
Ya, kitaorang ke Labuan. Sebenarnya aku rasa macam kelakar pula hehehe.... Nak tahu kenapa... Oklah, ceritanya begini:
Pada hari Rabu yang lepas, papa aku suruh hubby aku ke Labuan untuk survey tanah (sebenarnya kitaorang ada kontrak offshore catering dengan Shell di Labuan). So, aku tanyalah papa aku, aku nak ikut boleh ke? Papa aku kata, pergilah tengok-tengok tempat projek kat sana. Lepas tu, aku tanya hubby aku, gi lama ke? Dia kata, kejap je, 2 hari macam tu. Aku tanya hubby aku dulu coz dibuatnya dia nak naik kapal, naya je aku wei... Tapi dia kata, gi kejap je nak jumpa orang dan tengok-tengok ofis kat sana. So, aku pun nak ikutlah, bolehlah tinggalkan bebudak ni dengan mama & papa aku hehehe...
Esoknya tu hari Khamis, aku pun berkemaslah barang-barang aku. Plannya, lepas hubby ambil Ellisa dari tadika, kitaorang bergerak ke KL coz nak jumpa company sec kitaorang kat KL. Tengah harinya tu Ashraf dah tidur, kira oklah tu coz senang aku nak gerak ke KL nanti. Tapi, lepas Ellisa balik dari tadika, dia nampaklah pula beg aku. Bila dia dah mula tanya, aisey aku dah mula kesian dah. Pastu mama aku kata, "kau bawalah dia sorang, sian. Nanti kat sana boleh teman kau." So, hubby aku pun beli 1 lagi tiket untuk Ellisa hehehe. Cepat-cepat aku kemas barang dalam beg. Kitaorang bawa 1 beg je, maklumlah nak gi 1 malam. Lepas tu terus kitaorang bertolak ke KL.
Kitaorang punya flight pada hari Jumaat, pukul 7.30 pagi. Malam tu, dalam pukul 12 tgh malam jugalah kitaorang tidur hehehe. Keesokannya, pukul 5.00 pagi kitaorang bertolak ke LCCT, hubby tinggalkan kereta di LCCT coz nak pergi 2 hari sahaja. Masa on the way ke LCCT, Ellisa tidur sepanjang perjalanan, setibanya di LCCT, aku pun kejutkan dia....pastu aku lak yang terkejut coz tetiba dia menjerit sambil angkat tangan "Yeah, aeroplane!".... hepi benar anak dara aku ni, maklumlah sejak last year dapat naik flight, asyik cakap nak naik aeroplane je.
Ketibaan

Penerbangan dari KL ke Labuan mengambil masa 2 jam 20 minit. Memang lama betullah...
Kitaorang tiba di Labuan pada pukul 10.15 pagi. Lepas ambil kereta sewa, kitaorang terus menuju ke hotel. Masa kat sini, hubby aku tunjuk eksenlah, maklumlah dia dah biasa kat sana. Dari airport ke hotel pun tak jauh coz airportnya berdekatan dengan pusat bandar, dalam 5 minit dah sampai kat bandar dah....




~Ellisa yang tolong snap gambar ni~
Selepas dah letak beg dalam bilik, kitaorang pun keluar nak lunch. Masa tu baru pukul 11.30 pagi, so hubby aku bawa kitaorang ke Ujana Kewangan, kira satu-satunya shopping complex yang ada kat Labuan nilah. Aku tengok orang-orang kat sini macam kat Kemaman lah pula hehehe... ramai yang beruniform maklumlah Labuan ni ada ASB(Asian Supply Base) dan kat Kemaman pula ada KSB(Kemaman Supply Base), so ramai orang kapal & orang minyak la hehehe...
Kat dalam shopping complex ni, kitaorang makan di Pizza Hut. Nak makan kat food court kat situ, ramai sangatlah pula orang. Lepas makan, hubby aku bawa kitaorang ke salah satu kedai duty free yang ada kat dalam shopping complex tu. Oh ya...sukacita aku nak bagitau kat korang, Pulau Labuan ni macam Pulau Langkawi gaklah..... banyak kedai duty free. So, bila dah ada kedai duty free ni, barang-barang seperti coklat, perfume, rokok & arak memang murahlah.



