penat gamaknya. Dalam pukul 8.00 pagi baru aku kejutkan diorang, nasib baik diorang ni tak banyak ragam. Aku tak mandikan diorang, cukup basuh muka dan gosok gigi sahaja coz kitaorang nak pergi breakfast dulu, kang kalau lambat habis pula makanan hehehe.

Selepas makan, barulah aku mandikan diorang, bagi peluang diorang berendam lama dalam bath tub, maklumlah nak balik dah. Selepas check out dari hotel, kitaorang sempat singgah di Hotel Highland coz kat situ pun ada Indoor Games gak.

Rabbit Farm
On the way balik ke Kemaman, kitaorang naik sekejap di Bukit Tinggi, singgah di Rabbit Farm. Dah lama tak ke sini, tup tup sebelah Rabbit Farm tu ada bangunan dalam pembinaaan.


Sebenarnya, masa turun dari Genting bebudak ni dah terlelap. Bila sampai di Rabbit Farm tu memang masing-masing tak sedarlah, lebih-lebih lagi si Ashraf, puas aku kejutkan, liat betul dia nak bangun hehehe.... Bila aku cakap nak tengok rabbit tak, cepat-cepat dia bangun hehehe....
Rambut aku dah mula panjanglah....rimas. Next week nak potonglah.


Nampak rabbit terus segar, tak macam orang bangun tidur :P


Kelakar betul aku tengok gelagat Ashraf masa kat Rabbit Farm ni, macam tak tentu arah dia tengok arnab-arnab tu, tak tahu mana satu nak dipegangnya hehe. Masa aku dok lepak kat bangku situ, tetiba aku nampak Ashraf dengan selambanya mengikut orang lain-orang lelaki India, hahahaha tergelak aku, aku panggil-panggil nama dia, dia wat tak reti je. Aku pun bagitau hubby aku, tengoklah Ashraf tu. Kitaorang panggil, tetiba orang India tu pusing kebelakang, Ashraf pandang orang tu, dia macam terkejut, aku pun panggillah dia. Barulah dia perasan aku, terus berlari kat aku. Aku masa tu bantai gelak sorang-sorang, aku kata kat hubby aku; mesti dia ingat laki India tu daddy dia hahahaha..... maklumlah hubby aku kan gelap.

Gaya macho anak bujangku hehehe....


Ni pulak mama Ashraf nak bergaya hahaha...


Anak rusa nani baru kembang ekor....hehehe. Anak rusa ni jinak betul.


Eeyore!

Continue reading.....

Saturday, January 17, 2009

City of Entertainment - Part 3

Dalam pukul 6.00 petang kitaorang masuk kedalam bilik hotel. Dalam bilik air ada bath tub tapi aku bagi diorang mandi sekejap je, takut selsema pula mandi lama-lama kang. Si Ellisa mandi dengan wrist band dia, hehehe aku tak bagi buka sebab dah beli tiket untuk All Park, kang kalau dah koyakkan rugilah pula, kitaorang pun sama tak buka hehehe... Kitaorang berehat seketika, bebudak ni pun siap tertidur lagi.


Pemandangan dari bilik kitaorang dalam pukul 7.00 ptg. Barulah nampak :P


Dalam pukul 8.00 malam, aku kejutkan Ashraf & Ellisa, diorang pun tak banyak ragam. Kitaorang turun semula ke bawah. Kali ni kitaorang main yang indoor pula.

First World Indoor Theme Park


Kat dalam bangunan ni, aku tak banyak bergambar coz digicam aku ni kureng sikit kalau cahaya tak terang. Malap jer gambar jadinya hehehe...

Ellisa suka naik kuda hehehe


Naik choo choo train...

