Wednesday, February 11, 2009

Labuan - Day 2

Keesokan harinya, aku & Ellisa cuma lepak dalam bilik hotel je coz hubby aku ada appointment dengan orang. Dalam pukul 12.30 tengah hari barulah kitaorang keluar untuk lunch. Kitaorang nak try makan kat gerai local pula. Aku tengok menu, pastu minta Soto Ayam. Korang tahu tak Soto Ayam diorang macam mana?? Hahaha..... bila sampai makanan aku, aku tengok dalam mangkuk aku tuh: ada kuah sup, ada mee hoon, ada isi ayam. Tapi, nasi himpitnya nggak ada....ooo baru kutahu macam ni rupanya Soto Ayam diorang. Rasanya oklah, lagipun aku dah kebuluran, so telan jelah. Tapi hubby aku cakap, masakan kat Labuan ni tak sedap sangat, kira nak compare masakan Labuan dengan KK, better KK lagi.

Lepas makan, hubby bawa aku ke pasar, bukannya pasar jual ikan & sayur tu, aku pun kurang pasti apa nama pasarnya. Aku cuma nak cari mutiara je.

Pencarian kedai rantai mutiara.


Ada banyak jugala kedai yang jual mutiara dalam pasar tersebut, aku masuk & keluar hehehe..... tak jumpa lagi yang berkenan di mata.

Salah satu kedai yang aku masuk, amik gambar je, pastu keluar. Aku serabut dok dalam kedai ni hehehe...

Akhirnya aku jumpa satu kedai mutiara yang menarik. Yang paling bestnya, aku buat kedai tu macam kedai aku sendiri je. Mula-mula aku minta salesgirl tu keluarkan rantai dalam almari kaca tu, pastu dia kata, aku boleh buka dan ambil sendiri. Apalagi, seronoklah aku menerai-menerai rantai yang ada..... Kat sini pun aku boleh meroyan hahahaha....

"Yang mana satu nak cuba dulu ni"

Boleh tahan lama jugala aku melepak kat kedai ni hehehe.... Ellisa pun nak satu rantai, so aku belikan satu rantai mutiara untuk dia. Lepas tu, aku dalam dilema...hehe tak tahu nak pilih yang mana satu. Nasib baik ada Ellisa, dia tolong pilihkan untuk aku.

"Aisey, yang mana satu nak bagi kat mama aku ye?"


"Ellisa, tolong mama, yang mana satu cantik?"

Tengah aku dok leka belek-belek rantai, rasanya dah sejam lebih aku kat dalam tu... tetiba Ellisa bagitau, dia nak 'melabur' plak. Aisey, kacau daunlah minah ni. So, terpaksalah aku mengundur diri dari kedai tersebut dan hubby pun tinggalkan kitaorang kat hotel coz dia nak gi ofis. Masa kat bilik hotel, aku mengemas beg sebab kitaorang nak check out dalam pukul 5.00 petang. Flight kitaorang pukul 8.50 malam.

Masa kat dalam bilik hotel, si Ellisa sebok nak pakai rantai mutiara yang baru beli. Anak dara aku ni sekarang dah pandai nak melawa....... pantang nampak aku beli barang baru, dia pun nak juga.... Pastu kan, semuanya nak kaler pink...bosan aku.

Bukan main lagi tersenyum dapat rantai baru hehehe....


Posing ke???


Bukan main lagi anak dara aku ni....

Tapi dalam pukul 3.00 lebih, hubby aku call suruh tunggu bawah hotel coz nak bawa aku ke kedai duty free, maklumlah sehari sebelumnya tu aku sempat pergi satu kedai je. Apalagi, operasi mencari coklat pun bermula, tapi aku tak ambil gambar pun coz nak cepat, nak kejar masa. Dalam pukul 4.30 petang kitaorang balik hotel semula.

Nilah hasil rembatan sebelum check out hotel. Lepas check out, kitaorang sambung lagi aktiviti mencari coklat hehehe....


Hasil rembatan di kedai mutiara.

Dalam pukul 5.00 petang, kitaorang check out dan terus pergi makan. Lepas tu, kitaorang sambung beli coklat lagi kat kedai duty free. Lepas dah puas memborong, kitaorang pun bergerak ke Labuan Airport.

Muka sama kan??


Penantian satu penyeksaan....

Pukul 8.45 malam kitaorang berlepas dan dalam pukul 11.00 malam kitaorang tiba di LCCT. Lepas masuk je dalam kereta, Ellisa terus terlelap. Kitaorang terus balik ke Kemaman.

Sekian ceritaku di Labuan...sekejap betul hehehe, memang tak puaslah.

6 comments:

Sham Ummi Echa said...

cntik ler rantai mutiara yg ada pendant tiger eye tu.. brkenan sgt.. hehehhe

yer la muka ellisa ikut muka daddy dia kan..ashraf lak ikut muka awk..

aimi @ kamalina said...

berkenanla dgn rantai mutiara tu.... kaler apa tu ya (yg mcm gelap sikit tu, kalau tgk cam pepel.. hehehe... pepel je yg saya nampak..)..last year, masa sek men punya reunion, wife kwn saya ni dari sabah..dia bawa la koleksi brooch, gelang yg mutiara & kristal ni, naik meroyan saya dibuatnya... tu blm pegi lagi..baru tgk koleksi je... ish ish... kalau pegi sana, mau jadi cdam awak la...bagus gakla hubby awak sanggup tunggu yaaa... kalau hubby saya, mesti dia dah bising soh cepat...

erna... bestnya coklat... dah habis blm??? harga situ mmg jauh lebih murah lagi LGK ke lebih kurang je.. tak beli ferrarro rocher ker?? kalau saya mesti cari toblerone.. saya suka sgt dgn coklat ni.. baru2 ni beli kat pasaraya sini.. berapa ketui je dlm tu, RM8++.. hmmm...nak lepas ngidam punya pasal... :D

ps: lupa lak...ada koleksi award utk award.. dtgla amik kat blog saya tu..

[[ yong ibu chem ]] said...

wah..apa lagi kan..klu dah sampai sana..rugi pulak klu tak mencari mutiara..

mak aih..eelok aje tersusun cekelat tu..rasa nak ngap tau!

:)

Nurul said...

Kak erna nurul dah wat blog..tapi tak sempurna sepenuhnya harap kak erna dapat tolong utk mencantikkan blog nurul ye...thanks bab sudi ajak nurul buka blog kat sini hehehehe...

"momi_d's a.k.a leen" said...

bestnyer coklat tuh.. terliur tgk.. cantiknya mutiara ada pendant tuh.. gabak beso.. best.. best.. bila ko nk g sana lagi? leh kirim nih.. ekekkekeee... mau pas ni ko bisness mutiara laks..

jeff said...

>> mcm mana harga barang kat sana...?
>> the last time pergi boleh tahan mahal juga...