Oklah, berbalik kepada tajuk posting aku kali ini - Shopping & Mini Zoo.
Takdelah gempak mana pun, cuma kitaorang memang dah lama tak keluar berjalan 1 family. Hhmm... memang lama sesangat. Pada hari Jumaat lepas, selepas hubby balik dari Solat Jumaat, dia ajak kitaorang ke Kuantan. Apa lagi, kitaorang terus bersiap dan terus ke Kuantan. Macam biasalah, kalau ke Kuantan, kitaorang ke EC Mall la. Salah satu sebab aku ke EC Mall ni pun sebab nak cari hadiah untuk besday mama aku.
Di EC Mall, aku sambar 2 helai seluar kat Padini. Memula masuk Padini tu saja nak tengok-tengok cuci mata je, tapi bila dah ada sale, apa lagi rembat jelah, maklumlah bila lagila aku nak keluar rumah lepas ni. Lepas tu, kitaorang jalan-jalan kat booth2 Zoom Malaysia, dok tengok macam-macam pakej percutian yang ada, menariklah pula. Lepas tu masuk Crocs, beli sandal untuk bebudak ni memandangkan Crocs diorang pun dah sempit. Lepas tu, baru aku beli hadiah untuk mama aku...hehehe hadiah mestilah rahsia. Lepas tu, (berapa banyak lepas tu daa...) kitaorang balik coz hubby aku nak kena siapkan proposal la pula. Sekejap jelah kitaorang dapat berjalan, tak kisahlah, janji dapat berjalan daripada terperap dok kat rumah :P .
Hari Sabtunya pula, yakni semalam, dengan tiba-tiba aku ajak hubby aku ke Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman. Tempat ni baru je buka, aku baca kat websitenya, jarak tempat tersebut sejauh 14km dari bandar Chukai, kira oklah tu, takdelah jauh mana pun. Aku ingat tempat tu macam mini zoo Kuantan, tapi rupanya tidak. Besar jugalah kawasannya walaupun belum 100% siap. Yang menariknya, kawasan Mini Zoo ni memang jauh kedalam, kira zoo dalam hutanlah.








Memang dah lama aku tak bawa Ashraf & Ellisa ni berjalan-jalan. Bukan main seronok lagi diorang ni, especially si Ellisa lah, memanjang senyum hehehe.... Ada lagi gambar tapi aku letak dalam next entrylah, biar nampak macam banyak dan rajin aku update blog...hehehe...



5 comments:
wah dah ada mini zoo ye dekat sana bila buka??Smlm nurul g SG wang banyak perubahan yang berlaku termasuklah ais-krim kesukaan nurul pun dah tak der kedainya dah tutup wawawawa....sempat lagi tu menyopping ye hehehehehe....
heheheeh asben yong pun klu download, guna torrent ni gak..
macam2 ada...
lama dah tak trn kuantan..dulu belajar sana setahun..kat area dewan mat kilau..jln gambang...
YEah!! ni menjerit kesukaan sbb baru jer plan nk tanya erna pasal tempat ni.. fateen ada dgr pasal tempat ni tapi xtau kat ne.. kira nk compemlah ni.. tp minggu ni x dpt g sbb nk balik johor.. tunggu minggu lagi satulah.. xcited ni nk p..
lagi satu nk tanya.. kat kemaman ada tak tempat yg boleh mandi2 waterpark tu? sbb diorang kata ada tapi betul ke?
ps:sib baiklah kami guna desktop utk dload torrent.. kalau tak mau x berupdate gk blogku itew..hehehee..
erna...sy yg jakun lg buta it ni lngsung x tau..apa natangnyer torrent itew...
byk kali anak2 awak g zoo kan.. sy x penah bwk echa g zoo lagik pdhal zoo kl dkt jer ngan umah...
haa..baru kena pengangan torrent ke??? saya ni lak sebok download citer desperate housewives & smallville kat torrent tu... hubby yg ajar ler...tu yg EHD saya penuh je..sebab dok donwload citer... kalau blh setiap musim tu saya simpan...hehehe...
wah...syokla ada mini zoo.... tgk tmpt lawa laa... nanti blh la ke sana lak... (ceh..mcm dekat je nak pegi ni)... amboi bdk2 tu bergaya dgn sandal crocs baru la ya... :D
ps: awak beli hadiah apa utk mak awak??? nak gak tau... jeng jeng jeng...
Post a Comment