Setelah bebudak ni puas main semua permainan yang ada didalam Indoor Theme Park ni, kitaorang pun berjalan-jalanlah didalam First World Plaza ni, kitaorang jalan setingkat demi setingkat sehinggalah sampai di Snow World. Hubby aku pun cakap kat Ellisa ada snow dalam tu, pastu si Ellisa nak masuk pula. Aisey, dahlah pukul 10.30 malam, aku pegang kat dinding cermin tu dari luar pun dah sejuk... nak tak nak terpaksalah aku masuk juga sebab hubby aku dah beli tiket untuk 4 orang.

Snow World
Gambar diatas discan. Muka aku tahan sejuk hehehe...

Sebelum masuk, kitaorang diberi baju sejuk, macam-macam bau ada kat baju sejuk tu hehehe..... dan juga glove tangan. Tapi paling kesian kat Ashraf lah coz baju yang dia pakai tu besar walaupun itu saiz yang paling kecil. Barang kitaorang disimpan dalam locker, termasuklah digicam, lagipun kat dalam ni tak dibenarkan ambil gambar sendiri, kena guna diorang punya photographer dengan bayaran RM30.00 untuk 2 keping gambar.

Sejurus masuk je kat dalam Snow World tu, mak aih, sejuk giler, aku rasa macam masuk dalam freezer jer. Aku ni, kalau sejuk nyaman oklah, tapi kalau sejuk melampau memang tak tahanlah. Menyesal aku masuk dalam ni, si Ellisa punyalah suka, siap main-main snow dengan adik dia. Diorang siap main gelungsur lagi. Aku pula memang menggigil-gigil.

Lepas dah puas bebudak ni main kat dalam tu, kitaorang pun keluar, mak aih aku rasa lutut aku macam karat jer heheheh.... kat luar tu, kitaorang tunggu gambar siap pula. Lepas tu kitaorang pergi makan, maklumlah cuaca sejuk buat perut cepat lapar. Dah kenyang, kitaorang naik ke bilik dan dengan cepatnya bebudak ni tidur hehehe...


Continue reading.....

Friday, January 16, 2009

City of Entertainment - Part 2

Astro Fighter
Mula-mula aku sebenarnya was-was nak bawa Ashraf naik benda alah ni sebab Ashraf ni penakut sikit. Bukan apa, dibuatnya benda tu bergerak je, tetiba dia melalak, tak ke naya, aku gak yang malu :P . Ashraf memang tak suka naik benda yang masuk syiling-syiling tu, dia mesti menggelupur takut, tapi kali ni dia ok pula, suka pula tu, agaknya sebab aku ada disebelah dia kot. Biasalah anak mak...hehehe..

Seriusnya muka Ashraf


Ellisa naik dengan daddynya. Memang Ellisa seronok sakan tetapi hehehe.....

Flying Jumbo
Jeng jeng jeng part nilah yang paling best..... Selepas naik kapal terbang, kitaorang naik gajah terbang pula. Aku naik dengan Ashraf sementara Ellisa naik dengan daddynya.

Wajah Ellisa riang gumbira


Wajah Ellisa menangis ketakutan

Alkisahnya, gajah terbang ni boleh naik dan turun, tapi bila dah berhenti bergerak, semua gajah akan turun ke bawah tetapi gajah yang dinaiki oleh Ellisa & daddynya tidak turun, seolah-olah macam stuck kat atas tu. Bila Ellisa tengok kitaorang semua dah turun, dia pula tinggi kat atas tu, apa lagi melalak lah anak dara aku ni, hehehe sempat aku ambil gambar dia.


Turun daripada gajah tu, aku tengok merah mata Ellisa, lepas tu muka pun sentap semacam hehehe.... nasib baiklah sebelah tu ada playground, barulah nampak dia senyum balik.

Happy betul anak dara aku ni...


Gambar kitaorang sekeluarga di puncak Genting

Dinosaurland
Di Dinosaurland ada patung dinosaurlah hehehe.... ada juga boat disediakan untuk kelilingi pulau Dinosaur ni tapi malaslah nak tunggu lama-lama, kitaorang cuma jalan-jalan je.

