Semalam aku baru balik dari KL, pergi sekejap je. Aku pergi ke KL sebab nak pergi Low Yat, mencari HDD. Dah lama juga aku tak ke Low Yat, seronok betul ke Low yat ni, dapat tengok macam-macam benda baru, rasa macam aku ni ketinggalan la pulak hehehe.... Bebudak ni pun seronok gak, aku pun tak tahu apsal diaorang happy pergi ke Low Yat tu, bukannya ada apa-apa pun untuk bebudak.
Mulanya aku nak cari HDD biasa je, yang IDE tu tapi hubby aku suruh aku beli Ext HDD sebab katanya, 'nak letak mana lagi HDD tu dalam CPU, dah x de ruang....beli je yang external'. Aku ni memang kureng sikit dengan ext HDD ni, tapi terpaksalah beli juga. Harap oklah gamaknya. Aku terpaksa beli HDD baru sebab HDD aku skang ni tinggal 7GB je free, walaupun aku ada 2 HDD tapi setiap 1 HDD aku ni cuma 80GB, so kalau 2 baru 160GB. Untuk ext HDD ni aku beli 250GB, inipun yang paling sikit aku ambil sebab rata-rata aku tengok orang banyak jual yang 500GB ke atas, sampai 2TB pun ada.

Seronok betul aku tengok barang-barang kat kedai Sri ni, nantilah ada duit sikit, aku nak upgrade PC aku ni hehehe..... Lepas dah dapat barang aku, kitaorang masuk kedai Used Computer, nak cari PC terpakai untuk hantar ke kapal. Part nilah yang menariknya hehehe..... Masa kat dalam kedai tersebut, ada sorang je yang jaga, orang perempuan India, lepas dia berborak-borak dengan hubby aku pasal pc2 kat situ, dia datang kat aku, maka terjadilah dialog seperti dibawah:
Orang tu: Ini anak ke? (sambil tunjuk Ellisa)
Aku: A'ah anak.
Orang tu: Ini pun anak juga ke? (sambil tunjuk Ashraf)
Aku: A'ah, anak juga.
Orang tu: Banyak hensem.
Aku: (senyum jela)
Orang tu: Kahwin muda ke? Umur berapa?
Aku: Umur, tahun ni masuk 30 la.
Orang tu: Ayoo.. 30 ka?(muka memang terkezut, dah dia dok depan aku) Tak nampak macam 30, saya ingat baru habis belajar.
Aku: (senyum dengan lebarnya...hahahah)
Orang tu: Nampak muda....(pastu kitaorang borak2 sikit, dia citer pasal anak dialah, baru sorang katanya)
Selepas beredar dari kedai orang tu, aku berjalan sambil mengkontrol senyuman aku hahahaha...kang tak kontrol nanti, orang kata gila lak senyum sorang-sorang. Tak pasal-pasal orang India tu buat aku perasan hahaha.....
Lepas tu, kitaorang menapak ke Sg Wang pula, tempat faveret aku ni, aku ke Sg Wang sebab nak potong rambut. Aku memang suka potong rambut kat Sg Wang ni sebab ada banyak saloon dalam tu. Tapi malangnya banyak saloon yang masih tutup raya Cina, yang ada buka pun saloon kecil-kecil, nak tak nak terpaksalah aku pergi. Niat nak cuci dan potong je tapi Cina tu rekomen suruh buat treatment, so terjebaklah aku buat treatment sekali, lagipun dah lama giler aku tak buat hair treatment ni. Masa kat dalam saloon ni, Ashraf tetiba melalak, buat malu aku jer...rupa-rupanya si Ellisa menyakat adik dia. Si Ashraf ni kalau melalak, memang power suaranya, hubby aku pun bawa dia keluar.
Lepas dah potong rambut & makan-makan, kitaorang ke Low Yat semula, hubby aku nak beli hp baru. Sementara hubby aku sibuk berurusan beli hp baru, aku pun tengoklah hp yang ada kat situ, aku berkenan betul dengan Iphone tapi tulah mahal sangat harganya.

Inilah hp baru hubby aku - Nokia E71. Sesuailah untuk dia, kalau untuk aku memang tak sesuailah kot hehehe.... aku tak berkenan sangat dengan rupanya, lebih kepada lelaki kan, takde ciri-ciri feminin pun. Bila tengok dia ada hp baru, teringin gak aku nak tukar, aku pun dah bosan dengan Dopod D810 aku ni, dah 2 tahun lebih guna. Tapi buat masa sekarang tak bolehlah nak tukar hp lagi, ekonomi tak mengizinkan.
Selesai beli hp, kitaorang terus balik rumah, bebudak ni sampai rumah dalam 7.30 malam, terus tidur sampai keesokan paginya, penat giler lah tu....hehehe...



8 comments:
woit..mcm tak habis citer je.... apa ni??? kita excited baca, cam tak habisla pulak.. so ni dah potong rambut ke blm??? or buat treatment je?? mana gambor terbaru?? hehehehe...
erna..awak jgn tak tau... kalau saya tmpt awak pun mesti akan senyum sorang2.. pernah gak terjadi kat saya... d latest masa gi JB.. masa tu saya cari baju....pastu anak2 berkeliaran dlm kedai tu, cina tu tanya sapa bdk2 ni..bila saya cakap anak2 saya, dia pun mulala panjang lebar dok puji2... cakap mcm blm ada anak la..bla bla bla... masa tu, tau jela kan..kontrol ayu jap laa... hahaha...
re: lagi satu... bukan SPPN la..tak silap saya SSPN kan.. kalau yg tu lak berapa minimum?? kat TH takde pulak minimum requirement.. isi je berapa yg kita nak.. (tak pun kaalu minimum mungkin RM10 je kot)
lupa lak..mak aii...besar giler size HDD awak tu...250GB..mcm2 blh letak.. saya punya ni dah nak penuh (size pun 80GB je)..mana taknya penuh dgn citer Smallville & Desperate Housewives je.. hehehe..
haah lah..cam tak habis yo citer ni...hehehehe ada sambungan ek...
tp betul ar..tgk kak mmg awet muda le..
ha..ha...ha nak start kembang kempis hidung dah tu..hehehhehe
haaa...ada sambungan rupanya..hahahaha...lawak la awak ni..
ps: erna..nak tanya sikit..saya tryla masuk blog leen (kwn awak tu)..tapi tula..nak boh komen tak lepas laa..pesal yek?? ke saya je yg tak blh komen..cuba awak tanya dia.. dahla takde shoutbox, camna nak bgtau dia pun tak tau.. hehehe.. ni kira nak susahkan awak sketla..
hehhee.. lawak la citer ko nih.. mesti kembang kuncup ko kene puji tuh...
weh beso giler HDD ko tuh.. pe lagi la yg ko nak sumbat.. hehe, aku pun ada HDD 160GB tu rasa cam tak cukup je.. mmg ada plan nak rembat 250GB atau ada beso lagi ker... muhahhahahaa....
haitss.. best tu kena puji..heheh mesti berbunga2 kan.... hahhahah
hhuhhuh bestnyer Hp baru hubby tu...
kembang..kembang la ko kena puji ek..sib baik tak melayang2..hahahha
suka la tu..
sy pon puji awk tau erna..muka awk mmg muda remaja tau..x mcm org da ada anak 2..
Post a Comment