Lama sungguh aku tak update blog aku ni...hmmm entahlah, aku rasa macam takde mood jee.. Kalau setiap kali aku online je, mesti mood aku menyimpang ke arah nak menyopping je hehehe.... Walaupun aku ni dok kat rumah 24-7 je, tapi ianya tidak menghalang aku untuk bershopping hehehe... Besh je shopping secara online ni, esok lusa barang dah sampai depan pintu rumah. Pakcik & abang posmen pun dah kenal muka aku ni.
Oklah, aku nak cerita pasal aktiviti kitaorang sepanjang cuti persekolahan yang lalu. Sebenarnya, kitaorang tak pergi mana-mana dan buat apa-apa pun. Banyak masa dihabiskan dirumah je. Kecuali, pada minggu kedua cuti, kitaorang pergi ke KL, itupun sekejap je, untuk 1 malam. Kitaorang pergi KL pun coz aku nak pergi Gulatis hehehe....nak beli kain raya untuk aku dan Ellisa. Aku beli sepasang kain untuk aku dan sepasang kain untuk Ellisa. Lepas tu pergi Sogo, beli sikit baju untuk bebudak ni, cadangnya baju untuk raya, tapi tak tahulah kalau akan TERpakai dahulu hehehe...
Sebelum balik Kemaman, sempat juga kitaorang singgah ke Sg Wang coz nak potong rambut Ellisa. Aku pun tumpang potong rambut sekali...almaklumla alang-alang bosan menunggu. Macam tak besh je kan aktiviti kitaorang sepanjang cuti persekolahan yang lalu. Tak dapat nak bercuti atau berjalan ke mana pun coz hubby jaga restoran, maklumlah cuti sekolah, ramai orang ke Cherating.
Kat saloon Sg Wang. Gambar selepas potong rambut. Dah besar anak dara aku ni... rupa pun dah lain sikit dah, tapi tetap muka daddy dia hehehe.... Macam mana aku nak hilang parut bekas chicken pox kat muka dia ye.. Dah pelbagai krim & minyak telah kucuba...hmmm.
Sebut pasal restoran kan....hehe aku ada la cerita yang nak disampaikan. Hubby aku la yang cerita kat aku. Dia kata, adalah 2 orang pelancong omputeh datang. Diorang pun tengoklah buku Menu. Nak dijadikan cerita, dalam buku Menu tu semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu, almaklumlah Menu sementara. Omputeh tu boleh tanya "What is AYEM, what is DAGENG?" dengan slang omputehnyalah....... Pastu, selesai diberi penerangan, diorang minta apa tau....hehe part nilah yang wat aku gelak. Diorang minta rendang.... hahaha, sesuka hati je minta rendang. Aku cakaplah kat hubby aku, patutnya cakap kat diorang, rendang tu selalu orang masak untuk Raya je. Dia ingat rendang tu masak sekejap je ke hahaha... tapi tak boleh nak salahkan diorang, diorang kan tak tahu hahahah... tah mana la diorang dapat idea nak order rendang tu hehehe...
Ni ada sedikit selingan gambar bebudak ni. Dah lama tak tepek gambar bebudak ni. Nilah aktiviti sepanjang cuti sekolah nan lalu, juga aktiviti masa lapang diorang.
Ni si Ashraf. Dia conquer PC aku, siap dengan bekalan dia lagi. Sebab tulah kawasan meja PC aku selalu ada sisa-sisa makanan, kes Ashraf la.
Ni plak si kakak-Ellisa. Dia guna laptop daddy dia. Pandai-pandai je buka laptop dan masukkan password daddy dia, ni kes selalu tengok aku type password daddy dia la ni. Bila bebudak berdua ni menghadap PC/laptop, aku amanla sikit nak menjahit manik ke, menonton tv ke, nak membuta ke.... suasana pun senyap seketika, takde gaduh-gaduh coz memasing khyusuk menghadap PC/laptop hehehe..
**** Entry sebelum ni ada orang berminat nak tahu tempat shopping aku di internet ni. Sebenarnya, banyyyaaakkkkk sangat blog, website yang aku dah terjah. Tapi kat sini aku listkan beberapa website/blog:
House Of Allure
A Fittingroom Boutique
Sakurabloom
Beautiful Sofea
Chrysalis
Lovely Lolitas
Cotton Loom
Daisy Dearies
Dressiere
Miss Lola's Closet
A Model Studio
Doublewoot
Lawa Lawala
Cat In The Bowl
Fluffy Rainbows
Get Gorgeous
HAPPY SHOPPING!!!!
Continue reading.....