Aku & Ellisa bergambar dengan raptor(agaknyalah)

Jalan-jalan disini, tetiba ada jambatan gantung pula, nasib baik tak tinggi. Menarik jambatan ni coz goyang-goyang gitu hehehe...

Menarikkan? Lepas ni bolehlah aku nak try jambatan gantung yang tinggi punya pula :P

Sedang kitaorang jalan-jalan, tetiba kitaorang dihampiri seseorang dengan ular sawa dilehernya. Dia bawa kitaorang ke satu rumah/pondok, kat situ ada binatang-binatang lain, rupa-rupanya diorang ni meniaga hehehe..... Katanya kitaorang boleh bergambar dengan binatang-binatang tersebut tetapi kena bayarlah untuk bergambar, itupun dengan kamera diorang. Bayaran dalam belas-belas ringgit kot, entahalah, hubby aku yang bayar.

Gambar diatas discan. Bergambar dengan 2 burung nuri, 1 ular sawa & 1 lovebird.

Kalau korang nak tahu, kecoh sekejap masa sessi bergambar dengan binatang ni, mana taknya, si Ashraf sebok cakap "nak bird, nak bird". Burung tu pula satu hal, dia tak nak duduk atas lengan Ashraf, sebok lompat kat aku, akhirnya burung tu dok juga kat tangan Ashraf, puas hati si Ashraf. Lagi satu hal, si ular sawa tu pula tak nak dok diam, nak menjalar je, aku ok je, hubby aku tu yg mcm tak ok hehehehe.... Sebenarnya hubby aku ni geli dengan ular tapi biasala lelaki kan, control macho hahahaha....

Lepas turun dari Dinosaurland, kitaorang lepak-lepak kat situ menikmati udara yang nyaman, suasana yang dingin, sambil tengok orang terjerit-jerit main thrill rides. Lawak betul, seronok tengok muka sorang-sorang ketakutan, terjerit-jerit hehehe... sedapnya aku mengutuk, kalau kena tang aku macam manalah hehehe...


Seterusnya kitaorang bawa bebudak ni naik Matahari, Tea Cup, Mini Train dan lain-lain. Naik Tea Cup memang memeningkan, dahlah lama pula tu.

Anak-anakku: Ellisa & Ashraf

Selepas dah penat dan puas bermain di Outdoor Themepark, kitaorang pun menapak ke bangunan hotel, perut pula dah berkeroncong, aku tengok jam pukul 3.00 petang, aku cakaplah kat hubby aku, main lama-lama kat luar, tapi baru pukul 3.00. Hubby aku terkejut, katanya, apa pulak pukul 3.00, dah pukul 5 lebih dah ni. Ler, rupa-rupanya jam aku mampus hehehehe... Patutlah aku kelaparan, terus kitaorang makan direstoran bawah tu, order nasi ayam. Nasi ayamnya memang tak sedap, mahal pula tu, tapi disebabkan aku kebulur yang teramat, sekelip mata je aku habiskan nasi ayam tu, heran hubby aku :P. Lepas makan, kitaorang pun naik ke bilik hotel.
Continue reading.....

Thursday, January 15, 2009

City of Entertainment - Part 1

Belum bertolak lagi, Ellisa dah pakai sweater (:

Pada 9 Januari(Jumaat) yang lepas, kitaorang naik ke Genting Highland. Sebenarnya plan untuk ke Genting ni dah lama dah, dari tahun lepas lagi, tapi tak berpeluang coz hubby aku busy dan bila dia dah tak busy, hotel pula fully booked, maklumlah cuti sekolah. So, kitaorang plan nak pergi bila sessi persekolahan dah mula buka tapi hanya boleh pergi weekend jelah coz Ellisa dah start kelas.

Kitaorang bertolak dalam pukul 8.30 pagi dari Kemaman, singgah di kawasan rehat Gambang untuk breakfast. Dalam pukul 12.30 tgh kitaorang dah sampai di atas Genting, punyalah sejuk tapi Alhamdulillah cuaca baik, takde hujan.

