Monday, March 2, 2009

Bandung - Part 2

Aktiviti Shopping...

Selepas makan di Restoran Kampung Daun, badan pun dah mula rasa bersemangat sikit hehehe. Aktiviti seterusnya adalah shopping di FO. Sememangnya di Bandung ni terdapat banyak FO aka Factory Outlet. FO pertama kitaorang masuk ialah Rumah Mode.

Signboard Rumah Mode


Aku suka betul Rumah Mode nilah, dari luar pun dah cantik, apa lagi bergambar lah coz kat dalam tak boleh ambil gambar. Masuk dalam je, mak aih, banyaknya baju. Aku dengan hubby beli baju kitaorang dulu lah coz kitaorang bawa 2-3 helai baju je. Pastu beli baju untuk bebudak, dalam sehelai dua coz aku tak nak perabihkan duit kat sini, sedangkan ada banyak lagi tempat nak shopping... :P


Lepas shopping, duduk rehat jap.


Lepas selesai shopping di Rumah Mode, kitaorang menapak ke FO sebelahnya pula iaitu Natural. Kat sini rasa panas sikit, aku pun pelik, ada aircond tapi tak terasa pun hehehe...

Natural FO.

Lepas keluar dari Natural, tetiba hujan rintik-rintik turun, kitaorang terus masuk kereta suruh supir ke Jalan Cihampelas pula, nak masuk ke dalam Shopping Complex diorang pula, maklumlah hari hujan. Shopping Complex yang kitaorang masuk ni, namanya ChiWalk kalau tak silap akulah.

Masa kat dalam shopping complex ni, kitaorang jumpa satu kedai yang menarik; menjual t-shirt cewek cowok heheh...apalagi kitaorang pun singgah masuklah.

Nilah kedainya.

T-shirt yang kitaorang rembat.

Nilah t-shirt aku & hubby aku. Masa pilih t-shirt ni pun, aku boleh lama dok dalam kedai tu, banyak sangat nak dipilih. Macam-macam ayat ada....


Untuk anak-anak pun ada. Aku beli untuk Ellisa & Ashraf. Tapi untuk bebudak, tak banyak pilihan.


Lepas beli t-shirt, kitaorang pun jalan-jalan lah, rupa-rupanya ada bahagian luar, kat luar ada butik-butik, pastu aku singgah kat butik Crocs, nak tengok harganya. Bila aku convert duit rupiah dalam RM kita, sama je harga Crocsnya.

Kitaorang pun keluar dari shopping complex ChiWalk, menuju ke Jalan Cihampelas, ada banyak FO sepanjang jalan tersebut, tapi kitaorang sempat masuk satu je coz aku dah tak larat.

Superhero FO. Kat sini, aku duduk je, sekadar perhati hubby aku shopping.... sakan tul.

On the way menapak masuk ke ChiWalk, aku nampak ada orang jual aiskrim, menariklah pula. Apalagi, aku pun beli, macam bebudak lah pula heheheh....

Ni lah gerainya hehehe...


Nilah es krem nya. Kecik-kecik je es kremnya, siap letak kat palette lukisan tu... aku suka...hehehe


Malam pula...

Malamnya pula, kitaorang sambung cari FO lagi. Kali ni kitaorang pergi ke Bale Anak. Memang besar Bale Anak ni tapi, aku takde mood nak shopping coz baju-baju bebudak yang aku kenan mesti takde saiz, dah abis katanya.

Bale Anak FO - baju bebudak sahaja.

Lepas tu kitaorang ke Jalan Riau, kalau tak silap aku. Kat sepanjang jalan ni pun ada banyak FO tapi kitaorang sempat masuk 2 je coz kedai nak tutup.

Cascade & Heritage. 2 FO yang berlainan.

Lepas semua FO dah tutup, kitaorang pun pergi makan malam di Dapur Sangkuriang. Rupanya restoran ni dekat dengan Rumah Mode. Kat sini terkenal dengan amsakan ikan gurame nya.

Signboardnya


Kat bahagian dalam restoran ada kerusi & meja, tapi dah penuh, so kitaorang dok luar. Ada wakaf gak.

Menanti makanan.

Nasi Putih.

Sup ikan gurame. Enak banget sih.....

Ayam Kampung Panggang.

Pisang Goreng Keju.

Lepas makan, kitaorang pun balik tidurlah. Kena top-up rehat coz esoknya nak shopping lagi dan lagi dan lagi dan.....hehehehe.....

9 comments:

.: Leen-Wawie :. said...

perghh sakan ko shopping.. aku suka la tmpt makan tuh. ala2 kg gitu.. nyaman, aman, damai... eskerim tu unik laaa... pisang goreng keju? sedap ker..

aimi @ kamalina said...

fuhhhhhhhhh....padat sungguhla...sakan betul bershopping..... advantagenya sebab anak2 takde... so blhla shopping dgn aman...tak yah nak risau dgn bdk2... kalau saya ke sana pun, harus pegi berdua jelaaa... baru puas...

saya ni lagi la, tak pernah sampai mana2 pun kat Indon tu.... ni kalau nak pegi, kena buka blog awak, buat rujukan...aim tmpt2 yg menariks... jimat masa...

sedap ke pisang goreng keju tu?? saya ni nak termuntah kalau mkn cheese... tapi kalau cheesecake & pizza blh lak telan.. ntah apa2 kan... hehehehe....

Sham Ummi Echa said...

sonoknya...seharian penuh dgn xtvt shopping jer kan.. mau patah kaki brjalan camni..

nmpk sdp la pisang goreng keju tu..

re : erna... sy mkn chic. wing tu kt foodcourt ikea tu la.. yg dkt ngan children dept. tu.. sdp tau mkn kt situ.. hrga pon brpatutan.. salu sy mkn chic. wing ngan swedish meatball jer kalo g situ..

suhaila-ab said...

Bandung mmg best utk shopping...I love bandung!!! Jeans tak rembat ke? boley senak mata nak memilih..

Fateen said...

mak oi..sakannya berjalan, bila nk shopping betul2 nie..byk betul FO kat sana yea..

[[ yong ibu chem ]] said...

mmg sorga sopping lah kan!

bestnya..terapi yang baik tu..hihihi

Najwa ixora said...

wah..byknye tmpt kak erna pegi..tu yg best kalau pegi 2 org je..kalu pegi 1 family mcm najwa aritu,xleh nk g sume tmpt..kena ikut org tua..huhu.kak erna pandaila cr port menarik amik gmbr..cantik gambarnye..

dilaOHdila said...

erna
bestnya gi bandong
paling tak ku tahan FO tu hah
aduh erna.......

jeff said...

mesti best shopping ni...:D