Oklah, aku nak cerita pasal aktiviti kitaorang sepanjang cuti persekolahan yang lalu. Sebenarnya, kitaorang tak pergi mana-mana dan buat apa-apa pun. Banyak masa dihabiskan dirumah je. Kecuali, pada minggu kedua cuti, kitaorang pergi ke KL, itupun sekejap je, untuk 1 malam. Kitaorang pergi KL pun coz aku nak pergi Gulatis hehehe....nak beli kain raya untuk aku dan Ellisa. Aku beli sepasang kain untuk aku dan sepasang kain untuk Ellisa. Lepas tu pergi Sogo, beli sikit baju untuk bebudak ni, cadangnya baju untuk raya, tapi tak tahulah kalau akan TERpakai dahulu hehehe...
Sebelum balik Kemaman, sempat juga kitaorang singgah ke Sg Wang coz nak potong rambut Ellisa. Aku pun tumpang potong rambut sekali...almaklumla alang-alang bosan menunggu. Macam tak besh je kan aktiviti kitaorang sepanjang cuti persekolahan yang lalu. Tak dapat nak bercuti atau berjalan ke mana pun coz hubby jaga restoran, maklumlah cuti sekolah, ramai orang ke Cherating.

Sebut pasal restoran kan....hehe aku ada la cerita yang nak disampaikan. Hubby aku la yang cerita kat aku. Dia kata, adalah 2 orang pelancong omputeh datang. Diorang pun tengoklah buku Menu. Nak dijadikan cerita, dalam buku Menu tu semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu, almaklumlah Menu sementara. Omputeh tu boleh tanya "What is AYEM, what is DAGENG?" dengan slang omputehnyalah....... Pastu, selesai diberi penerangan, diorang minta apa tau....hehe part nilah yang wat aku gelak. Diorang minta rendang.... hahaha, sesuka hati je minta rendang. Aku cakaplah kat hubby aku, patutnya cakap kat diorang, rendang tu selalu orang masak untuk Raya je. Dia ingat rendang tu masak sekejap je ke hahaha... tapi tak boleh nak salahkan diorang, diorang kan tak tahu hahahah... tah mana la diorang dapat idea nak order rendang tu hehehe...
Ni ada sedikit selingan gambar bebudak ni. Dah lama tak tepek gambar bebudak ni. Nilah aktiviti sepanjang cuti sekolah nan lalu, juga aktiviti masa lapang diorang.


**** Entry sebelum ni ada orang berminat nak tahu tempat shopping aku di internet ni. Sebenarnya, banyyyaaakkkkk sangat blog, website yang aku dah terjah. Tapi kat sini aku listkan beberapa website/blog:
House Of Allure
A Fittingroom Boutique
Sakurabloom
Beautiful Sofea
Chrysalis
Lovely Lolitas
Cotton Loom
Daisy Dearies
Dressiere
Miss Lola's Closet
A Model Studio
Doublewoot
Lawa Lawala
Cat In The Bowl
Fluffy Rainbows
Get Gorgeous
HAPPY SHOPPING!!!!



5 comments:
oo erna tak kerja ker? duduk rumah? tapi tak pe best jugak sebab still boleh shopping online kan? saya pun suka gak shopping online. tapi kekadang yang tak syok kalau dapat barang yang kita tak puashati.. geram jerk
Rendang? pepandai jer mat salleh tu order.. dah sah2 tak de dalam menu kan? mana la dorang dapat idea tak bernas tu. heheh
Elisya tu main game nickjr ker? sebab farhan selalu main diego dan dora kat web tu.. macam serupa jerk web tu
thanx kak erna sbb list kan website2 tu..lama dh cari website shopping online best,tp xjupe..ni blehla terjah sepuas2nye ni..hehe
salam ...amboi bestnya menyopping kain sampai ke kl...
hb bukak restoran kat cherating belah mana?manalah tau kalau gi sana bolehlah try nanti..
hehehe...mat saleh mintak rendang??? mmg lawak... tapi tulaaaa... awaitla masa kami nak ke sana korang tutup lak??? hmm...mmg takde rezeki kami hari tu.... awak kena soh hubby standyby tukang masak ramai2 sikit... kitorang ni pun nak tambah sorang lagi...sebab yg ada skarang ni (2org), kdg2 tu tak terkejar... kalau ada 3 tu, okla...nipun hubby nak tambah few menu, dan satay pun dah start jual kat tmpt kitorang.. satay ni kwn baik hubby yg buat, kiranya dia sewa tapak ni dgn kitorang laa..
erna....haa...dah bg pun list website... nanti blh la saya jenguk..alahai..saya ni mcm la ada masa nak jenguk yaa... kalau time keje tu, memanjang lepak kat FB..dah mcm kemaruk la pulak..blog pun jrg sekali hapdet... nanti saya tryla tgk website2 tu... saje cuci mata... :D
hehehehe lawak arr matsalleh mintak rendang..agaknyer dia pernah makan kot..tu yg mintak tu...hehehe tengok tuh matsalleh pun ingat rendang..makanan kita sememangnya dah fopular...kan kan kan
mira pun hantu sopink online..kalau bukak kedai online mesti terbeli..snng tu mmg snng...clik je, bayo pastu abang posto anto tapi tu keburukannya kalau pakaian tu terbesa atau terkecik...tapi tak serik lagi pun..beli lagi..kadang2 tuh pakaian yg jual online ni tak de jual kat luar atau pun kualiti lain sikit. setakat ni mira beli online semuanya mira puas hati tak de lagi yg mengecewakan...
bagusnyer anak sekarang kan..celik IT..dah pandai berkomputer..tak zaman mira dulu..apa pun tak da..wakakakakaka..padan lah anak2 sekarang bijak2 pikirannyer tapi kalau yg jenis menjawab tu yg payah..hehehehe
re : tima kasih atas ucapan besday mira tu..
Post a Comment