Pemandangan dari bilik kitaorang pada pukul 1.15 tgh. Kabus tebal, tak nampak apa.

Kitaorang terus ke First World Hotel untuk check-in, si Ellisa pula tak sabar-sabar nak main katanya hehehe..... Lepas dah angkut semua beg masuk bilik(bawa 2 beg je hehe, tidur 1 malam je) dan berehat seketika, kitaorang pun turun ke Lobi. Tengok cuaca kat luar ok, kitaorang pun menuju ke Outdoor Theme Park. Kitaorang beli tiket untuk All Park - Outdoor & Indoor. Memandangkan kitaorang pergi Genting pada hari Jumaat, so memang seronok giler, orang tak ramai, nak main apa-apa pun tak perlu beratur. Besh betul.


Masa kat Outdoor Themepark ni, kitaorang cuma banyak jalan-jalan dan naik Family Rides dan Children Rides jer, boleh naik sesama dengan bebudak ni.

Double Deck Carousel
1st ride kitaorang ialah Double Deck Carousel, ni mende alah pertama yang Ellisa nampak dan nak naik sejurus kitaorang masuk ke Outdoor Theme Park ni.

Ashraf takut duduk atas kuda,so duk atas kerusi jelah dengan hubby aku.


Ellisa memang enjoy habis, aku lak terpaksa ambil gambar sendiri hehe :P

Memang seronoklah pergi sini masa orang tak ramai, kalau tidak, kita yang pening kepala tengok orang ramai-ramai. Bila orang tak ramai ni, lengang lah sikit, anak-anak pun senang nak berjalan, takdelah kita risau kena langgar dengan orang lain.



Beryl's Chocolate Wonderland
Seterusnya kitaorang masuk ke Beryl's Chocolate Wonderland ala-ala kilang coklat Willywonka hehehe...

Kononnya bergambar dengan Jam Coklat lah :P


Macam dalam Alice in Wonderland pun ada hehehe....

Continue reading.....

Wednesday, January 7, 2009

KL: Jusco AU2, Gardens & MidValley

Tibalah masa untuk balik ke Kemaman, kitaorang bertolak pagi dari PD coz nak singgah ke KL dulu sebelum balik ke Kemaman, nak ambil barang sikit. Semasa kat KL, kitaorang singgahlah ke Jusco AU2 yang baru tu coz dekat jer dari rumah, nak menapak pun boleh hehehe....tapi tak kuasalah aku nak menapak bawa bebudak ni kan... zaman bujang-bujang dulu bolehlan nak menapak-napak ni.


Apa yang boleh aku katakan di Jusco AU2 ni memang terdapat banyak restoran & kedai makan. Kitaorang pun tak tahu nak makan kat kedai mana satu hehehe. Akhirnya kitaorang pilih restoran Madam's Lim Kitchen.


Aku tak tahu nak makan apa, jadi aku order mi hailam jer coz boleh kongsi makan dengan bebudak ni, diorang memang suka makan mi hailam.


Gambar diatas diambil sementara kitaorang menanti makanan tiba. Lawak betul muka si Ashraf ni hehehe...

Potong Rambut
Selain makan lunch di Jusco AU2 ni, tujuan kitaorang ke sini nak cari salon, nak potong rambut bebudak ni, malangnya hanya Ellisa je yang potong rambut, si adik pula melalak kat dalam kedai tu coz tak nak rambut dipotong. Haru betul mamat sorang ni, wat malu aku jer.


Pada petangnya pula, kitaorang ke Gardens & MidValley. Kat MidValley, kitaorang ke Jusco, dalam Jusco tu ada tempat Games untuk bebudak. Kitaorang memang saja bawa bebudak ni kesini sebab nak biar diorang main. Lepas ni balik Kemaman, tak dapatlah naik main-main & jalan-jalan lagi coz Ellisa dah start tadika.