Baru masuk satu kedai aku dah menggelabah, tak tahu nak pilih coklat apa hahahaha... Hubby aku siap cakap, ada lagi banyak kedai duty free yang lain. Beli sikit-sikit dulu dahlah. Bagi akulah kan, kat Labuan ni lebih banyak pilihan coklatnya berbanding kat Langkawi. Lepas keluar dari Ujana Kewangan, hubby aku tinggalkan aku & Ellisa kat hotel. Dia gi wat keja diala hehehe... Nasib baik gaklah ada Ellisa, teman aku dalam bilik, kitaorang tengok tv dan tidur jelah.
Malamnya

Pada sebelah malamnya, hubby bawa kitaorang makan di Mawilla Yacht Club Restaurant. Kat sini memang menjadi tumpuan orang yang nak makan seafoodlah, terletak sebelah pantai je, kira makan sambil menikmati bunyi deruan ombak dan angin sejuk pantai hehehe...



~Ellisa yang snap gambar ni~
Sebenarnya, aku sendiri tak tahu nak makan apa bila tengok menunya, memang ada macam-macamlah. Niat dihati nak mencuba macam-macam, tapi apakan daya, nak order banyak pun tak berbaloi coz kitaorang berdua je yang nak makan. Ellisa tu bukannya makan sangat pun. So, berikut adalah lauk yang kitaorang order: -








Selepas makan, kitaorang balik ke hotel dan tidur coz esoknya hubby aku ada appointment dengan orang.
P/S: Kalau korang rasa gambar macam kecik, korang click lah kat gambar tu, nanti besarlah gambar tu hehehe...



10 comments:
wah baru sehari dah pi jalan sakan....mesti best kan....x penah pi labuan pon...oh yea salu kalo org kim bli coklat mesti langkawi jek...mmm pasnie kalo ada member pi labuan leh ar kim bli coklat plaks...hehehehe
wah..g labuan ye..
ko nampak kurus la marlin,aku suka tgk posing ko atas katil,heheh..ala2 ayu gitu..
besh nye coklat melimpah ruah,merembes air liur aku tgk coklat2 kat blkng ko tu..
jauhnya brjalan..smpai ke labuan yer.. sy x penah pon jejak labuan nih..cian kan..
coklat dia lg meriah dr langkawi yer.. x tau la plak..salu nk beli coklat murah kt langkawi jer.. memborong coklat la awk kt sana yer..
weh cam best jer labuan nih ek.. best jalan ker best soping? tingin gak ke sana... aku kalo nmpk cekelat byk cenggitu pun leh meroyan.. giler byk weh!!
hehee, aku suka gambo gediks ko ngan fa tuh.. pandai ellisa amik gambo ek.. pe laie, pasni byk kan la lagi gambo gediks ko tu... aku sukaaaa....
sakannya memborong coklat ye hehehehe sib baik nurul dapat jugak habuannya kwang..kwang..kwang
amboi..sakan betul laa...tapi tulah..betul cakap awak..labuan tu mcm LGK gak....org kata lagi best, sebab lagi byk choices... saya lum pernah sampai cuma dgr org citer je... hmmm..byk tak shopping coklat?? kalau saya pun mesti meroyan sama...
erna...byk giler dinner korang... tu kalau utk family saya sedang molek laa..sebab kitorang lebih ramai dari awak kan.. hehehehe.... food dia ok tak?? cam hubby saya hari tu gi KK, dia kata tak blh telan dgn masakan diorang.. lain kan cara diorang masak.. bengang je dia... dahla seminggu kat KK, pastu dia merungut, kalau pegi lama, blh lagi kurus dibuatnya.. hahaha...
wahh!!g jenjalan labuan ke...
syoknya, walaupun sekejapan saja..
penat sikit pun takpe.. puas hati dpt jln2..
>> ke labuan pula...?
>> best la jalan jalan ni...:D
salam erna
gi LABUAN erk. tempat macam menarek jek kan. kalau shoping2 ni mesti syok sungguh ni. Mutiara pun murah gak kan? mau satu hari tak habis round nih
wah..xtau pun kak erna g labuan..ketinggalan zaman saye ni..bahaye ye kak erna ni,selalu meroyan dalam kedai..ehehe.tp mmg blh hilang akal jgak tgk coklat byk2 n murah cmtu..
Post a Comment