Gambar kat atas ni diambil kat bahagian bawah MidValley, Ellisa beriye-iye nak bergambar kat sini, suka betul dia. Si adik pula tak nak bergambar, dia malas nak bangun dari stroller dia, punyalah malas anak bujang aku sorang ni hehehe....

Continue reading.....

Tuesday, January 6, 2009

1 Hari di Melaka... (Part 2)

Seterusnya, untuk destinasi kedua kitaorang menuju ke tempat Kereta Lembu. Punyalah lama giler aku tak naik kereta lembu ni, bayangkanlah aku pernah naik pun masa zaman kanak-kanak riang dahulu, fuh! lama giler tu.


Selain aku yang beriye-iye nak naik Kereta Lembu ni, sebenarnya aku nak tunjukkan kepada anak-anak aku, maybe diorang sekarang tak faham, tapi at least bila besar esok, adalah juga gambar diorang naik kereta lembu ni hehehe.


Selepas naik kereta lembu, kitaorang pun menuju kedestinasi seterusnya iaitu Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Tempat ni pun dah lama aku tak pergi, hubby aku macam tak nak pergi je - katanya penat jalanlah, apalah...... aku tak peduli, aku nak pergi gak. At last, hubby aku kata; OK hehehe....


Semasa kitaorang di taman mini ni, tak semua rumah kitaorang dapat naik, coz tetiba je hujan rintik-rintik, dapatlah masuk dalam 7-8 buah rumah. Yang seronoknya, bebudak nilah, aku pun tumpang seronok tengok gelagat diorang. Suka betul diorang naik turun rumah-rumah kat dalam taman tu (:


Gambar kat atas ni, Ellisa yang tolong ambilkan, hehehe aku & Ashraf belum ready lagi, dia dah snap dah hehehe.... Tak kisahlah, janji ada muka kitaorang, dia dah tolong ambilkan pun dah kira bagus dah.

Assam Pedas, Cendol & Dodol Asli
Selepas dah penat jalan-jalan, perut pun mula berkeroncong, sekarang masa untuk jalan-jalan cari makanlah pulok. Mula-mula kitaorang ke McD sebab Ellisa nak nugget & fries. Dah gi McD, kitaorang pun carilah restoran assam pedas, mula-mula pergi kat restoran yang pernah pergi dulu, sekali lauk assam pedas ikan pari dia dah habis, so kitaorang pun merondalah lagi dan akhirnya jumpa jugalah dengan sebuah restoran yang lauk assam pedas ikan parinya masih ada. Punyalah aku kebulur, sekelip mata je dah habis aku makan nasi hehehe....


Selepas makan nasi, kitaorang pun beredar pergi ke depan bangunan merah tu, nak pergi ke gerai Cendol pula. Hubby aku terpaksa park kereta jauh dan kitaorang pun terpaksalah menapak. Seronok jalan-jalan kat tepi sungai ni (:


Macam biasalah, gerai cendol mamak ni mesti ramai orang punyalah, terpaksa kitaorang tunggu Q untuk duduk. Bila dah dapat satu meja kosong, terpaksa pula berkongsi dengan satu couple ni, tak kisahlah dah ramai orang, nak buat macam mana kan. Aku dan hubby aku makan sampai 2 mangkuk cendol. Ellisa dan Ashraf pun makan juga.


Aku memang suka cendol Melaka ni, memang kena betul dengan selera tekak aku ni. Cukup dengan manisnya, santannya, pekatnya....fuh best-best, aku tak tahulah bagi orang lain, tapi bagi aku best betul coz cendol Melaka ni lah yang betul-betul buat aku hilang haus, tak macam cendol-cendol lain, makan mesti haus kenalah cari air kosong pula. Tapi cendol Melaka betul-betul penghilang haus, bukannya buat kita makin haus lagi hehehe...korang faham ke?

Selepas makan cendol kitaorang beredar ke Dataran Pahlawan. Wah! makin besar pula Dataran Pahlawan ni, tahun lepas pergi, ada sebahagian bangunan belum siap lagi. Kitaoarng masuk ke Dataran Pahlawan ni pun sebab nak cari Dodol, aku suka dodol asli, kalau yang dodol durian tu memang aku tak makanlah, tapi kalau buah durian aku makan :P . Jalan-jalan dalam Dataran Pahlawan tu, sempatlah kitaorang ber'shopping' sedikit, ada banyak SALE. Beli baju-baju bebudak ni, dan juga kitaorang laki bini. Lepas dah jalan-jalan & shopping, kitaorang pun beredar balik ke PD, bebudak ni terus tertidur sebaik masuk kereta, penat gamaknya. Sekian kisahku - 1 Hari di Melaka :P
Continue reading.....

Monday, January 5, 2009

1 Hari di Melaka... (Part 1)

Pada 1 Januari yang lepas, kitaorang ke Melaka. Sebenarnya, tak rancang pun nak ke Melaka, cuma kebetulan masa tu kitaorang berada di rumah PIL aku di PD. Lagipun PD dengan Melaka dah tak jauh dah, so kitaorang pun bawalah bebudak ni berjalan-jalan ke Melaka, pergi balik hari je, memang bebudak ni kepenatan tapi diaorang happy.


Destinasi pertama kitaorang ialah ke Taman Rama-Rama & Reptilia. Seingat aku, dulu-dulu aku pernah ke Taman Rama-Rama tersebut, tapi masa tu memang taman tersebut biasa jelah, tapi sekarang dah lain betul, cantik, besar & banyak pula binatangnya.


Sepanjang aku didalam Taman Rama-Rama tersebut, aku dapati rama-ramai disitu memang 'friendly' lah hehehehe...... Mana taknya, ada yang hinggap kat kepala kitaorang, kat tangan, kat belakang badan dan salah satunya kat handbag aku hehehe....


Gambar diatas ni masih didalam Taman Rama-Rama, apa yang boleh aku katakan, memang lanskap disini cantik sekali, sampaikan Ashraf terpegun + jakun tengok air terjun mini tu hehehe.


Ashraf & Ellisa paling seronok berada di tepi kolam ni. Paling teruja, anak bujang aku tulah, ada hati nak masuk dalam kolam tu, tu yang tangan aku tak lepas dari pegang dia. Si Ellisa biasa je, maklumlah kakak kan, kena lah tunjuk cool kat adik hehehe....


Masa kat sinilah yang aku seram+gerun ni, mana taknya, korang tengoklah sangkar alligator ni (alligator dalam BM apa ye?, buaya gak ke?). Ada ke patut alligator tu diletakkan dalam sangkar macam tu jer, ingatkan kambing apa....
Korang bayangkanlah kalau ada bebudak masukkan tangan kat celah-celah dawai tu, bukannya kecil lubang dawai tu, aku rasa tangan aku pun boleh muat masuk. Isk, memang ngeri lah.


Atas: Kiri ke Kanan - Bergambar dengan Giant Tortoise, Tortoise biasa hehehe
Tengah: Kiri ke Kanan - Banyaknya boya!! (buaya), Kakak & Adik bergambar dengan beca berabok
Bawah: Kiri ke Kanan - Ashraf & Guinea Pig, Lovebirds

Continue reading.....

Saturday, January 3, 2009

Happy New Year - 2009


Sempena tahun baru: 2009, aku ingin cuba menceburi alam blog pula. Kata si Aimi-Kamalina, blog ni bebas bagi dia, so aku pun ingat nak cubalah, nak tahu gak apa yang bebasnya tu hehehe....

Sebenarnya dari tahun lepas aku dah register blog ni, cuma aku tak pernah buat sebarang posting, sehinggalah hari ini.

Salam Perkenalan..... Continue reading.....